July 27, 2010

Ibu bapa derhaka?


Kita selalu dengar term 'anak derhaka'. Tapi kita xsedar, wujud jugak ibu bapa yang derhaka. Kadangkala ibu bapa itu sendiri xsedar dia 'menderhaka' kpd anak2 nya. Nauzubillah.

Ibu bapa yang derhaka kpd anaknya adalah ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mendidik anak dengan sempurna. Ibu bapa yang derhaka adalah ibu bapa yang mengabaikan hak anak2. Ibu bapa yang derhaka adalah ibu bapa yang memisahkan agama dari diri anak2.

1. Hak anak-anak
Anak-anak mempunyai hak untuk mendapat didikan yang sempurna drp ibu bapa. Didikan dr segi agama, moral, sosial dan sebagainya. Anak-anak mempunyai hak untuk mendapat ibu bapa yang bertanggungjawab dlm urusan dunia dan akhirat. Anak-anak mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan yang sempurna dr ibu bapa. Ibu bapa yang mencabuli hak anak-anak adalah ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan ibu bapa yang derhaka.

2. Didikan anak-anak
Ramai ibu bapa beranggapan didikan anak2 hanya tertakluk kpd didikan akademik, dan juga didikan agama scr fizikal. Didikan agama scr fizikal adalah didikan yang tidak dipraktikkan dlm kehidupan seharian. Mungkin ibu bapa beranggapan, dah antar g sekolah agama, dah anta g skolah kebangsaan, antar mengaji dah lepas tanggungjawab didik anak. tapi, mcmana pulak kalau anak xpakai tudung, xditegur. Kalau anak berkapel, xdisuruh kawin, bahkan bila anak itu nk kawin, ditentang pula. Bila anak xsolat, xdimarah, bahkan ibu bapa itu sendiri xsolat. Bukankah itu ibu bapa yang derhaka?

3. Ibu bapa yang mementingkan diri
Wujud juga ibu bapa merasakan diri mereka 'besar' dan wajar dihormati oleh anak2. Bahkan, ibu bapa ini mahu anak2 patuh kpd semua kehendak mereka. Disuruh itu dan ini, tanpa menghiraukan penat anak yang baru pulang dari sekolah. Senang saja ibu bapa ini mengeluarkan perkataan 'anak derhaka', mengherdik, memarahi anak jika anak itu lambat melakukan apa yang disuruh. Adakah ibu bapa ini cuba untuk mendalami diri anak2? Ibu bapa ini merasakan mereka 'besar' dan setiap apa yang disuruh wajib dipatuhi tanpa memikirkan perasaan anak. Ibu bapa ini juga adalah ibu bapa yang derhaka.


Ni cuma perkongsian from me,mungkin ada kurangnya, saya mintak maaf utk itu. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. I'm sure all of us eventually akan jadi ibu bapa. Semoga kita tidak tergolong dlm golongan ibu bapa yang derhaka kpd anak2. Amen~


No comments: