March 25, 2009

Aku dan masa.

Masa,
Kau ibarat rama-rama,
dikejar xdapat, apetah lagi mahu dikendong,
Kau tidak punyai perasaan,
Tapi acap kali ku dengar,
Masa kuat cemburu,
Masa mencemburui aku kah?
Atau dia?
Atau mereka?
Atau ibu bapa mereka?
Atau itu hanyalah justifikasi permainan dunia.

Masa,
Sungguh pantas engkau berlalu,
Mengapa engkau seperti rama-rama?
Walau ku hargai,
Tetap tidak mampu ku simpan,
Walau ku mahu mengejarmu,
Tetap tidak mampu ku lari,
Mengapakah masa itu terlalu rapuh sikapnya?

Masa,
Tatkala ini,
Saat ini,
Detik ini,
Aku sudah bengong,
Sebab kau cepat sgt berlalu,
Boleh tak kau pelan2?
Ces utk masa,
Ces utk masa lg skali,
Dan skali lagi,
Dan lagi.

Sekian.


March 22, 2009

kemenangan besar SLUMDOG MILLIONAIRE : wajarkah?

Anugerah Oscar pada tahun ini mencatatkan sejarah yg terbesar dalam industri hiburan Bollywood,apabila berjaya memonopoli industri hiburan yg terbesar di dunia- Hollywood.Mencatatkan kemenangan yg besar pada Oscar baru-baru ini,menerusi filem SLUMDOG MILLIONAIRE arahan Danny Boyle yg diadaptasi dari sebuah novel,karangan Vikas Swarup,menggondol 8 dari 9 pencalonan,termasuk filem terbaik Oscar 2009, sudah cukup membuktikan kekuatan filem arahan Danny Boyle itu. Memaparkan kisah seorang remaja Muslim,Jamal yg dilakonkan oleh Dev Patel yang berasal dari kawasan setinggan, menjadi salah seorang peserta kepada rancangan realiti Who Wants To Be A Millionaire,yg di hos kan oleh Anil Kapoor.Memiliki pengalaman yg luas mengenai kehidupan,Jamal berjaya menggondol 2millions rupees,tetapi terpaksa menghadap tuduhan menipu oleh host rancangan itu sendiri,Anil Kapoor. Pelbagai suasana realiti kehidupan masyarakat India yg melarat dapat dilihat secara jelas disini,dr sudut kehidupan,pelajaran,rasuah dan sebagainya.Akan tetapi,ada juga mata yang melihat filem ini sebagai salah satu usaha untuk menjatuhkan maruah India di mata dunia. Watak host Who Wants To Be A Millionaire misalnya,yg sepatutnya dilakonkan oleh Shah Rukh Khan terpaksa ditawarkan kepada Anil Kapoor gara-gara Shah Rukh menganggap filem itu menjatuhkan martabat India.tetapi barangkali beliau menyesal juga menolak watak itu stelah mendapat kemenangan besar dlm Oscar 2009. Amitabh Batchan,juga menolak satu watak dlm filem itu juga mengemukakan alasan yg serupa dgn Shah Rukh.Tetapi lain pula halnya dgn Anil Kapoor yg melaungkan 'Hidup Mumbai' pada anugerah Oscar lalu dgn penuh patriotik.

Tetapi,pada saya kekuatan filem ini bukanlah bergantung pada watak Jamal ketika remaja,tetapi watak Jamal ketika di alam kanak2.Jamal yg dilakonkan oleh Ayush Mahesh Khadeker,Salim(abang kandung Jamal) yang dilakonkan oleh Azharuddin Mohammed Ismael, dan Latika yg dilakonkan oleh Rubina yang sememangnya berasal dari kawasan setinggan di India.Menunjukkan realiti masyarakat di kawasan setinggan,dimana Jamal sanggup terjun ke lubang najis semata2 mahu berjumpa dgn Amitabh Bachan, masyarakat anti-Muslim di India, pendidikan yg agak ketinggalan di kawasan2 setinggan dan sebagainya.Akan tetapi,difahamkan, setelah kemenangan besar filem ini di anugerah Oscar, Ayush,Rubina dan Azharuddin masih menetap di kawasan setinggan dan masih menjalani kehidupan seperti sebelumnya.Ayah Azharuddin juga diketahui menghidapi sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan yg berkos tinggi.Setelah dikritik hebat oleh media barat,Danny Boyle berjanji akan menanggung perbelanjaan pendidikan Azharuddin,Ayush dan Rubina sehingga mereka berumur 19tahun. Akan tetapi,bagaimana pula dengan sara hidup mereka?Bagaimana pula dgn rawatan kos kesihatan ayah Azharuddin?Setidak2nya,mereka diberi satu bentuk elaun atau paling tidak diberi rumah yg lebih selesa tatkala berjaya melakonkan watak dgn baik.Tanpa mereka,saya bilang,filem ini tidak akan berjaya menggondol filem terbaik 2009.

Diberi tajuk SLUMDOG MILLIONAIRE atau lebih tepatnya 'JUTAWAN ANJING SETINGGAN' sememangnya mendatangkan kemarahan dr pelbagai pihak.Masyarakat India khususnya,kebanyakkan mereka amat pessimist dgn filem ini kerana digelar 'anjing' oleh Danny Boyle.Penah juga coursemate saya,yg juga berasal dr India bertanyakan pendapat saya mengenai filem ini,yg menurut beliau sgt tidak wajar ditayangkan kerana menggelar sebahagian drp mereka sebagai anjing.Wajarkah?

Walau apa pun kritikan yg diberikan,saya bilang filem ini sememangnya wajar menerima anugerah filem terbaik Oscar 2009 kerana terdapat nilai2 kemanusiaan dan realiti kehidupan yg sarat terkandung.

p/s:bole ke Sifu dan Tongga masuk Oscar?

March 21, 2009

Sepi






Dipetik dari Filem Sepi
by Baizura Kahar

bisikku pada bulan
kembalikan
temanku kekasihku syurgaku

tanpa dia
malam menemani aku
sepi memeluk ku

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi
seperti ku


This film I guess is the best ever Romantic Malay movie i've ever seen.Khabir Bhatia is really a good film director,I like all his films,the idea behind every story he made is totally different from others,not a typical Malay film.If we wanna compare Khabir Bhatia with Prof.A.Razak Mohaydeen,omg,he's far far far better than Prof.Well,to whom that never watch this movie,i strongly recommend you to watch this,and u'll never regret watching it!;)

March 13, 2009

Cursing : Dimanakah silapnya?

Saya penah laa terbaca rakan saya ade menulis something like, 'org sibuk dgn ppsmi,nak aja math and sc in english,english still xpandai,tapi kalau bab cursing,yg xpandai english pon lebih terer dr yg pandai english',lebih kurang cm2 laa apa yg rakan saya perkatakan itu,saya pon kurang pasti the exact words yg dia gunakan,tapi maksud yg ingin disampaikan adalah lebih kurang yg saya nyatakan di atas.Saya agak tertarik dgn apa yg dia cuba sampaikan,saya sendiri tidak pernah terfikir mengenai perkara tersebut tatkala kita lihat senario hari ini di mana masyarakat sibuk memperdebatkan hal mengenai PPSMI.

Sedar atau tidak,perkara tersebut adalah realiti masyarakat terutamanya Malaysia yg sebenar.Kita tanya je budak2 8-9 thn,kalau bab nak ckp F word,bukan maen laju dia boleh smpaikan,tetapi kalau nak suruh blaja math dan sc in english,mcm kura2 merangkak pon ade.Itu baru tgk situasi budak sekolah rendah,xtgk lagi kalau budak2 yg konon lg besar dan matang.Dikatakan perkataan2 F word ini,atau apa2 perkataan yg similar dgnnya,lebih 'cool' kalau disebut even sebagai penyedap ayat.Saya agak boleh faham la,kalau F word itu 'keluar' kalau someone tu tgh marah,tp kadangkala,yg saya agak hairan,even dalam percakapan harian pun,nak jugak dikeluarkan perkataan2 itu.mcm dah dijadikan kata adjektif pula.'He is f***ing hot!','Gile s**l kau ni',adalah contoh2 yg acap kali saya dengar dlm ucapan seharian.itu xmasuk lagi kalau tgh marah,kadangkala saya terkejut juga,berbagai2 'kata adjective' keluar,kadang2 membuat saya impressive dgn kelancaran dan kefasihan english si pelaku.Dimanakah silapnya?Adakah ini dikatakan revolusi semasa yg semakin melupakan adab2 dan tatatertib kita?Siapakah yang harus dipersalahkan?Pak Lah lagi ke?MOE lagi ke?artis2 barat lagi ke?media2 barat lagi ke?atau diri kita sendiri?

'Cool' atau tidak,ia sepatutnya bukan menjadi persoalan utama.refleks diri kita sendiri,apa faedah yg kita dapat menyebut perkataan2 sebegitu?kalau xda mendatangkan apa2 faedah,saya kira lebih baik kalau ianya tidak disebut terus.Bukankah itu akan memberi persepsi atau tanggapan yg kurang enak jika ianya dijadikan amalan seharian,atau pun membiasakan diri dgn bahasa2 seumpama itu?walau apa pun alasan yg diberikan,ini cuma pendapat saya,setuju atau tidak,terpulang kepada diri sendiri untuk menilai;)

p/s:PPSMI wajar diteruskan!:D

March 11, 2009

Methadone : sejauh mana keberkesanannya?

WARNING : THIS ARTICLE IS SO BORING.SO THINK TWICE IF U WANT TO READ IT.

Kalau ckp pasal politik kat perak ke, PPSMI ke, EPL ke,ape ke sume org tau ape bende tu.Tp,kalau ckp pasal methadone,i guess only a very few of us yg tau kot ape itu methadone.To be honest,the first time I heard methadone pon,kire agak blur,apekah itu?lol.Well,to start this entry,lemme define what is methadone.Methadone ni basically sejenis sintetik opiod seperti Morfin,Heroin dan sebagainya yg selalu digunakan dlm bidang perubatan sbg analgesik, anti-ketagihan,dan sebagainya. Ia dicipta di Jerman pada 1937.Atau dlm bahasa yg lebih senang nak faham,methadone ni sejenis kumpulan dadah,yg ada fungsi yg tersendiri dlm bidang perubatan.

Bila org ckp kat kita diorang ade HIV/AIDS sure kita takut nak kawan/even nak dekat ng dia walaupun kita tau,HIV atau nama penuhnya Human Immunodeficiency Virus itu tak boleh berjangkit melalui sentuhan fizikal atau perkongsian barangan dan sebagainya,tetapi kita seolah2 paranoid dengan individu tersebut.Begitu juga dengan penagih dadah,yang mengambil heroin contohnya,kita akan 'melarikan diri' dari invididu tersebut sejauh yg mungkin dek kerana takutnya akan berjangkit dgn penyakit bawaan penagih itu.tetapi bagaimana pula situasinya jika penagih itu sendiri adalah rakan karib kita?bagaimana pula jika penagih itu sendiri adalah saudara terhampir kita? dan bagaimana pula jika penagih itu adalah keluarga kita sendiri?dari darah daging kita sendiri?adakah kita mahu terus menjadi hipokrit dgn melarikan diri dr insan terbabit atau adakah simpati kita melebihi naluri itu?

Saya ambil contoh,penagih heroin,yg telah sekian lama mengabdikan diri kepada najis itu,mahu kembali ke pangkal jalan.Hanya 3 options yg diberikan,sama ada masuk pusat serenti yg mmg diketahui sgt menguji mental si penagih, ATAU rawatan detox(saya tidak berapa pasti ttg hal ini),tetapi difahamkan ianya agak mahal, ATAU rawatan melalui methadone.Ramai yg tidak mengetahui kehebatan methadone yg mampu 'membawa penagih ke pangkal jalan', disamping kos nya yg agak murah berbanding dadah yg sama taraf kemujaraban dgnnya.Ia mampu menghalang halusinasi(40% drp penagih tidak mengalami halusinasi) si penagih yg sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan bekalan dadah apabila ianya berlaku.Ianya cukup mudah,methadone dikatakan menyerang opoid reseptor yg sama seperti heroin,dan memberi kesan yg sama seperti heroin,except: ia tidak merangsang pembentukan reseptor2 yg baru yg mn bole merangsang kpd halusinasi kpd si penagih.Ini bermakna tahap kelegaan si penagih selepas mengambil methadone adalah sama seperti mengambil heroin,tetapi bagusnya,ia tidak mendatangkan kesan yg kritikal seperti heroin.secara tidak lansung,pengambilan methadone secara teratur dan terancang boleh membawa kepada pemulihan ketagihan si penagih dan seterusnya,memulihkan keadaan si penagih.Tetapi harus diingat,proses pemulihan ini tidak semudah yg disangka,ianya mengambil masa,paling kurang 10thn untuk penagih bebas dr ketagihan sepenuhnya.

Kelebihan methadone berbanding jenis dadah yg lain antaranya ia boleh diambil oleh ibu yg mengandung,di atas nasihat doktor.Ia juga mempunyai kesan smpingan,seperti penambahan berat badan,ruam2 badan,muntah,sakit kepala dan sebagainya.well,in doing something,i would say,we need to trade off something.at least,si penagih masih boleh sembuh,atau paling tidak,boleh survive untuk jangka masa yg panjang.

All in all,do support drug addict yg nak kembali ke pangkal jalan ni,and jgn pandang mereka seperti anjing terbiar,bayangkan perasaan anda kalau si penagih itu adalah antara ahli keluarga kita sendiri.Jadi,walaupun perlaksanaan methadone programme ni mendapat bantahan dr ramai pihak,saya rs ia patut dilaksanakan scr meluas,terutama di Malaysia yg dikatakan mempunyai bilangan penagih yg agak tinggi.

p/s:jgn hisap dadah at the first place.lol.


March 08, 2009

Benarkah Tuhan itu wujud?

Pernah sekali saya di tanya oleh rakan se'course' saya di Uni mengenai isu ketuhanan. Dia yg seorang Cina, berasal dari sebuah daerah di negara China, Macau memang seorang yang tidak mempunyai agama,alasan yg cukup mudah--tiada bukti saintifik mengenai kewujudan Tuhan.

Berbagai2 persoalan yg diajukan kpd saya,yg saya kira saya sendiri tidaklah begitu arif mengenai agama,apatah lagi mengenai isu yg agak sensitif-kewujudan Tuhan.dia yang mengetahui saya beragama Islam amat berasa pelik pabila saya menunaikan solat,acap kali sebelum ke lab session,saya berpuasa di bulan puasa,ketika dia enak menjamu makanan di Union House(sejenis kafeteria), saya tidak minum alkohol ketika lepas habis discussion bersama mereka. berbagai juga hujah yg dia lontarkan kpd saya,mengenai pandangannya tentang isu ketuhanan yg saya kira agak cetek pengetahuan mengenai Tuhan.Dia yg pernah bersekolah di sekolah kristian,pernah belajar dan mengkaji kitab suci agama itu,Bible,juga mempersoalkan banyak perkara.Dia juga kadangkala mentertawakan kisah Nabi-Nabi yg dia kira tidak logik akal,kerap kali bertanya kpd saya,dimana logiknya?Nabi Musa membelah laut?logikkah?Nabi Nuh membawa binatang ke dalam kapal?logikkah?Nabi Yunus di telan ikan paus kemudian dikeluarkan dan terus hidup seperti manusia biasa?logikkah?

Menurutnya,untuk mendapatkan keyakinannya mengenai wujudnya Tuhan,dia mahukan bukti yg jelas bahawa Tuhan itu wujud.Dia mahu melihat gunung itu hilang secara tiba2.dia mahu melihat ikan boleh terbang,dia mahu melihat,rumah tiba2 terbakar,atau paling tidak,dia mahu sedikit bukti saintifik mengenai kewujudan Tuhan.Dia yang sgt memegang teguh kepada teori beruk-The Evolution of Man atau lebih dikenali dgn Teori Darwin,sepenuh hati menolak hujah2 yang saya lontarkan.Apakah kejadian alam semesta itu tidak cukup membuktikan kewujudan Tuhan?Apakah kejadian langit yg tinggi tanpa tiang itu sudah tidak cukup membuktikan kejadian Tuhan?Apakah kejadian manusia itu sendiri,tubuh badan kita sendiri yg sgt kompleks tidak cukup untuk membuktikan Tuhan itu benar2 ada?Adakah kita tidak diberi bukti atau sendiri yg menolak bukti tersebut?

Saya pernah terbaca di suatu majalah ilmiah mengenai teori kewujudan alam semesta.Teorinya agak mudah,tetapi sukar untuk difahami.Jika ada suatu bilik,barang2 di dalamnya tersusun rapi, kemas dan teratur,di biarkan berkunci selama beberapa ketika,mungkin,berpuluh tahun,dekad atau abad,kita boleh melihat bahawa bilik tersebut mungkin tidak serapi yg sebelumnya.Tetapi jika ada suatu bilik,yg pada mulanya bersepah,tidak tersusun dan kucar kacir,selepas dibiarkan beberapa ketika,TIDAK mungkin bilik itu boleh menjadi tersusun,rapi dan kemas.Apa yang saya ingin smpaikan disini ialah,sesuatu benda itu,tidak boleh terwujud dgn sendirinya,tanpa ada yang mencipta,seperti bilik yg bersepah tidak mungkin boleh menjadi kemas,tetapi mungkin sesuatu benda yang telah tercipta itu,boleh berubah atau mengalami evolusi sepeti teori pengembangan alam semesta yg dipercayai mengalami 'expension' sejajar dgn usia alam itu,seperti bilik yg kemas mungkin boleh tidak menjadi serapi sebelumnya.

Mungkin Darwin mahu menyamakan diri beliau dengan beruk,tetapi tidak saya--saya berasal dr Adam a.s.yang dicipta oleh Allah drp segumpal tanah dan seketul daging.Walau apa pun hujah yang di lontarkan,ia bergantung kpd diri kita sendiri untuk menimbang tara mengenai isu yg cukup sensitif ini.Bukti sudah cukup jelas,buka mata,buka minda.

March 07, 2009

fakta atau auta?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy ,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

p/s:hahah:D

March 06, 2009

survey:D

1.What were u doing in the past 3 mins?
~ update blog,but then i deleted it coz rs cm tah pape.lol

2.Why are u completing this survey?
~ xtau nak update ape blog nih+_+ survey can do,perhaps?:D

3.Tell us your secret weapon to attract others?
~ wow.no secret.honesty matters;)

4.What color you hate the most?
~ ntah,coklat kot?

5.What food you hate the most?
~ i dont hate food,just i dont eat it.it's different right?:D well,kalau nak listkan,cm byk je?:D

6.What about drink?
~ xde kot.pelik je hating drink?

7.Favorite primary school subject?
~ mathematics is always a favourite subject:P

8.Which is better, secondary or primary school?
~ dua2 pon best!:D

9.Who is better, beautiful stupid girl or smart nerdy girl?
~ why dont beautiful smart girl?:D

10.Who is better, handsome rich guy or ugly smart guy?
~ err..can it be handsome rich smart guy?haha

11.Old people or small kid is harder to handle?
~ obviously,old people,they are really sensitive than kids i guess

12.Who is the last person called you with your full name?
~ mm..sape eh?HIM.

13.The name that your parents call you?
~ adik

14.Favorite teacher or lecturer?
~ aldeen;)

15.The most common word you use daily?
~ tenang buk..tenang..HAHA

16.What is the time now?
~ 11.35 pm

17.What will you do in an hour?
~ tah,tido kot.

18.What is your worst habit?
~ape eh?mm..mls nak iron baju kot?

19.Is there anything you want to say to anyone?
~ nope.xmo lah ckp kat cni,xromantik.HAHA

20.Do you keep your secret?
~ obviously,name pon secret.

21.What is the brand of your wristwatch?
~ guess <--kak tmc bg

22.Your favorite day and month?
~ mm..20 feb?:D

23.When is your father’s birth date?
~ 15 feb

24.How old are you when you first fall off from your bike?
~ i guess..6?

25.How is your hair looks like?
~ pass

26.What color is your eye and hair?
~ pass

27.Chipsmore or Cereal biscuits?
~ both:D

28.Single or taken?
~ taken

29.Searching or waiting?
~ hurm?tah,waiting kot?

30.Boring or excited?
~ in the middle.lol

31.Your last word is…..?
~ done!:D

March 02, 2009

politik bola sepak:realiti atau fantasi?

Bila perempuan bercakap pasal bola sepak,akan ramai org terutamanya kaum Adam yg memandang enteng tentang pandangan yg dilontarkan. Entah di manakah silapnya, seakan sukan yg amat di minati ramai itu hanya boleh diminati atau lebih tepat lagi dimonopoli oleh kaum itu. Lebih-lebih lagi,jikalau yg bercakap itu tidaklah begitu arif mengenai sukan yg telah wujud sejak sekian lama itu,tetapi cuma memberi pendapat mengenai realiti bola sepak masa kini-saya sendiri.

Sedang dalam kehangatan,kegilaan dan keghairahan bola sepak kini,ramai yang tidak mengetahui wujudnya politik dlm bola sepak.apakah politik itu?Jikalau kita selalu mendengar politik dikaitkan dengan PKR,DAP,Karpal,Anwar Ibrahim,tetapi apakah pula yg kita akan dgr mengenai politik bola sepak?adakah FAM yg menjadi sebutan?Mungkin lebih tepat lagi jika saya katakan,skop yg ingin saya ketengahkan ini lebih kepada situasi bola sepak di seluruh dunia,samada Malaysia,Asia mahupun di Eropah.

Sedar atau tidak,politik bola ini telah wujud sejak sekian lamanya,samada disedari atau tidak.Masakan tidak,EPL yg sdg hangat diperkatakan skg, kelab yg manakah sedang mendahului liga?kelab yg mana pula berada di top 5?kelab yg mn pula berada di bottom 5?Harus difahami,kehebatan dan kehandalan sesuatu kelab itu bergantung kepada pemain-pemain nya yg berkebolehan dan juga pengurus nya yang mantap.Ia memang diakui umum,merupakan suatu acuan kejayaan yg sememangnya tidak boleh disangkal lagi. tetapi,realitinya, sejauh manakah kelab yg kurang berkemampuan seperti Stoke City untuk memenangi EPL?Apakah perkaitan nya dgn apa yg saya perkatakan?Ya,kejayaan sesebuah kelab sgt berkait rapat dgn kekayaan kelab tersebut.Masakan tidak,kelab-kelab yg kaya,Manchester United,Arsenal,Chelsea,Liverpool contohnya, sgt berkemampuan utk membeli pemain2 handal dr kelab-kelab yg kurang kaya.Jika senario ini berterusan,smpai bilakah kelab2 yg kurang berkemampuan boleh berada di kedudukan teratas liga?Setiap kali ada pemain yg berkebolehan,ada saja kelab yg kaya 'mencekup' pemain tersebut.Sampai kapan pun,kelab yg kaya akan terus kaya dan berada di atas liga,dan kelab yg kurang berkemampuan akan terus ketinggalan dan mungkin tidak akan pernah merasa berada di kedudukan atas liga.

Ada juga yg mengatakan,kehebatan sesuatu pasukan itu bukan saja bergantung pada pemain itu sendiri,tetapi sgt berkait rapat dgn tektikal pemain yg disesuaikan dgn posisi yg sesuai.Oleh itu,pengurus sesuatu kelab sgt memainkan peranan penting dlm hal ini.tetapi harus diingat,pengurus yg mantap juga perlu dibayar gaji yg mantap juga.Sir Alex Ferguson contohnya,antara penerima bayaran yg tertinggi dari kelab Manchester United.Masakan tidak, 5 million euro SEBULAN,adakah kelab yg kurang berkemampuan mampu membayar gaji sebanyak itu?

Tepuk dada,tanya otak.jangan pula ada yang melatah dan tak tegur saya pula lepas ni,dek tak setuju dgn apa yg saya suarakan disini.walau apapun,ur comment is always welcomed regarding this issue;)

March 01, 2009

tagging lg?aisey..

In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
adeyh,kene tag lagi.sori laa xpasan kene tag,so lambat buat:D
"jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP…"
1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.
  • soleh,so that can guide me being a solehah wife and can be a great father of my children.
  • educated,so that can give a well life for me,my family and us,obviously.
  • not from rich family,coz im not from there too.
  • cool,meaning xpanas baran and tegur scr baek when i do mistakes.
  • higher than me,haha,coz i feel uncomfortable if i walk with shorther guy.sorry to sesape yg terase,no offense.
  • love me the way he loves himself.
2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
  • Tun Dr Mahathir Mohd.
  • Barrack Hussien Obama.
  • Agnes Monica.
  • Natasha Beddingfield.
  • Jason Mraz.
  • Chin(my tutor for engineering analysis last sem,he is sooooo cute!:D)
  • and top of the most,my beloved mum,Ms.Zainab.

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
  • kupu2 kat dlm perut.haha.
  • cuak.
  • takut gak.
  • gelabah.
  • happy.
  • control gak kot?haha
  • tah.blank.

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
  • mekah.
  • europe.
  • japan.
  • paris.
  • new zealand.
  • ala,susah sgt,jumpe blakang umah je sudey.

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
  • doa,so that he always well and good:D
  • anything that he asks me to cook.
  • anything that can make him happy.
  • my trustworthy.
  • my love.
  • my confession.
  • my all.
6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
  • fall for you-secondhand serenade.
  • I'm yours-Jason Mraz.
  • Trying your luck-The Strokes.
  • Love the way you love me-Pussycatdolls.
  • Soulmate-Natasha beddingfield.
  • Tanpa-sixth sense.
  • Dan sebenarnya-Yuna.
7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.
  • ain mmu.
  • izzah mmu.
  • iwan.
  • fakhri moe.
  • wan nur syazwani-russia.
  • hanif-germany,TM.
  • mamat um.

tagging?aisey..

aisey,kene tag la plak.ok2,lemme do this tag thing.hehe




1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.

2.Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

+hurm,name org yg men'tag' saye nih ialah cik sazuana,
+dah kenal lebih kurang 7-8 bulan thru ym/fs.
+xpenah jumpe
+she's currently studying at UPSI
+councelor to be:D

3.Setiap bl0gger hendaklah menyatakan 10 fakta/h0bi diri sendiri


1)used to hate my name,zunita and always asking my mum why giving me that name?till she stressed out with me and said 'if u hate it,then change it urself'.haha.sorry mum,but i really like the name of ZUNITA right now.thx a lot mum!:D

2)i like cats but hate cockroaches.eeeyeewww:D

3)currently studying at The University of Melbourne,Australia doing Bachelor of Electrical Engineering under Telekom sponsorship.

4)one of the admirers of Tun Dr Mahathir Mohd,Barrack Hussien Obama and well,also with Agnes Monica.lol.

5)came from all girls school.

6)likes reading Harry Potter and have a collection of all of the books.

7)Im the youngest in the family,well most people dont expect this:D

8)when im mad,i like to either sleep or listen to the music and ignore people.

9)Im the one who easily forgive people's mistake.

10)currently listening to "californication" by red hot chilli peppers.haha.


4.Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di bl0g anda.

aisey,sape eh?mm..

1)iwan
2)ain MMU
3)izzah MMU
4)fakhri MOE
5)rohul MOE