July 23, 2010

Cinta.


Islam tidak melarang penganutnya untuk bercinta, asalkan cinta itu disandarkan kpd Yang Maha Esa. Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah. Cinta yang mulia adalah cinta kepada Rasulullah. Cinta yang diredhai adalah cinta sesama manusia berpaksikan Islam, yakni cinta kerana Allah. Allah tidak melarang hambaNya untuk bercinta, in fact, Dialah yang mencampakkan perasaan kasih dan rasa untuk mencintai dalam diri hambaNya. Harus difahami, cinta itu boleh memabukkan, jika ianya tidak disertakan dengan nawaitu yang ikhlas.

1. Cinta berlandaskan nafsu
Inilah seburuk-buruk cinta. Cinta yang mengagungkan syaitan. Cinta yang menjadikan syaitan sebagai paksi. Jenis cinta sebegini yang memabukkan, jenis cinta sebegini yang membuatkan pencinta leka dan lalai sehingga sanggup melakukan perbuatan dosa. Tidak ada lansung terdetik dalam diri rasa takutkan azab Allah..subhahanallah. Perlakuan terkutuk, sehingga banyaknya kelahiran2 yang tidak diingini berpunca dari cinta ini. Tiada rasa kesal apabila dosa dilakukan, tatkala syaitan menguasai segalanya. Ya Allah, jauhkan aku dari cinta sebegini..

2. Cinta berlandaskan fizikal
Cinta jenis ini bersifat sementara. Apabila fizikal lenyap, hilanglah cinta dalam diri. Jika cinta berlandaskan harta, jika hilangnya harta, maka lenyaplah cinta. Jika cinta berlandaskan paras rupa yang cantik, jika hilangnya cantik, maka lenyaplah cinta. Jika cinta berlandaskan suara yang merdu, jika suaranya hilang, maka lenyaplah cinta. Inilah punca banyaknya penceraian berlaku. Inilah punca banyaknya kecurangan, penipuan, kepura-puraan dalam rumah tangga. Ya Allah, jauhkan aku dari cinta ini..

3. Cinta berlandaskan Allah
Inilah cinta yang suci. Sebenar-benarnya cinta. Ia tidak memerlukan orang yang bertakwa untuk menjadi pencinta jenis ini. Ia tidak memerlukan orang yang tinggi imannya untuk menjadi pencinta sebegini. Cukuplah sekadar hambaNya yang tahu maksud cinta sebenar, yang kenal keindahan bercinta jika disulam iman dan taqwa. Ya Allah, kurniakanlah aku cinta ini.. Aku mahu jadi pencinta yang lebih baik.. Cinta ini tidak bersifat sementara, tidak juga bertopengkan syaitan. Cinta ini cinta hakiki. Jika hilanglah harta, cantiknya, suara yang merdu, cinta ini tetap ada. Kerana iman adalah tunggak cinta. Jika tumbangnya iman, maka lenyaplah cinta itu. Inilah cinta yang dianjurkan oleh Islam. menarik kan?


Ya Allah, berilah kami yang terbaik. Sesungguhnya aku dan dia mahu menjadi yang lebih baik. Amen~ :)


No comments: