March 11, 2009

Methadone : sejauh mana keberkesanannya?

WARNING : THIS ARTICLE IS SO BORING.SO THINK TWICE IF U WANT TO READ IT.

Kalau ckp pasal politik kat perak ke, PPSMI ke, EPL ke,ape ke sume org tau ape bende tu.Tp,kalau ckp pasal methadone,i guess only a very few of us yg tau kot ape itu methadone.To be honest,the first time I heard methadone pon,kire agak blur,apekah itu?lol.Well,to start this entry,lemme define what is methadone.Methadone ni basically sejenis sintetik opiod seperti Morfin,Heroin dan sebagainya yg selalu digunakan dlm bidang perubatan sbg analgesik, anti-ketagihan,dan sebagainya. Ia dicipta di Jerman pada 1937.Atau dlm bahasa yg lebih senang nak faham,methadone ni sejenis kumpulan dadah,yg ada fungsi yg tersendiri dlm bidang perubatan.

Bila org ckp kat kita diorang ade HIV/AIDS sure kita takut nak kawan/even nak dekat ng dia walaupun kita tau,HIV atau nama penuhnya Human Immunodeficiency Virus itu tak boleh berjangkit melalui sentuhan fizikal atau perkongsian barangan dan sebagainya,tetapi kita seolah2 paranoid dengan individu tersebut.Begitu juga dengan penagih dadah,yang mengambil heroin contohnya,kita akan 'melarikan diri' dari invididu tersebut sejauh yg mungkin dek kerana takutnya akan berjangkit dgn penyakit bawaan penagih itu.tetapi bagaimana pula situasinya jika penagih itu sendiri adalah rakan karib kita?bagaimana pula jika penagih itu sendiri adalah saudara terhampir kita? dan bagaimana pula jika penagih itu adalah keluarga kita sendiri?dari darah daging kita sendiri?adakah kita mahu terus menjadi hipokrit dgn melarikan diri dr insan terbabit atau adakah simpati kita melebihi naluri itu?

Saya ambil contoh,penagih heroin,yg telah sekian lama mengabdikan diri kepada najis itu,mahu kembali ke pangkal jalan.Hanya 3 options yg diberikan,sama ada masuk pusat serenti yg mmg diketahui sgt menguji mental si penagih, ATAU rawatan detox(saya tidak berapa pasti ttg hal ini),tetapi difahamkan ianya agak mahal, ATAU rawatan melalui methadone.Ramai yg tidak mengetahui kehebatan methadone yg mampu 'membawa penagih ke pangkal jalan', disamping kos nya yg agak murah berbanding dadah yg sama taraf kemujaraban dgnnya.Ia mampu menghalang halusinasi(40% drp penagih tidak mengalami halusinasi) si penagih yg sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan bekalan dadah apabila ianya berlaku.Ianya cukup mudah,methadone dikatakan menyerang opoid reseptor yg sama seperti heroin,dan memberi kesan yg sama seperti heroin,except: ia tidak merangsang pembentukan reseptor2 yg baru yg mn bole merangsang kpd halusinasi kpd si penagih.Ini bermakna tahap kelegaan si penagih selepas mengambil methadone adalah sama seperti mengambil heroin,tetapi bagusnya,ia tidak mendatangkan kesan yg kritikal seperti heroin.secara tidak lansung,pengambilan methadone secara teratur dan terancang boleh membawa kepada pemulihan ketagihan si penagih dan seterusnya,memulihkan keadaan si penagih.Tetapi harus diingat,proses pemulihan ini tidak semudah yg disangka,ianya mengambil masa,paling kurang 10thn untuk penagih bebas dr ketagihan sepenuhnya.

Kelebihan methadone berbanding jenis dadah yg lain antaranya ia boleh diambil oleh ibu yg mengandung,di atas nasihat doktor.Ia juga mempunyai kesan smpingan,seperti penambahan berat badan,ruam2 badan,muntah,sakit kepala dan sebagainya.well,in doing something,i would say,we need to trade off something.at least,si penagih masih boleh sembuh,atau paling tidak,boleh survive untuk jangka masa yg panjang.

All in all,do support drug addict yg nak kembali ke pangkal jalan ni,and jgn pandang mereka seperti anjing terbiar,bayangkan perasaan anda kalau si penagih itu adalah antara ahli keluarga kita sendiri.Jadi,walaupun perlaksanaan methadone programme ni mendapat bantahan dr ramai pihak,saya rs ia patut dilaksanakan scr meluas,terutama di Malaysia yg dikatakan mempunyai bilangan penagih yg agak tinggi.

p/s:jgn hisap dadah at the first place.lol.


No comments: