December 05, 2010

Minyak naik..LAGI?

Mungkin aku tak berapa layak untuk merungut pasal harga minyak naik sebab aku bukannya ada kereta atau motor pon. Lagi pun, aku sekarang bukan nya kat Malaysia, lagi lah macam nampak sangat aku tak layak untuk merungut kan? Tapi, aku juga rakyat Malaysia. Aku pun ada hak untuk merungut, sebab walau pun tak ada kesan secara lansung kat aku, tapi secara tak lansung, ada. Ramai orang pergi kerja guna kereta. Tiap-tiap hari kena isi minyak. Harga minyak naik, jadi banyak perlu dibelanjakan untuk kereta. Pendapatan bersih makin berkurangan. Harga gula pula naik. Simpanan? Letak tepi. Kalau ada lebih, simpan lah, kalau tak ada, tak adalah. Kalau ada emergency kena pakai duit? Ah Long kan ada. Heh. Lepas tu, banyak orang kena pukul dengan Ah Long sebab tak mampu bayar hutang. Harga barang makin naik, bunga pinjaman kat Ah Long, confirm makin naik. Jenayah makin berleluasa, sebab kena merompak untuk cari duit. Jadi, siapa yang tersepit? RAKYAT. Then, apa impact dekat aku?

Bila negara tak stabil, ekonomi pon merudum lah. Tentang pembaziran duit negara, itu belakang cerita lah. Bila ekonomi merudum, gaji untuk staff pon turut sama merudum. Yelah, negara tak stabil, siapa nak melabur? Pulak tu, harga barang makin naik, gaji makin merudum. Apa cerita?

Mungkin orang-orang kaya tak de lah terasa sangat harga gula dan minyak ni naik kot. Sebab diorang kaya, apa kisah takat 20sen tu kan. Sebab tu aku rasa senang-senang je nak naikkan harga itu ini. Haish. Kalau dulu, kerajaan banyak bagi subsidi tapi sekarang, kerajaan nk kurangkan subsidi. Fine, nak kurangkan subsidi, tapi mana pergi nya duit2 tu? Ntahlah, aku dah makin hilang respek dekat ahli2 politik ni. Pada aku, cara kebanyakkan ahli politik memerintah tak matang. Banyak pembaziran. Banyak penyelesaian masalah yang tak matang. Banyak masalah tak boleh selesaikan dengan bijak. Kebanyakkannya nak kan kuasa. Nak kan hidup senang, tapi tak menjalankan tugas sepenuhnya. Atau mungkin mereka ni tak berapa berkarisma untuk menjadi pemimpin, tapi pandai bercakap. Oh well, I dunno.

p/s: More reasons to hate politics.

No comments: