March 02, 2009

politik bola sepak:realiti atau fantasi?

Bila perempuan bercakap pasal bola sepak,akan ramai org terutamanya kaum Adam yg memandang enteng tentang pandangan yg dilontarkan. Entah di manakah silapnya, seakan sukan yg amat di minati ramai itu hanya boleh diminati atau lebih tepat lagi dimonopoli oleh kaum itu. Lebih-lebih lagi,jikalau yg bercakap itu tidaklah begitu arif mengenai sukan yg telah wujud sejak sekian lama itu,tetapi cuma memberi pendapat mengenai realiti bola sepak masa kini-saya sendiri.

Sedang dalam kehangatan,kegilaan dan keghairahan bola sepak kini,ramai yang tidak mengetahui wujudnya politik dlm bola sepak.apakah politik itu?Jikalau kita selalu mendengar politik dikaitkan dengan PKR,DAP,Karpal,Anwar Ibrahim,tetapi apakah pula yg kita akan dgr mengenai politik bola sepak?adakah FAM yg menjadi sebutan?Mungkin lebih tepat lagi jika saya katakan,skop yg ingin saya ketengahkan ini lebih kepada situasi bola sepak di seluruh dunia,samada Malaysia,Asia mahupun di Eropah.

Sedar atau tidak,politik bola ini telah wujud sejak sekian lamanya,samada disedari atau tidak.Masakan tidak,EPL yg sdg hangat diperkatakan skg, kelab yg manakah sedang mendahului liga?kelab yg mana pula berada di top 5?kelab yg mn pula berada di bottom 5?Harus difahami,kehebatan dan kehandalan sesuatu kelab itu bergantung kepada pemain-pemain nya yg berkebolehan dan juga pengurus nya yang mantap.Ia memang diakui umum,merupakan suatu acuan kejayaan yg sememangnya tidak boleh disangkal lagi. tetapi,realitinya, sejauh manakah kelab yg kurang berkemampuan seperti Stoke City untuk memenangi EPL?Apakah perkaitan nya dgn apa yg saya perkatakan?Ya,kejayaan sesebuah kelab sgt berkait rapat dgn kekayaan kelab tersebut.Masakan tidak,kelab-kelab yg kaya,Manchester United,Arsenal,Chelsea,Liverpool contohnya, sgt berkemampuan utk membeli pemain2 handal dr kelab-kelab yg kurang kaya.Jika senario ini berterusan,smpai bilakah kelab2 yg kurang berkemampuan boleh berada di kedudukan teratas liga?Setiap kali ada pemain yg berkebolehan,ada saja kelab yg kaya 'mencekup' pemain tersebut.Sampai kapan pun,kelab yg kaya akan terus kaya dan berada di atas liga,dan kelab yg kurang berkemampuan akan terus ketinggalan dan mungkin tidak akan pernah merasa berada di kedudukan atas liga.

Ada juga yg mengatakan,kehebatan sesuatu pasukan itu bukan saja bergantung pada pemain itu sendiri,tetapi sgt berkait rapat dgn tektikal pemain yg disesuaikan dgn posisi yg sesuai.Oleh itu,pengurus sesuatu kelab sgt memainkan peranan penting dlm hal ini.tetapi harus diingat,pengurus yg mantap juga perlu dibayar gaji yg mantap juga.Sir Alex Ferguson contohnya,antara penerima bayaran yg tertinggi dari kelab Manchester United.Masakan tidak, 5 million euro SEBULAN,adakah kelab yg kurang berkemampuan mampu membayar gaji sebanyak itu?

Tepuk dada,tanya otak.jangan pula ada yang melatah dan tak tegur saya pula lepas ni,dek tak setuju dgn apa yg saya suarakan disini.walau apapun,ur comment is always welcomed regarding this issue;)

No comments: