November 20, 2008

terima kasih,ibu..[part 1]

hi all,
this short written by me,as i am so bored right now.huu~.actually,i already wrote this story,but i edit lil bit,but basically the story is the same.hehe.enjoy~


Pintu bilik itu dibuka perlahan.Kelihatan anak kecil masih tidur lena dibuai mimpi yg indah,dibaluti dengan selimut putih yg kelihatan agak lusuh sedikit.Tirai tingkap dibuka perlahan.Cahaya sang mentari menyelinap masuk ke segenap penjuru bilik kecil itu.

"Ibu..bila ibu datang?," anak kecil itu menggosok-gosok kelopak mata tatkala melihat ibunya berdiri di birai katil.

Wanita itu tersenyum.Kedutan di muka kelihatan jelas sekali.Tangan wanita itu mengusap lembut ubun-ubun anak kesayangannya.

"Ibu baru sampai,Lisa.Lisa tidur nyenyak tadi,jadi ibu tak mahu ganggu Lisa tidur,"jawab wanita itu sambil menggenggam erat tangan anak kecil itu yg berselirat dengan wayar-wayar berisi darah.

"Ibu,Lisa takut,bu..Lisa takut tinggal di sini sorang-sorang.Lisa mahukan ibu.."

Manik-manik putih kelihatan berguguran dari kelopak mata anak kecil itu.Lisa memeluk erat ibunya.Rasa seperti tidak mahu melepaskan pelukan itu.

Hati Hasnah sayu.Bukan Hasnah tidak mahu menemankan Lisa di hospital itu,tetapi Hasnah perlu mencari duit untuk menanggung kos perubatan Lisa.Sejak suami Hasnah meninggal dunia 2 tahun lepas,Hasnah lah yang mengambil alih sebagai ketua keluarga,membanting tulang 4 keratnya itu.

"Ibu,.bila Lisa bole balik rumah,bu?Lisa tak mahu tinggal di sini lagi,Lisa tak mahu masuk dalam terowong tu lagi,Lisa tak suka,bu..Terowong tu buat telinga Lisa rase bingit.."
Hasnah meleraikan pelukan erat anak kecil itu.Direnungnya muka cengkung anak kecik itu tepat-tepat.

"Lisa,kalau Lisa ikut cakap doktor,Lisa rajin makan ubat,ibu percaya,Lisa akan cepat keluar dari sini.Tapi,Lisa kena janji dengan ibu,Lisa kena ikut cakap doktor,ok?"

Keluhan kecil dilepaskan oleh Lisa.Lisa hanya mengangguk perlahan.Diam.

"Lisa,ibu kena pergi kerja sekarang.Kalau ada apa-apa,Lisa boleh bagitahu doktor atau nurse ok?,"

Sekali lagi Lisa mengganguk perlahan.Berat benar rasa hatinya melihat ibunya pergi.

*****************************************************************

Lisa masih ingat lagi,suatu ketika dulu,Lisa pernah pengsan ketika bermain di halaman rumah.Lisa tidak sedar apa yang berlaku selepas itu,tetapi apa yang Lisa masih ingat,Lisa tersedar di atas katil,di bilik itu.Mata ibu merah waktu itu.Lisa pelik lihat ibu.Ibu seakan banyak menangis,tetapi bila ibu lihat Lisa sedar,ibu senyum.Ibu menggenggam erat tangan Lisa.

Lisa tidak faham,kenapa Lisa kena tinggal di bilik itu.Lisa tidak faham,kenapa Lisa harus hidup dengan wayar-wayar itu.Lisa tidak faham,kenapa ibu selalu menangis.Lisa hanya mahu pulang ke rumah,ibu.Lisa mahu tidur bersama-sama ibu.Adakah ibu benci Lisa sebab Lisa nakal?Kalau sebab itu ibu tinggal kan Lisa di bilik kecil ini,Lisa janji,bu..Lisa janji Lisa takkan nakal lagi.Lisa janji pada ibu,Lisa akan jadi budak baik,Lisa akan dengar cakap ibu..Ibu,Lisa rindukan ayam goreng ibu..Lisa tak suka makan ubat-ubat yang nurse tu bagi.Pahit,bu..tak macam ayam goreng ibu..

Rindu benar anak kecil itu untuk pulang ke rumah nya.Sesungguhnya dalam usia yang mentah,dia masih tidak faham mengenai tumor otak yang dihadapinya.Bukan Hasnah tidak mahu menjalankan pembedahan,tetapi kos perubatan yang terlampau mahal tidak termampu oleh Hasnah untuk mencarinya.Hasnah redha dengan ketentuan Allah,tetapi itu tidak menghalang Hasnah untuk berusaha mencari wang demi menyembuhkan penyakit anak kesayangannya yang makin kritikal.

Berita yang disampaikan doktor mengenai tahap kesihatan Lisa semalam benar-benar merunsingkan Hasnah.Naluri keibuannya meruntun mahu melihat Lisa kembali ceria seperti lenyap begitu sahaja.tahap kesihatan Lisa semakin kritikal dan pembedahan mesti dibuat segera.Bingung Hasnah memikirkan untuk mencari wang sebanyak ratusan ribu ringgit.Hasnah hanya mampu berdoa kepada Allah dan Hasnah benar-benar yakin,pasti Allah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan juga Lisa..

bersambung..

******************************************************************************

2 comments:

Dhiya said...

waaa...mantap2..ni antra karya2 yg ko tulis sorg2 kn??tetiba aku tringat kt chat kita, 'sembang pagi'..;)

zunitaseriously said...

hehe,but i still need to edit more,i guess.hehe.nntkan sambungannya.daa~:D