April 02, 2009

buang anak : trend terkini?

SEREMBAN 1 April – Seorang wanita yang ingin membuang sampah menjerit ketakutan apabila mendapati sebungkus plastik hitam yang diletakkan di luar rumahnya di Taman Senangin, Senawang dekat sini mengandungi seorang bayi perempuan.

Bayi malang berusia sebulan itu ditemui merengek dalam plastik tersebut yang diikat, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Wanita berusia 30-an itu mulanya ternampak plastik tersebut bergerak-gerak. Dia kemudian membuka ikatannya dan menjerit setelah melihat bayi yang masih sihat itu dibuang dalam plastik berkenaan.



Hari ini hari sya dimulakan dgn berita yg saya kira amat menyedihkan. Apa yg lebih menyayat hati ialah kes-kes seperti itu seakan2 menjadi satu trend dan tiada rasa bersalah lansung pada si pelaku. kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Apakah si pelaku tidak berasa kasihan lansung kepada bayi yg masih sihat diletakkan dlm bungkusan plastik dan diletakkan di tempat awam? Apakah dosa anak kecil itu..?Astaghfirullah.. Bayi itu adalah manusia,jiwa yg berhak untuk hidup, diberi roh oleh Allah utk menjadi hamba di bumiNya,apakah hak kita untuk menidakkan hak itu? Saya amat tidak faham,kenapa dan mengapa perkara sebegini boleh terjadi. Apa perasaan kita,kalau ms kecik2 dulu,mak bapak buang kita kat mana2? Apa perasaan pelaku itu sendiri,kalau ms kecik2 dia dibungkus dlm plastik?

Kalau diimbas kembali,mengapa perkara2 pembuangan bayi masih berlaku pada zaman serba canggih ini? nak kata sebab najib da jadi presiden UMNO kah? mcm xde kaitan la plak kan, nak kata sbb ekonomi dunia merudum kah?lagi la xde kaitan, nak kata xpernah ada didikan agama, xkan laa skolah tinggi2,xkan xde blaja agama lansung? nak kata xskolah, patut bende2 cmni,xyah skola pon,bole gune common sense je kot? Seakan ada kaitannya dgn post saya yg dulu, "Benarkah Cinta Itu Buta?" keadaan ini sgt berkait rapat dgn nilai moral si pelaku. Saya kira,tidak perlu untuk saya ulas perkara ini panjang lebar lagi, sbb sy pernah membicarakan mengenainya sebelum ini. saya tidak nampak rasionalnya mengapa anak yg tidak berdosa itu diperlakukan sedemikian rupa. sedangkan haiwan pon sayangkan anaknya,adakah itu bermakna si pelaku lebih hina dr haiwan? Apa pun alasan, nasihat saya kepada diri saya sendiri, dan mereka yg membaca post ini, fikir dahulu sebelum buat, bila dah buat,jgn lepaskan tanggungjawab begitu sahaja,fikirkan ms depan anak kecil itu.

p/s : buang anak kucing pon,saya xsanggup,sbb kucing comel.lol:P

No comments: