July 31, 2010

Tagging


Menjalankan kewajipan menjawab tagging.lol

1.thank & link the person that gave you the award
Thanks to Sazuana :)

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic!
mm..maybe I have few in minds, but sesape yang lain nk buat tu, silelah ye.

1. Shahrul Nizam Azman
2. Akila Mahmood
3. Intan Nursyazwani
4. Pooja
5. Smaku

3.contact said blog and let them know they've won the award
Noted.

4.state 5 things about yourself
- Final sem undergrad electrical engineering, Melbourne Uni
- Homesick nk balik mesia
- I believe my stomach is small (random gile)
- I like cats
- I'm the youngest in the family

5.speech by the winner
Thanx for the award :)

July 30, 2010

U think?


If you meet you,
would you like you?

probably no.



how about u?

*taken from smaku's blog

July 27, 2010

Ibu bapa derhaka?


Kita selalu dengar term 'anak derhaka'. Tapi kita xsedar, wujud jugak ibu bapa yang derhaka. Kadangkala ibu bapa itu sendiri xsedar dia 'menderhaka' kpd anak2 nya. Nauzubillah.

Ibu bapa yang derhaka kpd anaknya adalah ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mendidik anak dengan sempurna. Ibu bapa yang derhaka adalah ibu bapa yang mengabaikan hak anak2. Ibu bapa yang derhaka adalah ibu bapa yang memisahkan agama dari diri anak2.

1. Hak anak-anak
Anak-anak mempunyai hak untuk mendapat didikan yang sempurna drp ibu bapa. Didikan dr segi agama, moral, sosial dan sebagainya. Anak-anak mempunyai hak untuk mendapat ibu bapa yang bertanggungjawab dlm urusan dunia dan akhirat. Anak-anak mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan yang sempurna dr ibu bapa. Ibu bapa yang mencabuli hak anak-anak adalah ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan ibu bapa yang derhaka.

2. Didikan anak-anak
Ramai ibu bapa beranggapan didikan anak2 hanya tertakluk kpd didikan akademik, dan juga didikan agama scr fizikal. Didikan agama scr fizikal adalah didikan yang tidak dipraktikkan dlm kehidupan seharian. Mungkin ibu bapa beranggapan, dah antar g sekolah agama, dah anta g skolah kebangsaan, antar mengaji dah lepas tanggungjawab didik anak. tapi, mcmana pulak kalau anak xpakai tudung, xditegur. Kalau anak berkapel, xdisuruh kawin, bahkan bila anak itu nk kawin, ditentang pula. Bila anak xsolat, xdimarah, bahkan ibu bapa itu sendiri xsolat. Bukankah itu ibu bapa yang derhaka?

3. Ibu bapa yang mementingkan diri
Wujud juga ibu bapa merasakan diri mereka 'besar' dan wajar dihormati oleh anak2. Bahkan, ibu bapa ini mahu anak2 patuh kpd semua kehendak mereka. Disuruh itu dan ini, tanpa menghiraukan penat anak yang baru pulang dari sekolah. Senang saja ibu bapa ini mengeluarkan perkataan 'anak derhaka', mengherdik, memarahi anak jika anak itu lambat melakukan apa yang disuruh. Adakah ibu bapa ini cuba untuk mendalami diri anak2? Ibu bapa ini merasakan mereka 'besar' dan setiap apa yang disuruh wajib dipatuhi tanpa memikirkan perasaan anak. Ibu bapa ini juga adalah ibu bapa yang derhaka.


Ni cuma perkongsian from me,mungkin ada kurangnya, saya mintak maaf utk itu. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. I'm sure all of us eventually akan jadi ibu bapa. Semoga kita tidak tergolong dlm golongan ibu bapa yang derhaka kpd anak2. Amen~


July 25, 2010

Walimah :)

"Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sungguh pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi yang berfikir".
Ar-Rum: 21

Siang tadi I went to walimah Kak Ainunnadiah and husband, Naim Faiz and also Wan Imran, and wife, Syaheedatul Iman. Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dirahmatiNya, InsyaAllah~





Barakallahu laka wa baaraka 'alayka,
wa jzaakallaahu kharan,
wa razaqakallaahu mithlahu,
wa 'ajzala thawaabaka

Semoga Allah memberkati dan melimpahkan keberkatan ke atasmu,
membalasmu dengan kebaikan,
serta mengurniakan rezeki setimpal untukmu,
dan memberimu pahala yang melimpah ruah

Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"
Al-Furqan: 74



July 24, 2010

It comes to an end.


1 more day to go. Then, semester 2, 2010 will start, which means it's 3 months away from my undergrad life as a student (insyaAllah..) This coming sem, I gonna do 4 subjects, which is:

1. Final Year Project
2. Digital System 4
3. Communication Systems
4. Radio Frequency

Hope I can do my best to get the best for my honours, as well as graduating this coming December, insyaAllah. And there gonna a lot more things to do in the future :)

Shall enjoy my life as undergrad student to the fullest~!

Cheers.

Aku panas betul lah

Malu rasanya nk ngaku Malaysia ni negara Islam. Buang bayi, rompak, bunuh, rogol, terlalu banyak berlaku. Cne leh jadi cmni? Islam ajar ke kalau buang bayi kt dalam tong sampah? Islam ajar merompak ke? Islam ajar membunuh ke? Islam ajar rogol ke? Islam ke sume tu? Sadly, most yang buat adalah Islam. ISLAM.


Aku malas nk bg argument panjang2, nape bole jadi cmni. makin lame ppuan Islam kt mesia pakai baju cm terlanjang. Makin lame ppuan cm xpakai xseluar. BODOH betul ppuan2 yang buat cm2. Aku tersangatlah marah dgn ppuan2 yg bengong mcm ni. Haish. Ok, aku da panas dgn bende ni.


Senang je, punca sume2 ni satu je - TAK SOLAT.

Kalau solat, rasenye ade ke ppuan nk pakai baju cm bogel tu?
Kalau solat, rasenye ade ke org yang tergamak nk flush baby dlm toilet?
Kalau solat, rasenye ade ke org yang nk buat zina at the first place?
Kalau solat, rasenye ade ke org tu nk merompak and bunuh?
Kalau solat, rasenye ade ke org tu nk merogol?

Kan Allah banyak kali ckp dlm quran, SOLAT TU TIANG AGAMA. Yang pegi degil and hati batu tu sangat xnk solat tu kenapa?? Ya Allah.. pastu bile jadi bende2 cmni, nk kecoh2 itu la ini la. Padahal bende tu berpunca dr individu tu sendiri.

Allah kan da ckp, solat tu mencegah dr kemungkaran, maksiat. Nape laaa nk degil ckp Allah? Isk. Serious aku bengang tol ngn org yang xsolat ni. Allah da terang2 ckp solat tu WAJIB. Paham tak wajib tu ape? maksudnye bende tu sgt crucial, penting gile utk dibuat. Bukan sunat, bukan bende2 lain. WAJIB. So, jgn la degil. Allah tu Maha Mengetahui, Dia tau ape yang terbaik. So, jgn la degil ckp Dia. Buat apa yang disuruh.

Sekian,
Saya yang bengang ngn org yg xsolat.

*source gambar from intan's blog

July 23, 2010

Cinta.


Islam tidak melarang penganutnya untuk bercinta, asalkan cinta itu disandarkan kpd Yang Maha Esa. Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah. Cinta yang mulia adalah cinta kepada Rasulullah. Cinta yang diredhai adalah cinta sesama manusia berpaksikan Islam, yakni cinta kerana Allah. Allah tidak melarang hambaNya untuk bercinta, in fact, Dialah yang mencampakkan perasaan kasih dan rasa untuk mencintai dalam diri hambaNya. Harus difahami, cinta itu boleh memabukkan, jika ianya tidak disertakan dengan nawaitu yang ikhlas.

1. Cinta berlandaskan nafsu
Inilah seburuk-buruk cinta. Cinta yang mengagungkan syaitan. Cinta yang menjadikan syaitan sebagai paksi. Jenis cinta sebegini yang memabukkan, jenis cinta sebegini yang membuatkan pencinta leka dan lalai sehingga sanggup melakukan perbuatan dosa. Tidak ada lansung terdetik dalam diri rasa takutkan azab Allah..subhahanallah. Perlakuan terkutuk, sehingga banyaknya kelahiran2 yang tidak diingini berpunca dari cinta ini. Tiada rasa kesal apabila dosa dilakukan, tatkala syaitan menguasai segalanya. Ya Allah, jauhkan aku dari cinta sebegini..

2. Cinta berlandaskan fizikal
Cinta jenis ini bersifat sementara. Apabila fizikal lenyap, hilanglah cinta dalam diri. Jika cinta berlandaskan harta, jika hilangnya harta, maka lenyaplah cinta. Jika cinta berlandaskan paras rupa yang cantik, jika hilangnya cantik, maka lenyaplah cinta. Jika cinta berlandaskan suara yang merdu, jika suaranya hilang, maka lenyaplah cinta. Inilah punca banyaknya penceraian berlaku. Inilah punca banyaknya kecurangan, penipuan, kepura-puraan dalam rumah tangga. Ya Allah, jauhkan aku dari cinta ini..

3. Cinta berlandaskan Allah
Inilah cinta yang suci. Sebenar-benarnya cinta. Ia tidak memerlukan orang yang bertakwa untuk menjadi pencinta jenis ini. Ia tidak memerlukan orang yang tinggi imannya untuk menjadi pencinta sebegini. Cukuplah sekadar hambaNya yang tahu maksud cinta sebenar, yang kenal keindahan bercinta jika disulam iman dan taqwa. Ya Allah, kurniakanlah aku cinta ini.. Aku mahu jadi pencinta yang lebih baik.. Cinta ini tidak bersifat sementara, tidak juga bertopengkan syaitan. Cinta ini cinta hakiki. Jika hilanglah harta, cantiknya, suara yang merdu, cinta ini tetap ada. Kerana iman adalah tunggak cinta. Jika tumbangnya iman, maka lenyaplah cinta itu. Inilah cinta yang dianjurkan oleh Islam. menarik kan?


Ya Allah, berilah kami yang terbaik. Sesungguhnya aku dan dia mahu menjadi yang lebih baik. Amen~ :)


July 22, 2010

Savory


Oh, haritu tertengok la gambar savory ni kt bekas mn tah, nampak cm best. But I dunno ape resepi mende tu and in fact, I dont even know the name. haha! This recipe just simply created by myself, ala senang je, inti wat cm inti karipap, either nk wat inti daging, or ayam or ikan bilis or kentang, ikut kreativiti masing2 lah. but this one, I used ikan bilis, sbb malas nk potong ayam.haha:P






July 21, 2010

Kenapa nak beratkan benda yang ada?


Sometimes, ade bende dlm masyarakat kita ni yang aku benci betul lah. Unnecessary things yang diorang kesah which makes things complicated. I just hate the way they think, come on la, open ur mind.Now, kt mesia contohnya, buang bayi tu cm bende biasa dah. tetiap hari mesti ade berita and mcm bende tu da jd intipati masyarakat kita. mane silapnya? sbb sikap typical masyarakat yang tertutup!

kalau nk kata sebab xde didikan agama, pengaruh rakan, etc sume tu kite mmg dah tau. bende common sense kot. but kite xperasan, adat dan budaya pemikiran masyarakat tu sendiri adalah punca bende ni berlaku. contoh simple - protokol untuk kawin.

Ini bukan merujuk kepada protokol rasmi oleh pejabat agama, etc, tp protokol xrasmi yang adat dan masyarakat kita tetapkan yang membolehkan untuk berkahwin. Islam itu tidak memberatkan, nape nk memberatkan benda yang mudah?Sebagai contoh, skg ni, kalau nk kawin, banyak syarat2 yang masyarakat kita letakkan amnya.

1. kene habis blaja dulu. kalau xhabis blaja dulu, xbole kahwin.
sbb katanya, kalau mase blaja, nnt xbole nk concentrate study la, byk tanggungjawab la itu ini. Kenapa bagi alasan mcmni? for me, xde salahnya kalau sesape pon nk kawin ms blaja, kalau that couple willing nk tolong each other, bahkan Islam menggalakkan kita kahwin dlm usia yang muda. I believe, org yang kahwin ms blaja ni lebih matang, lebih menghargai masa, lebih tahu menguruskan masa.

2. kene kerja dulu before kahwin
mmg la ideally, kalau ade keje, duit ade sume, ade duit nk kawin,blabla..tp tu xmenjamin kebahagiaan rumah tangga. and perlu diingat, kahwin tu satu rahmat, insyaAllah, kalau dah kawin, rezeki lepas kahwin tu ade kt mane2. xpayah nk risau sgt xde keje and stuffs, Allah da tetapkan rezeki masing2..so, nape nk letakkan syarat kene keje dulu, baru bole kawin?

3. kene tolong org tua before kawin
This is so ridiculous! mmg la lepas kawin bagi perempuan, tanggungjawab 100% pada suami, but if u can make ur husband understand ur family background, and etc, it's not a problem. u still can help ur parents. mcm la lepas kawin u xbole buat rumah utk ur parents, mcm la lepas kawin u xbole tolong ur parents. it's just so kolot kalau pk lepas kawin, sume xbole buat. I just hate that mentality. Grow up, people!


Nape nk letak syarat tambahan yang redundant mcm ni? Kawin tu bende murni, jgn sebab sikap masyarakat kita yang narrow minded ni, buatkan niat baik tu terhenti cm2. pas2 bila ade masalah sosial, anak luar nikah, buang bayi, nak salahkan siapa? masyarakat tu sndiri salah satu penyumbang!

ps: ops, teremo plak.haha!

Hey, it's 17th!




21st July 2010, 17th month we've been together. Which is equivalent to 1 year and 5 months. I thought, been in a year plus in relationship is quite old, but he proved me wrong. My conversation with him last night made me realize, it's very young and fresh age. He said, kalau nak diibaratkan mcm baby, setahun lebih tu masih kecil lagi, baru pandai berjalan, berlari. yet, its a lot to learn. its a lot to digest.

'Relation-ship' is a relation between 2 hearts that sail together in the sea, like a ship, where at times u got storms, wild water current as ur tests in the relationship. If u successfully landed, means u r succeed in ur relationship.

The duration of relationship is the time when ur heart attaches with him, now and hereafter. As it for me, relationship is a life long promise. That's why if u want to be with ur partner now and hereafter, 1 and half year is so fresh, so new. Even 2 years, 3 years, 5, 10, 20, 50 years, it's still new and fresh. How can u compare 50 years with million years or eternity? It seems like 50 years is so new right? Many people think, when they are already 50 years in rship, that's quite old, 50 years. It looks like it, but if ur aim wanna be together in jannah, 50 years is not comparable.

After all, it depends on ur nawaitu, why u want to be in relationship.

Again, Happy 17th month anniversary =)

p/s: err..sorry if my arguments are quite hard to understand. I dunno how to explain what I thought clearly in words though :S

July 20, 2010

The love.


Human thinks that they are the only ones with love, suffer lost, and a lot of other stuffs. But, look at these pictures..

Swallows: Here his mate injured and the condition was fatal. She was hit by a car as she swooped low across the road

Here he brought her food and attended to her with love and compassion.

He brought her food again and was shocked to see her dead. He tried to move her.. a rarely-seen effort by swallow!

Aware that his sweetheart is dead, and will never come back to him, he cried with adoring love..

He stood beside her, saddened of her death.

Finally aware she would never return to him, he stood beside her body with sadness and sorrow.

Yet, why still many people think animals do not have feelings? :(

SUBAHANALLAH..

*adopted from the email that I received.

July 19, 2010

Passion.

Its all about passion. I love making desert. I love baking cake. I love cooking.

Today I made egg tart. taaadaaa~!! hehe.









July 18, 2010

It has been 2 years since..


Hari ni, 18 Julai 2010, genaplah 2 tahun abah pergi.. Rasa mcm cepat sangat masa berlalu.. Kejap je dah 2 tahun.. Hmm.. Click here to read the post that I wrote 2 years back..

Ya Allah, sayangilah kedua ibu bapaku, sepertimana mereka menyayangiku sejak aku kecil, ampunkanlah dosa-dosa mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Aku mengerti, bahawa sesungguhnya Engkau lebih menyayangi abah, dan aku redha untuk itu ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Kau tempatkan lah abah di tempat orang-orang yang beriman, Kau peliharalah abah di sana.. sesungguhnya aku hambaMu yang lemah, tidak berupaya untuk berbuat apa-apa selain dari izinMu ya Allah.. Jika Engkau mentakdirkan mati, matikanlah pemilik hati ini, matikanlah ibu bapaku, ahli keluargaku,insan-insan yang kusayangi, sebagai para syuhada', sebagai para pejuang agamaMu, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Perkenankanlah permintaan ini ya Allah..

Ameen Ya Rabb..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ramli bin Abdullah..







InsyaAllah:)

July 16, 2010

The secrets.

2007 2010

I didn't realize I lost my weight till many people said so. When I look back all my photos, I kinda agree with that. Hmm..what makes me lost my weight? Probably..

1. I don't eat red meat (Red meat contains very high calorie)
2. I don't eat egg yolk ( contains high calorie as well)
3. I eat basmati rice (does not contain starch - which makes u gain weight)
4. I use canola oil for cooking (does not contain cholesterol)
5. I drink soy milk (99.9% fat free)
6. I eat healthy cereal (99.9% fat free)
7. I usually take heavy meal once (dinner), and take breakfast
8. I cycle everyday to uni
9. Sometimes, I jog at park
10. I like traveling - it makes me lost my weight too (sometimes)

Well, that probably it. I'm not really sure though. To those who used to ask me how I lost my weight, this probably the best answer I could give:)

July 15, 2010

Tersentak.


Tersentak seketika. Terbangun dari lena yang panjang. Termenung sendirian. Terasa iman ini tidak tetap. sekejap turun, sekejap naik. Kadang-kala rasa kesal dengan diri ini kerana banyak perkara yang dipandang ringan, yang dirasakan kecil tetapi besar, yang dirasakan remeh, tetapi tidak, yang dirasakan tidak mengapa, tetapi besar kesannya. Itulah bukti kejahilan diri yang daif ini. Acapkali tersentak, diri ini berazam untuk menjadi yang lebih baik. Ternyata azam yang rapuh bukti kejahilan diri ini sukar untuk disucikan. Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu yang hina ini.. Peliharalah iman ini sepertimana Engkau memelihara iman orang-orang soleh, tetapkanlah pendirian ini untuk menjadi yang lebih baik, hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun..

Amin Ya Rabb..

Fresh new look!

Hi guys,

I'm giving my blog a new design, with fresh new look! Ceria la sikit kan.

Xde ape pon nk update. till then.

Cheers.

July 10, 2010

Immaturity.

Hello peeps,

Smalam aku tgk Britain's got Talent kt youtube. mmg best la, mcm2 bende yg diorang wat. tp tu bukan main point yg aku nk ckp. Ape yg aku tertarik ialah hadiah yg ditawarkan utk first place. The winner gonna get 100,000 pounds and will perform in front of the queen. And peserta2 yg masuk rata2 teruja dgn hadiah tu, especially nk perform depan queen. Aku terpikir la plak kan, kalau kt mesia, ade ke hadiah utk perform depan Agong? if ade pon, adekah org akan teruja utk itu?

Bukan la nk mengkritik scr negatif,tetapi ini adalah satu pandangan dr aku sendiri la. mungkin ade yg setuju, and maybe the other way around. pape pon, I dont mind. Hak masing2 la nk setuju ke tak kan. Kalau kt mesia, bukan nk kata rata2 org xteruja pon nk persembahkan depan Agong, in fact skg ni even org dah berani utk ckp buruk2 or kutuk2 pasal Agong/Sultan dan juge ahli politik. search je kt blog/internet, melambak la yg kluar.Apsal jd cm2?


One thing I wanna say;

Stop from arguing like uneducated and immature people in Parliament. Rakyat dah bosan dgn sume tu.


p/s: ops, entry ni xbermaksud apa2 unsur politik. saya tidak menyebelahi mane2 pihak, neither government nor opposition. Harap maklum.

p/ss: cam teremo lak tetibe.haha.

p/sss: actly entry ni dah diedit beberapa kali untuk mengelakkan kontroversi.heh.