March 08, 2009

Benarkah Tuhan itu wujud?

Pernah sekali saya di tanya oleh rakan se'course' saya di Uni mengenai isu ketuhanan. Dia yg seorang Cina, berasal dari sebuah daerah di negara China, Macau memang seorang yang tidak mempunyai agama,alasan yg cukup mudah--tiada bukti saintifik mengenai kewujudan Tuhan.

Berbagai2 persoalan yg diajukan kpd saya,yg saya kira saya sendiri tidaklah begitu arif mengenai agama,apatah lagi mengenai isu yg agak sensitif-kewujudan Tuhan.dia yang mengetahui saya beragama Islam amat berasa pelik pabila saya menunaikan solat,acap kali sebelum ke lab session,saya berpuasa di bulan puasa,ketika dia enak menjamu makanan di Union House(sejenis kafeteria), saya tidak minum alkohol ketika lepas habis discussion bersama mereka. berbagai juga hujah yg dia lontarkan kpd saya,mengenai pandangannya tentang isu ketuhanan yg saya kira agak cetek pengetahuan mengenai Tuhan.Dia yg pernah bersekolah di sekolah kristian,pernah belajar dan mengkaji kitab suci agama itu,Bible,juga mempersoalkan banyak perkara.Dia juga kadangkala mentertawakan kisah Nabi-Nabi yg dia kira tidak logik akal,kerap kali bertanya kpd saya,dimana logiknya?Nabi Musa membelah laut?logikkah?Nabi Nuh membawa binatang ke dalam kapal?logikkah?Nabi Yunus di telan ikan paus kemudian dikeluarkan dan terus hidup seperti manusia biasa?logikkah?

Menurutnya,untuk mendapatkan keyakinannya mengenai wujudnya Tuhan,dia mahukan bukti yg jelas bahawa Tuhan itu wujud.Dia mahu melihat gunung itu hilang secara tiba2.dia mahu melihat ikan boleh terbang,dia mahu melihat,rumah tiba2 terbakar,atau paling tidak,dia mahu sedikit bukti saintifik mengenai kewujudan Tuhan.Dia yang sgt memegang teguh kepada teori beruk-The Evolution of Man atau lebih dikenali dgn Teori Darwin,sepenuh hati menolak hujah2 yang saya lontarkan.Apakah kejadian alam semesta itu tidak cukup membuktikan kewujudan Tuhan?Apakah kejadian langit yg tinggi tanpa tiang itu sudah tidak cukup membuktikan kejadian Tuhan?Apakah kejadian manusia itu sendiri,tubuh badan kita sendiri yg sgt kompleks tidak cukup untuk membuktikan Tuhan itu benar2 ada?Adakah kita tidak diberi bukti atau sendiri yg menolak bukti tersebut?

Saya pernah terbaca di suatu majalah ilmiah mengenai teori kewujudan alam semesta.Teorinya agak mudah,tetapi sukar untuk difahami.Jika ada suatu bilik,barang2 di dalamnya tersusun rapi, kemas dan teratur,di biarkan berkunci selama beberapa ketika,mungkin,berpuluh tahun,dekad atau abad,kita boleh melihat bahawa bilik tersebut mungkin tidak serapi yg sebelumnya.Tetapi jika ada suatu bilik,yg pada mulanya bersepah,tidak tersusun dan kucar kacir,selepas dibiarkan beberapa ketika,TIDAK mungkin bilik itu boleh menjadi tersusun,rapi dan kemas.Apa yang saya ingin smpaikan disini ialah,sesuatu benda itu,tidak boleh terwujud dgn sendirinya,tanpa ada yang mencipta,seperti bilik yg bersepah tidak mungkin boleh menjadi kemas,tetapi mungkin sesuatu benda yang telah tercipta itu,boleh berubah atau mengalami evolusi sepeti teori pengembangan alam semesta yg dipercayai mengalami 'expension' sejajar dgn usia alam itu,seperti bilik yg kemas mungkin boleh tidak menjadi serapi sebelumnya.

Mungkin Darwin mahu menyamakan diri beliau dengan beruk,tetapi tidak saya--saya berasal dr Adam a.s.yang dicipta oleh Allah drp segumpal tanah dan seketul daging.Walau apa pun hujah yang di lontarkan,ia bergantung kpd diri kita sendiri untuk menimbang tara mengenai isu yg cukup sensitif ini.Bukti sudah cukup jelas,buka mata,buka minda.

2 comments:

Khashafiq Hijazi said...

Teori evolusi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith.Kisah - kisah umat2 terdahulu dalam Al - Quran sepatutnya di nilai dari segi yang abstrak. Mengapakah Allah menceritakan mengenai Nabi Adam dalam Al-Quran?Supaya manusia mengambil pedoman atas kisah mereka. Al-Quran diturunkan secara berperingkat dan disesuaikan dengan kefahaman masyarakat zaman itu.Jadi tidak semestinya Nabi Adam adalah manusia pertama. Wallahu A'lam

amni said...

Teori evolusi Darwin memang telah lama diperdebatkan oleh masyarakat antarabangsa. Sebabnya mudah, Darwinisme sendiri tidak dapat membuktikan yang bagaimana sesuatu makhluk itu dapat berevolusi dengan sendiri. Saya suka untuk berkongsi bahan bacaan dari seorang Profesor dari Turki yang banyak mempertikaikan teori ini dan telah pun berjaya membuka mata dunia tentang teori lapuk ini. Buku-buku karangan Harun Yahya yang banyak menerangkan dan mengupas isi kandungan alQuran dari sudut saintifik, mudah difahami serta jelas diperhalusi. Buku karangan belia bertajuk 'rekabentuk alam semulajadi' byk membuka mata saya tentang kebesaran Allah SWT dan bagaimana beliau menolak teori Darwinisme dgn hanya mengkaji seekor belalang! Beliau juga ada menulis buku2 yg secara khususnya membincangkan teori Darwinisme ini. Jika bahasa alQuran agak rumit untuk kita fahami tanpa berguru, Semoga dengan membaca buku karangan beliau kita dapat menambahkan iman kita kepadaNya. Semoga dengan usaha kita sebagaimana wahyu pertama diturunkan oleh Allah kepada N.Muhammad SAW supaya membaca dengan nama TuhanMu, kita dapat memilih kebenaran dan melawan kebatilan.

link buku2 Harun Yahya : www.hyahya.org