July 11, 2009

A letter for a very kind and heaven friend.

Dear You,

  Terima kasih kerana membuat cerita bukan-bukan pasal saya, tidak terbalas rasanya budi baik anda itu. Mungkin hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya. Baru saya tahu begini rupanya sikap anda, suka menunding jari kepada orang lain di atas kesilapan sendiri. Saya tidak akan melupakan jasa anda ini, ibarat 'melepaskan anjing tersepit'. Oh, jangan salah sangka, saya tidak menyamakan anda seperti anjing, ia cuma perumpamaan sahaja, tetapi jika anda merasakan ada persamaan disitu, saya tidak pula menidakkan. 

  Saya juga sangat2 berbesar hati di atas budi dan jasa dan segala fitnah dan juga buruk sangka yang anda lemparkan kepada saya. oh, tidak lupa juga kata2 kesat anda tempoh hari, mmg sungguh menusuk kalbu. Semoga anda bahagia dengan hidup anda, dan terima kasih juga kerana mengingatkan saya untuk lebih berhati2 selepas ini.


p/s: oh jgn salah sangka, dia bukan my love ones. i loveeee him so much!:D


4 comments:

Badriah Burhan said...

I smell something fishy. COme back soon! I miss you. :(

Nadya Summer said...

whuts up babe?? who hurt u?? im gna kick his arse.

zunitaseriously said...

haha.dont, nadya,nnt kang ade yg xde ass kang.lol.

norain shari said...

salam ita..

ain pun curious nk tau real story. tp serius gler memerli entry kali ni.but i think who ever the person yg awk mention ni, konfem he/she deserve it. :p