May 10, 2009

Anzac Day : what's the significance to us?

First and foremost, I guess I want to write this entry in BM since I think it's a very important issue and I hope the readers can understand it better as well as me writing it.lol:D

Anzac Day atau Hari Anzac, mungkin janggal bagi masyarakat Malaysia mendengar 2 patah perkataan ini, tetapi tidak bagi masyarakat di Australia mahupun di New Zealand, tatkala pada tanggal 25 April saban tahun akan diadakan perayaan meraikan hari bersejarah itu. Tetapi, mungkin ada diantara pembaca tertanya2, apakah signifikan nya kepada kita, msyarakat Muslim yg beragama Islam terutamanya, sehinggakan saya ingin menulis entri ini dlm BM?

Anzac yang bermaksud Australian and New Zealand Army Corp ditubuhkan diatas kerjasama masyarakat Australia dan New Zealand, semasa era Perand Dunia 1, dikatakan telah mendarat di Semenanjung Gollipoli di Turki pada pagi 25 April 1914. Seperti mana yg kita sedia maklum, Perang Dunia pertama yg berlaku pada 1914, adalah diantara Kuasa Paksi dan Berikat, iaitu 2 kuasa besar ketika itu, Britain dan Jerman. Australia dikatakan menjadi salah satu sekutu Britain, telah menubuhkan angkatan tentera untuk membantu Britain menakluki Turki yg ketika itu di bawah kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah yg berpusat di Constantinople. Tujuan utama peperangan yg tercetus adalah untuk menyingkirkan Turki yg ketika itu adalah salah satu kerajaan Islam yg kuat, di mana kedudukan geografi negara tersebut berada di antara laluan ke Rusia.

(click at the image for a bigger size)

Pada tahap yg kritikal ketika itu, tentera Anzac dikatakan telah mendarat di tempat yg salah, iaitu di Anzac Cove,dimana menyumbang kepada banyak faktor kelemahan yg membawa kepada kekalahan tentera itu di bawah tentangan tentera Turki. Keterangan lanjut mengenai pendaratan tentera, sila klik disini.Menurut An excerpt from Denis Winter's book,
25 April 1915 - The Inevitable Tragedy, University of Queensland Press, 1994, dikatakan punca kesalahan mendarat di tempat yg sepatutnya bukanlah suatu perkara yg boleh terjadi di dalam situasi peperangan yg sgt genting, mungkin perkara itu sudah dirancang terlebih dahulu secara terancang, supaya tentera Islam Turki, di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attartuk menang dgn mudah kepada tentera Anzac keterangan lanjut,klik disini - konspirasi dalaman berlaku antara Mustapha Kamal dan tentera British. Di sinilah bermulanya titik hitam kepada masyarakat Islam seluruhnya.

(click at the image for a bigger size)

"Bullets struck fireworks out of the stones along the beach. The men did not wait to be hit, but wherever they landed they simply rushed straight up the steep slopes. Other small boats...were digging for the beach with oars. These occupied the attention of the Turks in the trenches, and almost before the Turks had time to collect their senses, the first boatloads were well up towards the trenches. Few Turks awaited the bayonet."
-Charles Bean in his first report

Kemenangan kepada tentera Anzac telah mengangkat nama Mustapha Kamal Attartuk ke seluruh Turki, diangakat sebagai wira bangsa, dan dijulang nama sebagai pejuang kemerdekaan tanpa ada yg mengetahui agenda tersembunyi beliau. Ketika itu, peperangan berlaku dan Constantinople telah jatuh kpd British.Selepas kemenangan Mustapha, beliau telah mengadakan sidang rundingan dgn pihak British untuk mendapatkan semula kemerdekaan drp British dan diiktiraf sebagai Negara Moden. dan sebagai pertukaran, semua tanah jajahan Turki jatuh ke tangan British. Dalam perjanjian itu juga,ada menyebut bahawa British tidak akan cmpur tangan dalam urusan politik mahupun sebagainya dalam sistem birokrasi Turki, akan tetapi, dalam diam, British sebenarnya mempunyai agenda tersendiri, di mana kerajaan Boneka telah dibentuk sebelum mereka meninggalkan Turki di bawah kuasa Mustapha.

Bukti wujudnya kerajaan boneka:
Telah mewujudkan ideologi karmalism - 6 anak panah yg berkonsepkan sekularism iaitu menghilangkan pengaruh agama sepenuhnya dari urusan kerajaan.

kesan drp ideologi tersebut, Mustapha telah memperkenalkan pembaharuan yg dikatakan membawa kepada permodenan Turki:

1) menggalakkan memakai pakaian seperti barat.

2) memansuhkan mahkamah syariah dan mewujudkan mahkamah sivil

3) melarang pemakaian tudung dan serban, menggalakkan pemakaian topi seperti di barat

4)Hak sama rata antara lelaki dan perempuan- perempuan diberi hak untuk bekerja seperti lelaki dan kesannya membawa kepada keruntuhan institusi rumah tangga.

5) Bahasa Turki diperkenalkan di mana semua dialih bahasa kepada bahasa Turki, termasuklah Al-Quran, azan dan sebagainya.

6) kesan yg paling penting : MEMANSUHKAN SISTEM KHALIFAH pada 3 March 1924.

Permansuhan sistem khalifah ini adalah suatu kesan yg sgt besar kpd masyarakat Islam seluruh dunia, sistem yg diterajui oleh Abu Bakar As-Siddiq, musnah begitu sahaja, begitu juga dengan pembangunan umat Islam sejagat. Pelbagai masalah dan konspirasi wujud, membawa kepada keruntuhan dan kemelesetan negara2 Islam di seluruh dunia. Jika diamati, kebanyakan negara dunia ke3 adalah terdiri drp negara Islam. Dimanakah silapnya? Adakah kita terlalu mundur sehingga diletakkan di negara dunia ke3? Dimanaka hilangnya zaman kegemilangan kerajaan Islam yg pernah dicapai suatu ketika dahulu? Apakah kita hanya melihat situasi ini, umpama meraikan cuti Anzac Day? atau lebih dari itu? Tepuk dada, fikirkan.

p/s: Hanya gerhana,bukan terbenamnya matahari:)

1 comment:

Khashafiq Hijazi said...

Pembubarkan Kerajaan Uthmaniyah adalah permulaan kepada era baru umat islam.Mungkin sudah tiba masanya untuk Khilafah Islam diketuai oleh pemimpin yg dipilih oleh Ummah bukan diwarisi.Mcm mne kita nak mencapai tahap itu,aku rase kesedaran dan pendikan adalah teras utama.Kemudian ummah akan lebih bijak dan berkemampuan untuk mengubah haluan politik kita.InsyaAllah