March 22, 2009

kemenangan besar SLUMDOG MILLIONAIRE : wajarkah?

Anugerah Oscar pada tahun ini mencatatkan sejarah yg terbesar dalam industri hiburan Bollywood,apabila berjaya memonopoli industri hiburan yg terbesar di dunia- Hollywood.Mencatatkan kemenangan yg besar pada Oscar baru-baru ini,menerusi filem SLUMDOG MILLIONAIRE arahan Danny Boyle yg diadaptasi dari sebuah novel,karangan Vikas Swarup,menggondol 8 dari 9 pencalonan,termasuk filem terbaik Oscar 2009, sudah cukup membuktikan kekuatan filem arahan Danny Boyle itu. Memaparkan kisah seorang remaja Muslim,Jamal yg dilakonkan oleh Dev Patel yang berasal dari kawasan setinggan, menjadi salah seorang peserta kepada rancangan realiti Who Wants To Be A Millionaire,yg di hos kan oleh Anil Kapoor.Memiliki pengalaman yg luas mengenai kehidupan,Jamal berjaya menggondol 2millions rupees,tetapi terpaksa menghadap tuduhan menipu oleh host rancangan itu sendiri,Anil Kapoor. Pelbagai suasana realiti kehidupan masyarakat India yg melarat dapat dilihat secara jelas disini,dr sudut kehidupan,pelajaran,rasuah dan sebagainya.Akan tetapi,ada juga mata yang melihat filem ini sebagai salah satu usaha untuk menjatuhkan maruah India di mata dunia. Watak host Who Wants To Be A Millionaire misalnya,yg sepatutnya dilakonkan oleh Shah Rukh Khan terpaksa ditawarkan kepada Anil Kapoor gara-gara Shah Rukh menganggap filem itu menjatuhkan martabat India.tetapi barangkali beliau menyesal juga menolak watak itu stelah mendapat kemenangan besar dlm Oscar 2009. Amitabh Batchan,juga menolak satu watak dlm filem itu juga mengemukakan alasan yg serupa dgn Shah Rukh.Tetapi lain pula halnya dgn Anil Kapoor yg melaungkan 'Hidup Mumbai' pada anugerah Oscar lalu dgn penuh patriotik.

Tetapi,pada saya kekuatan filem ini bukanlah bergantung pada watak Jamal ketika remaja,tetapi watak Jamal ketika di alam kanak2.Jamal yg dilakonkan oleh Ayush Mahesh Khadeker,Salim(abang kandung Jamal) yang dilakonkan oleh Azharuddin Mohammed Ismael, dan Latika yg dilakonkan oleh Rubina yang sememangnya berasal dari kawasan setinggan di India.Menunjukkan realiti masyarakat di kawasan setinggan,dimana Jamal sanggup terjun ke lubang najis semata2 mahu berjumpa dgn Amitabh Bachan, masyarakat anti-Muslim di India, pendidikan yg agak ketinggalan di kawasan2 setinggan dan sebagainya.Akan tetapi,difahamkan, setelah kemenangan besar filem ini di anugerah Oscar, Ayush,Rubina dan Azharuddin masih menetap di kawasan setinggan dan masih menjalani kehidupan seperti sebelumnya.Ayah Azharuddin juga diketahui menghidapi sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan yg berkos tinggi.Setelah dikritik hebat oleh media barat,Danny Boyle berjanji akan menanggung perbelanjaan pendidikan Azharuddin,Ayush dan Rubina sehingga mereka berumur 19tahun. Akan tetapi,bagaimana pula dengan sara hidup mereka?Bagaimana pula dgn rawatan kos kesihatan ayah Azharuddin?Setidak2nya,mereka diberi satu bentuk elaun atau paling tidak diberi rumah yg lebih selesa tatkala berjaya melakonkan watak dgn baik.Tanpa mereka,saya bilang,filem ini tidak akan berjaya menggondol filem terbaik 2009.

Diberi tajuk SLUMDOG MILLIONAIRE atau lebih tepatnya 'JUTAWAN ANJING SETINGGAN' sememangnya mendatangkan kemarahan dr pelbagai pihak.Masyarakat India khususnya,kebanyakkan mereka amat pessimist dgn filem ini kerana digelar 'anjing' oleh Danny Boyle.Penah juga coursemate saya,yg juga berasal dr India bertanyakan pendapat saya mengenai filem ini,yg menurut beliau sgt tidak wajar ditayangkan kerana menggelar sebahagian drp mereka sebagai anjing.Wajarkah?

Walau apa pun kritikan yg diberikan,saya bilang filem ini sememangnya wajar menerima anugerah filem terbaik Oscar 2009 kerana terdapat nilai2 kemanusiaan dan realiti kehidupan yg sarat terkandung.

p/s:bole ke Sifu dan Tongga masuk Oscar?

No comments: