May 07, 2010

Burqa: satu keperluan?

Burqa adalah sejenis pakaian wanita Muslim, yang dipakai di khalayak ramai, di mana ianya sejenis kain labuh yg panjang yg menutupi seluruh tubuh pemakai. Sejak Perancis mengenakan larangan pemakaian burqa terhadap penduduk Muslim di negara tersebut, pelbagai reaksi dilemparkan khususnya daripada masyarakat global. Ada yang menentang, tidak kurang pula yang menyokong undang-undang baru tersebut. Larangan ini di'tiru' oleh negara-negara barat yg lain, seperti Denmark, Rusia, Belgium, Itali dan baru-baru ini kedengaran sayup-sayup suara larangan itu akan dijalankan di Australia. Baru-baru ini, Perancis sekali lagi menggemparkan masyarakat Islam bahawa dasar keterbukaannya dicabar tatkala menolak permohonan kerakyatan oleh seorang wanita Islam yang memakai burqa. Sekali lagi, ramai yg memberi reaksi, tetapi persoalannya, adakah pemakaian burqa adalah satu keperluan?

Maaf jika pendapat saya kolot, ini cuma satu pendapat seorang yg mungkin kurang arif untuk memberi pandangan, tetapi tidak salah juga untuk saya menyuarakan pandangan saya sendiri.
Seperti mana yang kita sedia maklum, pemakaian burqa ini bukanlah satu kewajipan dalam Islam. Jadi jika pemakaian ini menyebabkan kesulitan atau kepayahan, jadi pada saya mungkin si pemakai boleh menggantikan burqa dengan tudung labuh dan sebagainya. Sebagai contoh, seperti di Perancis, terdapat kes dimana wanita berpakaian burqa ditolak permohonan kewarganegaraan kerana imej burqa tersebut. Ramai yang memprotes dengan tindakan Perancis itu, tetapi Perancis tetap dengan pendiriannya. Tetapi, pada saya, jika setelah pelbagai usaha untuk mendapatkan permohonan kewarganegaraan itu gagal disebabkan pemakaian burqa, seperti rayuan dan sebagainya, jadi wajarlah untuk si pemakai menggantikan burqa itu dengan tudung biasa atau tudung labuh dan pakaian yang menutup aurat kerana pemakaian burqa ini tidak wajib dalam Islam, jadi jika sebab burqa ini permohonan tersebut ditolak, apalah salahnya jika wanita tersebut menggantikan burqa dgn tudung labuh misalnya?
Mengambil contoh kejadian terbaru di Australia, di mana terdapat penjenayah mengenakan burqa semasa melakukan jenanyah amat membimbangkan terutama kepada orang awam. Ini kerana orang awam sukar sekali mengecam identiti pemakai disebalik burqa tersebut, sama ada lelaki atau wanita misalnya, memandangkan semua pemakai burqa ini seolah-olah kelihatan sama. Cuba anda banyangkan, jika anda berada di suatu komuniti di mana semua orang memakai burqa, pasti anda bingung, dan juga takut jikalau terdapat penjenayah2 yang menyamar dan berselindung disebalik burqa tersebut. Bukankah ini membahayakan?

Terdapat juga pandangan yang mengatakan pemakaian burqa ini melambangkan eksploitasi kaum adam terhadap kaum wanita dalam Islam. Bagi saya, pandangan ini berbeza mengikut individu. Disebabkan burqa ini bukanlah perkara wajib dalam Islam, jadi pemakaiannya adalah mengikut kehendak peribadi masing2. Jika seseorang wanita Islam itu dengan rela hati untuk memakai burqa, jadi tidak timbul isu pengeksploitasian hak asasi wanita. Tetapi, jika pemakaian burqa itu dipaksa atau dilakukan bukan dengan rela hati, adalah wajar untuk dilabelkan terdapat eksploitasi hak kebebasan wanita disitu.

Ada yang mengatakan pemakaian burqa ini boleh menangani kes rogol, dan sebagainya dengan hujah lelaki tidak lagi boleh melihat aurat yang terdedah dan sebagainya. Ingin saya ingatkan, tidak semestinya tidak memakai burqa, aurat seseorang wanita Muslim itu terdedah bukan? Terdapat alternatif lain selain burqa seperti tudung labuh, jubah dan sebagainya. Jadi, tidak timbul isu jika tidak memakai burqa boleh menyebabkan kes rogol dan sebagainya.
Kesimpulannya di sini, ingin saya katakan, bahawa burqa ini bukanlah satu perkara yg wajib. Islam bukan agama yang berat dan Islam tidak memberatkan umatnya. Jadi, jika dengan pemakaian burqa ini menyebabkan kesulitan dan kerumitan, adalah wajar jika ia digantikan dengan pemakaian tudung dan pakaian yang menutup aurat.

1 comment:

Badriah Burhan said...

You watched 7pm project just now kan? Cos this thing issue jugak la time show ari ni td. And I quite like this one lady's response to it. She's the head/representative for this one Muslim Women group here in Melbourne.

I think it's not necessary to wear pun burqa ni cos Islam x wajibkan, and Islam x paksa. These women choose to cover themselves with burqa on their own, not forced.
So, why susahkan sendiri cm tu, sampai community pun dah msk campur.

Haish..