February 28, 2009

boikot cara hidup yahudi:sejauh mana keberkesanannya?

Setelah rejim zionis sekali lagi mengganas di bumi Palestin dan mengorbankan beribu-ribu nyawa yg tidak berdosa,sekali lagi kita dihambat persoalan,di manakah umat Islam yg bilangan mencecah berbilion di seluruh dunia utk menolong saudara mereka sendiri?Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menyalurkan dana ke bumi bergolak itu,tak kurang juga usaha untuk menjatuhkan negara Yahudi yg tertubuh sejak 14 Mei 1948 dengan memboikot barangan keluaran Israel seperti Coca-cola,Mc Donalds,Nestle dan sebagainya. tidak kurang juga usaha mempamerkan ketidakpuasan hati melalui demonstrasi jalanan yg diadakan di seluruh dunia. tetapi,sejauh manakah keberkesanan usaha2 ini ke atas kuasa besar seperti Amerika dan sekutunya Israel?

in my opinion,tindakan boikot memboikot ini seharusnya boleh menjatuhkan kuasa besar seperti Amerika dan Israel jika umat Islam seluruh dunia bersama2 memboikot barangan ini.tetapi timbul juga persoalan di fikiran saya,jika tunggak kuasa ekonomi dunia itu jatuh,bukankah keadaan menjadi lebih buruk seperti sekarang,di mana tunggak ekonomi dunia itu jatuh akibat peperangan yg dipelopori di bawah bekas presiden Amerika Syarikat,George W.Bush. ramai yg akan kehilangan pekerjaan,peratusan penganggurang meningkat secara mendadak,secara tidak lansung membawa kepada peningkatan kes jenayah dan juga gejala sosial. sedar atau tidak, bukankah tindakan itu boleh menjejaskan pendapatan sesuatu negara itu? sy ambil contoh,Mc D,jika semua umat Islam di Malaysia memboikot Mc D,kemungkinan besar, syarikat gergasi itu boleh juga gulung tikar,tetapi bagaimana pula dengan para pekerjanya yg beribu org terpaksa diberhentikan?bagaimana pula dgn pendapatan negara melalui cukai yg dikenakan terhadap syarikat makanan segera itu jika ditutup?saya kira pendapatan negara melalui cukai itu sahaja boleh mencecah jutaan ringgit,di mana duit ini disalurkan kepada pembangunan negara.

Sama juga kesnya seperti rokok.Acap kali kita lihat,kerajaan berusaha keras untuk mengadakan kempen2 kesedaran mengenai bahayanya merokok.jutaan ringgit disalurkan kepada dana kementerian kesihatan untuk membina papan2 iklan yg saya bilang sgt byk di seluruh malaysia.tetapi,penah tak kita terfikir,kenapa kerajaan sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk menyedarkan kita mengenai bahaya merokok?mengapa kerajaan xsekat je kemasukan rokok kedalam negara?kan senang,duit negara pon xabes utk buat papan2 iklan besar tu kan.ini kerana,sala satu faktor ialah cukai yg negara dapat melalui pengutipan cukai rokok lebih tinggi nilainya drp dana yg disalurkan untuk kempen2 kesedaran itu.apa yg saya ingin smpaikan di sini ialah,kutipan cukai trehadap sesuatu barangan sgt memberi impak yg besar terhadap pendapatan dan sekaligus terhadap pembangunan negara.itulah juga kesnya dengan pemboikotan Mc D,boleh menjejaskan pendapatan negara.bukan lah saya nak kata,kita tidak patut memboikot barangan Yahudi,tetapi saya agak keliru tentang hal ini atas sebab2 yg saya nyatakan di atas.di harapkan,kepada sesiapa yg membaca blog ini boleh memberi pandangan yg boleh membantu saya.

zunitaseriously;)

14 comments:

Awang said...

yes. pengkomen pertama. erk..kebab satu

zunitaseriously said...

waaaa,kebabbb!nak.nak.lapar neh+_+

ju-y-d said...

salam daripada wazir ibnu jaafar, fikir-soal.blogspot.com.

ingin sekali saya berkongsi sedikit ilmu yang mungkin boleh membuahkan sesuatu daripada perbincangan yang serba ringkas ini.

tampak segalanya tidak kena. nak telan mati mak, luah mati bapak. itulah hasilnya apabila kita berhukum dengan sistem buatan manusia yakni kapitalis dan demokrasi.

mengikut sistem demokrasi yang mana salah satu pillarnya adalah kebebasan berpemilikan, maka ekonomi yang dipegang oleh segelintir penguasa membenarkan masuknya pemodal2 asing untuk 'memberikan' peluang kerja kepada penduduk malaysia. Selain itu, apabila masuknya pemodal asing seperti mcd yang saudari katakan dlm post, maka ada peluang bagi negara untuk mengamalkan salah satu mekanisma ekonomi kapitalisnya iaitu cukai. Namun, apabila semuanya terkait rapat, contohnya keterkaitan pemodal asing yang melaburkan keuntungannya pada ekonomi non-real yakni pasaran saham, insurans etc, maka apabila terjadinya kejatuhan ekonomi akibat spekulasi kapitalis, maka semestinya ekonomi pemodal-pemodal asing yang di negara kita dan negara kaum muslimin turut terjejas.Mungkin, pemboikotan ada memberikan sedikit implikasi terhadap kejatuhan ekonomi dunia yang berpaksikan kapitalisme .

Namun, harus difahami, punca utama kejatuhan pasaran ekonomi kapitalis dunia bukanlah disebabkan pemboikotan(jika kita berjaya sekalipun), tetapi adalah disebabkan tatacara ekonomi kapitalis itu sendiri yang berekonomi berpaksikan riba , pasaran hadapan, spekulasi dan ekonomi non-real(saham, pembelian hutang etc). Boikot atau tidak, sememangnya ekonomi kapitalis mempunyai patternnya tersendiri yang mana setelah sampai pada puncak kesejahteraan, ianya akan kembali merudum, dan dijangkakan, kejatuhan kali ini merupakan kejatuhan terburuk dan ianya akan jatuh seteruk2nya selepas ini.

Apabila kejatuhan ini berlaku, ya, sememangnya akan menjejaskan segalanya baik dari segi operasi dan penghasilan. Pekerja akan terkena tempiasnya. begitu juga hasil kutipan cukai yang menjadi sumber terbesar pendapatan negara. Dijamin oleh para pemikir kapitalis itu sendiri bahawa jika mereka bejaya memulihka ekonomi seperti sediakala, proses ketjatuhan ini akan tetap berulang.Apabila terjadi sebegini, apa solusinya yang sebenar2nya?

Islam telah menggariskan tatacara berekonomi yang komprehensif bagi menjamin kesejahteraan umat manusia, muslim atau non-muslim.

Dari segi pemilikan, Islam telah memecahkan pemilikan kepada 3 jenis yakni pemilikan individu, negara dan umum.

pemilikan individu-barang2ngan yang sememangnya atas usaha dan titik peluh individu itu sendiri

peilikan umum-segala khazanah dari perut bumi, adalah hak milik umum dan tidak boleh diswstakan pada pemilik modal untuk dijual kembali pada rakyat contohnya minyak, emas, kayu balak etc. Negara wajib memikul tanggungjawab menyediakan sarana atau menyewa teknologi bagi menyediakn end product kepada rakyat secara percuma. atau kos minimum.

pemilikan negara - sarana2 keperluan rakyat, persenjataan, industri dan sebagainya, yang bukan terkandung dalam dua pemilikan diatas.

sistem matawang - emas dan perak, serta wang kertas yang disandarkan secara real pada nilai simpanan emas dan perak negara, dan bukannya yang bersandarkan pada matawang asing, seperti sandaran matawang negara2 dunia pada dollar yang diamalkan oleh sistem ekonomi kapitalis hari ini.

hasil pendapatan negara - usyur, fai, ghanimah, kharaj, zakat, jizyah.

Elemen utama kepada berjayanya penerapan tatacara ekonomi Islm yang dijelaskan diatas, hanya dengan berdirinya sebuah EmpayarIslam yang menyatukan 55 buah negra kaum muslimin 1 dunia dan diperintah dengan seorng khalifah yang akan menerapkan sistes ekonomi, politik,sosial etc secara keseluruhan.

Bagaimana dngan penyatuan negara kaum muslimin sebagai empayar mampu menghalang daripada terjadinya krisis ekonomi?

Bersatunya negara kaum muslimin, akan menyaksikan penyatuan segala sumber bumi dan kekuatan dlam 1 negara yakni negara kaum muslimin. Indonesia, sudan, algeria, akistan, afghanistan,malaysia mempunyai sumber bumi yang tidak terkira banyaknya seperti balak, emas, perak, intan berlian, galian dan sumber tenaga. penyatuan tanah2 arab akan menyaksikan penyatuan sumber minyak yang tidak terkira banyaknya. Penyatuan negara2 pembuat senjata dan nuklear seperti iran, india, afghanistan dan pakistan akan menyasikan penyatuan sumber teknologi dan ketenteraan yang hebat. Selepas semua 55 buah negara ini bersatu, bagaimana caranya untuk kita tidak terkena dengan tempias kejatuhan sistem kapitalis? Apabila kesemua negara ini bersatu, kita akan memutuskan segala hubungan dagangan, perjanjian dan ikatan dengn negara2 barat kapitalis yang memusuhi Islam, dari segi ekonomi, politik, internatinal relation dan mula menggunakan emas dan perak sbg standard transasi harian dan menolak penggunaan/transaksi yang melibatkan matawang asing.

Dari sini, akan wujud sebuah empayar Islam sebagaimana yang pernah berlaku dalam sejarah, yang mana segala sumber bumi, kekuatan dan teknologi menjadi hakmilik kaum muslimin sepenuhnya, tanpa ada lagi investor2 asing yang memonopoli perniagaan dan industri, tidak ada lagi peluang bagi negara asing untuk masuk sebagai pemodal, membeli upah pekerja dengan harga yang murah dan dalam masa yang sama menarik keluar sumber bumi negara kaum muslimin untuk dipasarkan kembali pada negara mereka dalam bentuk barangan siap dengan harga yang murah, tetapi dengan harga yang mahal di negara pengeluar sumbernya yakni negara kaum muslimin. Segala bentuk cukai dimansuhkan dan digantikn dengan jizyah, fai, zakat, usyur, ghanimah dan kharaj.Sistem ekonomi dan perbankan riba dimansuhkan dan kembali kepada fungsi asal bank dan institusi kewangan mengikut tatacara Islam yakni memberikan pinjaman tanpa riba, dan penyimpanan. Tatacara ekonomi kapitalis seperti spekulasi, pasaran hadapan, pembelian hutang dimansuhkan dan digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang menggariskan transaksi dan bisnes hanya dalam urusan real(nampak secara zahir) seperti pembuatan, industri, hartanah dan pertanian. Sistem pasport dan visa dimansuhkan anara negara kaum muslimin yang membolehkan kaum muslimin itu sendiri bertebaran mencari rezeki di daerah kaum muslimin yang lain yang penuh dengan tanah2/sumber bumi yang belum diteroka.

Atas penerangan yang tidak seberapa, kita dapat lihat bahawa, penyatuan kaum muslimin 1 dunia dan sumber buminya, sebagai 1 empayar akan kembali mensejahterakan ekonomi kaum muslimin, non-muslim yang bernaung diawah negara kaum muslimin dan negara2 kafir yang tidak memusuhi Islam.Mudahnya kita mencari pekerjaan, tiada lagi sistem ekonomi riba, spekulasi dan tiada ikatan dengan pemilik modal asing yang mana jika kita masih mengharap pada mereka, maka kita akan sentiasa terkesan apabila ada kejatuhan.Kita memegang kekuasaan dan mempunyai sistem ekonomi sendiri yakni sistem Islam, yang kita semua akur bahawa sistem ekonomi Islam bukannya sistem ekonomi ciptaan genius manusia yang masih ada ralat, tapi sistem yang datang dari langit yang tidak ada salah silapnya - PERFECT.

Bagaimana semua ini mungkin terjadi? Adakah ianya suatu yang possible? YA. caranya? Melalui thariqah Rasul yakni dakwah politik, menyeru supaya umat Islam 1 dunia bersatu dibawah 1 sistem yakni sistem Islam yang datang dari wahyu. Didik umat bukan hanya dengan mengajak mereka kepada pembaikan diri, tetapi mengajak mereka supaya berpaling secara total dari sistem dan isme2 ciptaan kafir dan kembali menerapkan sistem islam secara kaffah(keseluruhan) tanpa meninggalkannya walaupun sedikit.

Adakah ini sekadar rekaan atau imaginasi? TIDAK. Ianya adalah khabar gembira dan janji Rasul sepertimana dalam hadith riwayat Ahmad - Dikalangan kalian kini adalah masa kenabian. Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan khilafah minhaj nabi(zaman para khulafa'), Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan pemerintahan kejam (zaman para khalifah selepas khulafa')Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan zaman pemerintahan zalim(zaman uthmaniyah hingga kini-sebagaimana disepakati para fuqaha) Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan selanjutnya AKAN BERDIRI KEMBALI KHILAFAH ATAS MINHAJ NABI (khabar gembira/janji Rasul pada kita, zaman yang makin hampir dengan tanda2 kejatuhan kuasa besar dunia), kemudian Baginda diam.

Maka jadilah antara tangan2 yang berusaha untuk mengembalikan dan merealisasikan janji ini. Semoga kita mendapat keredhaan dari Allah dan ditempatkan bersama Nabi dan penghulu Syuhada' atas usaha ini, InsyaAllah.

Yang kurang dari saya, yang baik dari Allah semata. Jika masih tidak jelas, mungkin kita boleh lanjutkan perbincangan. Wassalam.

zunitaseriously said...

terima kasih kpd saudara wazir ibnu jaafar di atas penerangan yg sy kira mmg make sense to me.tetapi,sy kurang faham mengenai isu yg saudara bangkitkan dlm penerangan saudara,sy kira saudara mahu menegakkan sistem ekonomi islam di dunia tidak seperti skg yg berpaksikan kapitalis.tetapi,soalan saya,sejauh manakah boikot itu memberi impak kepada kuasa besar?saudara ada mengatakan,

"Namun, harus difahami, punca utama kejatuhan pasaran ekonomi kapitalis dunia bukanlah disebabkan pemboikotan(jika kita berjaya sekalipun), tetapi adalah disebabkan tatacara ekonomi kapitalis itu sendiri yang berekonomi berpaksikan riba , pasaran hadapan, spekulasi dan ekonomi non-real(saham, pembelian hutang etc)."

adakah saudara ingin mengatakan bahawa pemboikotan itu tidak begitu memberi kesan kepada kuasa besar?maaf kerana byk bertanyakan soalan,tetapi saya masih kurang jelas ttg hal ini.
btw,terima kasih di atas penerangan saudara diatas;)

ju-y-d said...

jawapan saya ialah YA.sememangnya boikot tidak memberi impak kepada kuasa besar. walaupun mungkin ada statistik yang menunjukkan kejatuhan dan penutupan segelintir kilang/pembuatan akibat boikot, namun punca permasalahan utama yang menyebabkan kejatuhan sistem itu sendiri saat ini, adalah kerana sistem kaptalis itu sendiri yang membenarkan riba, pasaran hadapan dan ekonomi non-real.

secara mudah riba ctnya - pada 1 tahap, rakyat tidak mampu menampung beban hutang yg makin meningkat akibat pertambahan peratus pada pinjaman yang dibuat.ini memberi kesan kepada bank2.apabila bank2 terkesan dengn lambatnya pembayaran, maka tiada modal pusingan dan sebagainya utk melangsungkan bisnes di tempat lain.

dari segi pasaran hadapan - kapitalis membenarkan penjualan barang yag belum wujud...rumah belum siap....saham2 yg refer pada barang2 yg belum ada....umpama menjual burung yang masih terbang dilangit...dan bukannya didalam sangkar...menjual buah mempelam yang baru putik....yang belum dipetik....natijahnya...kita tidak tahu apa akan belaku pada barang2 itu? thats y islam melarang penjualan pasaran hadapan...benda yag belum tentu ada/nampak kerana kita tak pasti apa hasilnya....banyak yang jadi....barang yang dah dibeli....dibuat pinaman riba atasnya...last2 tk siap....mcm yang byk berlaku dimalaysia....dah beli rumah, potong gaji/wat pinjaman....rumahnya takde....pemaju lari...pembel ambil tindkan utk taknak teruskan bayar....bank terjejas lagi...akibat adanya unsur pembelian pasaran hadapan...dan riba...

pasaran ekonomi non-real - penjualan kertas2....yang dipanggil bon dan saham....yang mana terdapat terlalu banyak unsur gharar, internet business, penjualan matawang....saham2 dan jual beli duit yang nilainya kadang2 naik, kadang2 turun, dipengaruhi spekulasi sepertimana yang pernah george soros lakukan....bon-saham dsbgnya naik turunnya bergatung pada spekulasi....berbalik pada hukum...adakah islam membenarkan spekulasi...TIDAK...bila spekulasi diamalkan...apa natijahnya...suka2hati dia je nak naik turun harga.agak2 ada kapitalis yg btol2 kaya mcm george soros tuh nak wat dajal lg...dilambakkan dollar ke..beli duit RM bnyk2 ke..Beli BSKL dan tetapkan hargaturun ke..kan susah....dan bila jadi mcmni...bukan setakat org2 beli saham...bank2 yg jadi pusat transaksi saham/bon pun terkesan...

saya cadangkan saudaari bnyk surf international herald tribune...hampir setiap hari dberikan fakta kejatuhan ekonomi negara besar...disebabkan saham la...interests la...etc...

so...sebenarnya boikot yang kita sibuk skang nih, tak beri kesan pun...cuba tgk sekarang ni....realitinya....bila gaza dibedil....berapa byk KFC/PIZA/MCD yg tutup?...seminggu lepas gaza kena bedil...slamber je KFC/Piza bukak cawangan berkembar kat malaysia ni...kat negeri mana saya tak ingat...tapi ada masuk utusan malaysia...yang jelas,starbucks je...starbucks tuh takde pun takpe...bukan semua org nk minum kopi rm10.

jadi, apakah boikot ni satu solusi nak setelkan yahudi dan geng2nya?....kalau nak boikot sgt, bukankah sepatutnya kita boikot US dollar yg mengalir setiap hari dlm transaksi bisnes harian malaysia?...bukankah kita patut boikot idea kapitalisma yang membelenggu umat? bukankah kita patut boikot idea demokrasi dan sekular yg jelas menjahanamkan umat?...setakat boikot 1000 produk dia pun...kita still guna USD utk tukaran antarabangsa....apa kesan pada diaorg? nak ajak orang boikot....tapi premis2 KFC/PIZA/MCD dan sejenisnya....ada lagi berdiri megah dlm negara2 kaum muslimin....so? and nak citer boikot....berapa orang yg still boikot brg2 belanda mcm dutch lady and so on masa geert wildrs wat filem fitna hina quran dan nabi haritu?...berapa orang yang sampai harini, still boikot barangan belanda?...masa tuh keluarla arahan kejap....jgn jual....dah reda...jual balik...kita pun beli balik...jadi...adakah boikot tuh solusi UTAMA?...NO

saya tak mengatakan boikot itu salah, tapi kurang bertepatan sebenarnya. kalau nak jatuhkan...betul2 la...bukan kejap boikot, kejap tak. rakyat boikot, negara tak. takde impak yang pasti.

solusi utama yang leh setel semua masalah...bukan sekadar ekonomi...tapi termasuk sosial, politik, hbgn antarabangsa, pendidikan etc adalah tegaknya kembali 1 empayar, yang akan terapkan islam secara kafah dan laksanakan ttacara islam dalam semual hal....IsyaAllah gerenti leh setel...

ada lagi soalan, leh utarakan...setakat mampu..saya jawab..wassalam.

zunitaseriously said...
This comment has been removed by the author.
zunitaseriously said...

oh,jadi saudara setuju dgn pendapat saya lah kan,bahawa boikot barangan tertentu tidak begitu memberi kesan yg besar kpd negara maju spt Amerika dan Israel?terima kasih kerana keep it simple,sbb saya ni kalau panjang2 sgt pening jugak.:D

tp,saya tertarik pula dgn persoalan yg saudara lontarkan melalui sistem ekonomi islam.sy tidak tahu mengapa,sy rasakan saudara seakan2 sgt berkeinginan utk menukar sistem ekonomi dunia skg(which is like u said capitalism) kpd sistem ekonomi islam.ya,saya faham dan jelas manfaat nya spt yg saudara tlh nyatakan di atas,tetapi timbul juga difikiran saya,BAGAIMANA KITA MAHU MEREALISASIKAN SISTEM EKONOMI ISLAM PADA MASA KINI YG SAYA BILANG SUDAH LAMA DIMONOPOLI OLEH KUASA BARAT?saya petik point yg saudara ada nyatakan diatas;

"Bagaimana semua ini mungkin terjadi? Adakah ianya suatu yang possible? YA. caranya? Melalui thariqah Rasul yakni dakwah politik, menyeru supaya umat Islam 1 dunia bersatu dibawah 1 sistem yakni sistem Islam yang datang dari wahyu."

boleh saudara jelaskan,bagaimanakah CARANYA untuk kita menyeru umat islam 1 dunia untuk bersatu di bawah 1 sistem Islam?

mungkin persoalan ini tiada kaitan pon dgn tajuk post sy tu,tp saya cuma tertarik dgn pandangan saudara mengenai sistem ekonomi islam dan mungkin saudara lebih arif ttg cara perlaksanaannya dgn situasi dunia skg.thx;)

i-search said...

salam. alhamdulillah, perbincangan ilmu sentiasa memberikan nikmat.Terasa manisnya ilmu itu.

Bagaimana caranya menegakkan negara Islam yang menyaksikan peyatuan kaum muslimin seluruh dunia yang meliputi timur dan barat, merangkumi 55 buah negara?

Bismillahhirrahmanirrahim....

islam, adalah suatu deen(way of life) yang diturunkan Allah kepada Muhammad SAW melalui pengantaranya Jibril AS utk mengatur manusia dalam 3 perkara -

1. manusia dgn Allah - habluminallah - peribadatan, syahadah, solat puasa zakat haji.
2.manusia dgn dirinya sendiri - habluminannafsih - akhlak, pakaian dan pemakanan
3. manusia dgn manusia yang lain - habluminannas - ekonomi,politik,sosial,pendidikan,pemerintahan dan hubungan antarabangsa.

kita lihat kembali hadith yang telah saya petik dari imam ahmad, sabda rasulullah :

Dikalangan kalian kini adalah masa kenabian. Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan khilafah minhaj nabi(zaman para khulafa'), Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan pemerintahan kejam (zaman para khalifah selepas khulafa')Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan zaman pemerintahan zalim(zaman uthmaniyah hingga kini-sebagaimana disepakati para fuqaha) Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan selanjutnya AKAN BERDIRI KEMBALI KHILAFAH ATAS MINHAJ NABI (khabar gembira/janji Rasul pada kita, zaman yang makin hampir dengan tanda2 kejatuhan kuasa besar dunia), kemudian Baginda diam.

Daripada hadith ini, rasul memberikan khabar gembira bahawa akan kembali zaman pemerintahan yangmana seolah2 hadirnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Namun bagaimana?

Kita faham, bab ibadah, solatnya ada cara. bab dgn diri sendiri, akhlaknya, pakaiannya cara islam..makan benda yang halal. namun, bab nak tubuh negara...macammana?

Hizbut Tahrir,sebuah parti politik yang berjuang dengan cara dakwah intelektual tanpa kekerasan, didirikan oleh seorang mujtahid dengan nama Syeikh Taqiyuddin An-nabhani pada tahun 1953 dengan tujuan untuk merealisasikan janji nabi ini. Ketika empayar Islam Uthmaniyah jatuh pada 1924, kita perhatikan banyak gerakan2 kaum muslimin bangkit untuk bersatu.Namun,masalahnya disini adalah kebangkitan yang dibawa tidak berjaya dan tidak membuahkan hasil. Kerana apa? kerana gagalya gerakan2 tersebut untuk memahami terma FIKRAH & THARIQAH. Fikrah adalah idea, dan thariqah adalah tatacara melaksana. Kita nampak bahawa umat islam dewasa ini mempunyai fikrah yakni inginkan islam dan mempunyai idea tentang islam, namun, gagalnya dalam perlaksanaan yakni thariqah mengikut Islam.

Sebagai contoh, apa hukum bagi kafir yang memerangi kaum muslimin? fikrahnya, semua orang islam tahu bahawa kita wajib memerangi mereka. sebagaimana ayat Allah:

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].

Namun, dalam melaksanakan fikrah tersebut, apa thariqah kaum muslimin dalam menghadapi musuh? mereka BOIKOT! geert wilders hina quran, kita boikot. orang publish kaikatur nabi pun boikot, orang bantai saudara kita di gaza pun, boikot!. Fikrahnya mereka tahu bila diperangi, perang balik, tapi thariqahnya lain dari apa yg digariskan Islam!

Kes murtad Lina Joy,semua orang Islam tahu hukum bagi murtad adalah bunuh. semua orang ada fikrah tentang itu. bangkit dan memberi reaksi pada isu itu. Namun, apa thariqahnya bila nak setelkan masalah itu? Ada yang suruh kaunseling, ada yang kata jgn bagi tukar status Islam dalam ic. Semua orang paham, murtad hukum bunuh. tapi Kenapa thariqahnya lain?

Melihat kepada senario ini,before 1953, syeikh taqiy mengkaji dan memerhati pada setiap gerakan islam, tidak terlepas gerakan2 yang besar pada ketika itu.Apa yang syeikh taqiy nampak, ialah tiada kesatuan antara fikrah dan thariqah. Banyak gerakan yang inginkan Islam kembali tertegak, tapi tidak mempunyai thariqah yang jelas dalam bagaimana untuk bangkit dan menubuhkan kembali negara tersebut.Ada yang ambil jalan perang, ada yang ambil jalan demokrasi, ada yang ambil jalan pembaikan(islah) dan sebagainya. Jadi, setelah dikaji dan memahami situasi sebenar permasalahan umat, syeikh taqiy berjaya menggali sumber hukum bagi menegakkan negara, yakni dengan thariqah rasulullah,dari sirah nabi.

Kita harus faham bahawa hadith nabi bukan hanya perkataan yang baginda ucapkan, tetapi juga diamnya nabi dan perbuatan nabi. Maka baginda sebagai ikutan dan suri teladan telahpun menunjukkan dengan jelas kepada kita dalam sirah rasul, tentang tatacara menegakkan negara yakni dengan jalan dakwah.

secara ringkas, digariskan fasa2 pergerakan rasul dalam membina negara Islam pertama yakni yathrib@madinah, yang berjaya digali dari sirah oleh syeikh taqiy .

fasa 1 : pembinaan para sahabat&dakwah secara senyap - yakni proses menancapkan aqidah dan keyakinan yang jitu dan mempersiapkan mereka sebagai para da'ie yang siap berjuang&berdakwah secara senyap kepada shbt, keluarga dsbgnya.

fasa 2 : pembentukan/menzahirkan kutlah/kelompok politik - ini terjadi semasa para sahabat diperintahkan untuk berdakwah secara terang-terangan. Ketika ini, para sahabat keluar dalam 2 barisan yang rapi, berjalan menuju ke ka'bah, sebagai langkah menzahirkan wujudnya parti politik islam pada masa itu.

fasa 3: sira'ul fikri - prtarungan pemikiran - dakwah berlangsung dan rasul mencela amalan2 jahiliyyah seperti mengamalkan riba, menipu dalam timbangan, membunuh anak perempuan dsbgnya. rasul menyerang pemikiran2 dan sistem jahiliyyah yang rosak dengan menyampaikan ayat2 Allah.

fasa 4 : kifaus-siyasi - pertarungan politik - kita dapat saksikan daripda sirah yang mana Rasul menjalankan pertarungan politik dengan berdakwah secara terbuka, dan menyeru ketua-ketua kabilah untuk bersama rasul dan melindungi dakwah rasul, supaya dakwah sentiasa berlangsung tanpa ancaman pada beliau, lalu diberikan Abu bakar, Umar, Hamzah, Uthman dsbgnya.

fasa 5 : thalabun nusrah - meminta kekuasaan daripada ketua negara/kabilah. Rasulullah bermula dengan bani tsaqif, kemudian, ketua2 kabilah yang datang pada musim haji dan akhirnya diberikan Allah bani aus dan khazraj, yang bai'at(memberikan taat setia kepada baginda sebagai ketua negara) kepada rasul, memberikan kekuasaan, tentera dan negara(yathrib) kepada rasul untuk diperintah dan diterapkan islam secara kaffah dan Islam dijadikan perlembagaan.

saudari ingat lagi hadith yang mengisahkan tentang solat tarawih? malam pertama rasul solat tarawih, ada beberapa sahabat yang ikut. malam kedua, separuh masjid ikut rasul bertarawih, malam ketiga, rasul takpergi tarawih dimasjid dan hanya tarawih sorang2dirumah. apabila sahabat bertanya, "kenapa engkau tidak bertarawih dimasjid ya rasul?", baginda menjawab "aku takut Allah perintahkan ia menjadi wajib bagi kamu". Disini menjadi penunjuk bahawa jika suatu perlakuan itu dititikberatkan oleh rasul, maka akan menjadi kewajipan bagi kita. Disebabkan rasul takut Allah akan turunkan perintah untuk mewajiban tarawih, maka rasul hanya buat 2 kali di masjid, dan hari ketiganya rasul solat tarawih dirumah.

fasa ke 5, thalabun nusrah yang tertera diatas, sebenarnya telah diriwayatkan bahawa rasul menjala
ankan nusrah(meminta kuasa) sebanyak 40 kali! Jika ianya bukan suatu perintah dari Allah, maka tidak mustahil selepas trial and error 3 tau 4 kali, rasul tinggalkan cara thalabun nusrah dan ambil cara perang(sbg contoh). Ataupun dengan cara kompromi dengan orng kafir sebagaimana dalam sirah, ketika nabi ditawarkan kekuasaan, pangkat, wanita dan kunci ka'bah. Bukannya rasul tak boleh terima.kan? Apa yang barat panggil 'muslihat politik. Ambil kuasa, teraplah islam. kenapa nak susah2 pegi sana sini mintak kuasa? tapi disebabkan ada unsur kompromi, maka rasul tinggalkan dan rasul diberi petunjuk oleh Allah untuk terus melaksanakan thalabun nusrah, hingga Allah memberi bantuan pada kali yang ke 40 dengn hadirnya suku aus dan khazraj.Apabila rasul dpt kekuasaan penuh, maka penerapan syariat islam secara total mudah dilaksana. Dan memang sepatutnya begitu. Jika kita pakai jalan demokrasi contohnya, winning state by state, mampukah kita terap syariah sedangkan kerajaan persekutuan masih lagi sekular. For sure tak lepas.Bila nabi pegang kuasa sbg pemimpin, terus ja terap, takde harini buat ini...hukum riba...tahun depan...hukum sosial...2 tahun lagi.NO

Dari dalil perbuatan nabi ini, maka syeikh taqiy berijithad bahawa satu2nya jalan untuk menegakkan kembali negara Islam adalah dengan mengikut cara/thariqah rasul sebagaimaa yang terdapat dalam kelima2 fasa tadi.

Maka apabila berdirinya HIZBUT TAHRIR, syeikh taqiy menjadikan thariqah rasulullah dalam menegakkan negara, sebagai thariqah HT(HZBT TAHRIR) dalam usaha menegakkan kembali negara islam yag telah runtuh, tanpa meninggalkannya walaupun sedikit.

Apakah usaha ini berjaya? mungkin kita dapat saksikan penerimaan umat bahawa sejak tertubuhnya hizbut tahrir 1953 hingga kini, HT berjaya wujud di 40 lebih buah negara dari 55 negara kaum muslimin, termasuk di negara kafir seperti US, Rusia, China etc.

2 tahun lepas, di indonesia, HT indonesia berjaya mengumpulkan 150ribu umat dari seluruh indonesia dan dunia berkumpul dalam KHILAFAH INTERNATONAL CONFERENCE di stadium bung karno jakarta yang memberikan signal besar kepada barat 'khilafah is on its way!'.

Hasil kajian dan risikan US melalui nixxon center di negara2 kaum muslimin, melalui pergerakan dakwah HT dalam menyatukan umat dan mendirikan khilafah(negara islam) dan suara umat yang menginginkan penerapan syariah total, nixxon cnter meramalkan bahawa khilafah akan terbentuk pada 2020!. harus diingat, US, kalau dia kaji, bukan main2 punyer. Jadi mereka pun tahu its coming and its not impossible.

Even dalam majalah al-islam keluaran 2 bulan lepas kalau tak silap, US list out musuh2 utama dia pada masa kini dan musuh yang duduk ranking no 1 US adalah 'gerakan2 yang cuba mendirikan semula khilafah!' So, is it possible?? yes ma'am it is!! And its shaking their bones out.

So, di tahapan mana dakwah HT?, dakwah Ht seluruh dunia adalah sama. Kita menyeru supaya umat Islam seluruh dunia supaya bersatu, mempelajari/mengkaji tsaqafah(khazanah ilmu&pemikiran) Islam bersama HT, berdakwah bersama HT untuk mengembalikan khilafah minhaj nubuwwah.Namun, tahapan2 dakwah tak semestinya sama diantara negara. Di australia cthnya, HTA masih lagi dalam tahapan kifahus siyasi, begitu jugak dgn britain. Di, China,uzbekistan,rusia cthnya, masih lagi dakwah secara senyap.Di Palestin,telahpun masuk tahap thalabun nusrah dimana HTP sedang meminta kekuasaan dari tentera palestin, begitu juga indonesia.

Harus difahami, negara yang kita perbincangkan bukannya negara yang berdiri atas dasar nationalism, tetapi negara yang memecahkan segala bentuk ikatan yang berlandaskan isme2 buatan manusia seperti nationalisme,patriotisme etc. Jadi sekiranya dengan takdir Allah, esok HT Palestin mendapat nusrah di sana, maka palestin lah ibu negara kita dan kita wajib bersatu dengan mereka.So does other muslim countries around the world. Tak kira dimana,jika ada pemerintah/ketenteraan yang sanggup memberikan kekuasaan untuk diterapkan Islam secara total, khilafah will estabish and start from there.

So when the khilafah established,jgnkan sistem ekonomi, sememangnya keseluruhan pemecahan habluminannas - ekonomi,endidikan,sosial,politik,pemerintahan dan hubungan antarabangsa cara Islam akan ditegakkan secara total tanpa meninggalkan walaupun sedikit. Nampak macam susah? yup,susah tapi tidak mustahil. Rasul dari seorang, umat islam kini meliputi 2/3 dunia. Perjuangan menyatukan umat dan mengembalikan khilafah, bermula dari syeikh taqiy, now its been public opinion and discussed worldwide. Rasul can do it, zaman unta dan keldai. Y not us? Zaman serba canggih? And, cara apa lagi yang terbaik, selain dari mengikut cara/thariqah rasulullah, our beloved prophet?

Remember,kita ada fikrah....that we need khilafah....thariqahnya? is it thru democracy? war? reformation? rasul took non of these as his thariqah in establishing madinah. only dakwah and phases that we discussed earlier.....

So...this is it...and this is how we are going to do it... :)

kalau ada apa2, bleh bincang lagi. always glad to clear doubts. Sorila kalau meleret2....sometimes nak kena terang dari A....baru jelas :)

zunitaseriously said...

wow.impressive.thx for the explanation,full of informations.so,i summarize ur point; cara yg terbaik utk menegakkan ekonomi islam pd ms skg ialah melalui penyatuan umat islam dlm 55buah negara,di seluruh dunia yg mungkin hanya boleh dicapai melalui pergerakan seperti HIZBUT TAHRIR.

thx again,and sorry if i annoyed u with my qs,but really,u hv clear my doubt=)

i-search said...

salam, if u want to learn more about tsaqafah(khazanah pemikiran) Islam dari segi politik, ysocial, politik, education, international relations, Ht menyediakan open discussion bagi orang yang berminat nak pelajari islam and its for pubic...for free.
dont hesitate to contact HT aussie thru their web

http://www.hizb-australia.org/

as for now, the web i closed for upgrade.Find them and learn more bout tsaqafah islam coz umat islam, when we talk bout islam, what we have is mind are just solat,posa,zakat,haji,khatan,kawin,mati.
kita tak pernah tau ada sistem politiknya,economynya,sosialnya et....in detail. So our duty is to sampaikan pada umat supaya umat tahu that Islam is 'big'..and its more than just a 'religion'....its a way of life!...and how come its going to be a way of life if we muslims, does not knw how to run our life like muslims should do? :)

u can also surf HT malaysia...lotsa info there....kupasan2 isu politik,ekonomi,sosial,pemerintahan,politik,pendidikan...melalui sudut pandang islam dan solusi permsalahan2 dgn cara islam.

www.mykhilafah.om

wassalam.

i-search said...

sori for spelling mistakes....my keyboard ada prob...so kalau tertinggal huruf tuh...paham2ja la...hehe

zunitaseriously said...

okie dokes!thx again!:D

Dhiya said...

Salam semua..
aku baru je nk bg komen..
tp wazir/i-search tlh mendahului aku n xde point utk aku tmbh..

ape yg penting thariqah & fikrah kena mantap n jelas. Sebab sunnah Rasulullah SAW adalah kewajipan dan jelas dari Allah.

p/s: sudah seminggu aku tak bertenet..harapkn RSS Reader dari hp aku je nk bace blog ko ita..hehe

Pemuda Epal said...

sekadar pendapat

http://pemudaepal.blogspot.com/2009/09/hidup-bersyariat-demontrasiboikot.html