August 02, 2010

Luahan hati.


Tika hati ini disakiti, tiada siapa yg memahami.
Tika hati ini retak, tiada siapa yg ambil peduli.
Tika hati ini hancur, tiada siapa yg faham.

Hati ini sungguh rapuh,
Hati ini ingin dibelai,
Dengan penuh kasih sayang,
Hati ini mendambakan belaian mesra,
Lembut,
Tidak keras.

Tatkala hati ini dilukai,
Tiada siapa yang peduli.
Ku tahu, aku jua insan biasa,
Tidak sempurna,
Punyai kekurangan sana dan sini.

Namun, kehadiranmu mengharapkan
pelengkap ketidaksempurnaan ini,
Aku wanita yang berhati rapuh,
Mengharapkan belaian yg lembut,
Dek kerana kerapuhan ini.

Namun,
takdir merubah segalanya.
Jika ini yang terbaik,
Aku redha,
Aku pasrah,
Aku berserah.
Aku tak punya siapa-siapa,
Kecuali Dia Yang Maha Esa.


No comments: