April 25, 2009

Abu Bakar As-Siddiq : Sejauh mana kita mengenali baginda?

Memandangkan saya perlu membentangkan kisah "Saidina Abu Bakar As-Siddiq : Manfaat mengetahui kisah Baginda" pada QC (Quranic Circle) this week, saya rase tidak salahnya juga kalau saya berkongsi apa yg saya dapat di blog saya pula (walaupun pembentangan nya belum lg- lagi 2jam.lol).

Kalau disebut nama "Saidina Abu Bakar", atau "As-Siddiq", I'm pretty sure most of us sgt2 familiar dgn nama tu,myb ade yg bole ceritakan sedikit kisah hidup beliau coz ms form 4,5 dlm subjek agama and sejarah pon ade blaja pasal kisah hidup baginda kan,but seramai mn yg aplikasi or mendapat manfaat drp kisah hidup baginda?

Antara isi yg saya peroleh mengenai topik manfaat mengetahui kisah hidup beliau:

1) melahirkan perasaan ingin mencontohi keimanan Abu Bakar terhadap Rasulullah
peristiwa Isra' Mikraj misalnya, di mana Rasulullah memberitakan beliau travel dr bumi ke langit dlm masa 1 mlm, dan baginda menceritakan bagaimana pembersihan hati dilakukan oleh Malaikat dan sebagainya, tidak sedikit pun mendatangkan perasaan curiga apatah lagi ragu2 terhadap Rasulullah. Kaum Quraisy ketika itu cuba menguji Abu Bakar dgn bertanyakan apakah beliau percaya dgn kisah Isra' dan Mikraj? Saidina Abu Bakar pantas menjawab,"Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu malam! "

2)Lebih bersemangat dan bersedia utk berjihad - harta,study,etc
Saidina Abu Bakar sgt terkenal sebagai seorang hartawan dan berasal dr golongan bangsawan. Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya." So sweet=)

3)Melahirkan perasaan cinta pada Rasulullah
Ketika peristiwa hijrah misalnya, dimana Rasulullah diperintahkan berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar. Dalam peristiwa hijrah, mereka menuju ke Gunung Tsur, dan bersembunyi di Gua Tsur.Abu Bakar ketika itu sgt bimbang kalau musu dapay mengetahui tempat persembunyian mereka.Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?" Abu Bakar menjawab, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman." Begitu lah rasa kasih Abu Bakar terhadap Rasulullah,sehinggakan beliau tidak memikirkan nyawa sendiri lebih dr nilai harga nyawa seorang rasul akhir zaman.

4)Melahirkan perasaan ingin dekat/rapat dengan Rasulullah
Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meƱdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.

5)Membina sifat bermujahadah - in terms of study, etc
Abu Bakar juga terkenal sebagai salah seorang sahabat baginda yg cerdik.Semasa berita kewafatan Rasulullah tersebar, Saidina Umar Al-Khattab tidak dapat menerima kenyataan tersebut,lantas Abu Bakar membacakan sepotong ayat Al-Quran, "Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur." Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.

kalau ikutkan byk je lagi my points utk topik ni,tp rsnye cukuplah takat ni perkongsian saya.Kalau ade terkurang atau apa,mintak diperbetulkan, dan kisah2 ni juga,saya compactkan bg tujuan ringkasan dan mudah difahami:)

No comments: