December 03, 2010

Salahkah perempuan xtau masak? - Komen


Originally from 'I Love Islam' website:

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.


Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


---------------------------------------------------------------------------------


Komen:

Ramai perempuan yang apabila membaca artikel ini akan menyokong statement 'mmg xsalah perempuan xtau masak' atau 'lelaki pon macam bagus je, mesti la jugak kena tahu mcmana nk jadi imam'. Pada saya, artikel ini bukan lah berat sebelah - untuk memenangkan kaum hawa sahaja, tetapi artikel ini ditulis menjelaskan kepentingan kedua2 belah pihak, lelaki dan perempuan. Penulis meletakkan perbandingan antara perempuan yang disuruh belajar memasak dengan lelaki yang tidak mahu belajar menjadi imam memberikan contoh bagaimana sifat lelaki yang ambil acuh tidak acuh saja untuk memainkan peranan penting dalam keluarga iaitu untuk menjadi imam. Tetapi, ini tidak bermakna perempuan layak untuk tidak tahu memasak. Harus diingat, kedua-dua elemen - pandai memasak bagi golongan isteri dan kebolehan menjadi imam yang baik bagi golongan suami adalah penting dalam institusi rumah tangga. Jadi, pada kaum hawa yang masih tidak pandai memasak - belajarlah dari sekarang, dan juga kepada kaum adam yang masih tidak yakin untuk menjadi imam - berlatihlah dari sekarang kerana anda adalah pemimpin keluarga apabila sudah berumahtangga kelak. Jesteru, kepada kaum wanita yang membaca artikel di atas, janganlah skeptikal dengan menjadikan alasan tidak mahu belajar memasak sebab lelaki pon tidak tahu menjadi imam. Dan kepada kaum lelaki juga, jika anda pandai memasak, itu adalah satu BONUS untuk rumahtangga anda! =)


p/s: Kalau pandai masak, tetapi malas memasak pon, tiada gunanya.

2 comments:

Maryam said...

ak tak suke masak!!!! benci benci! lol.
stakat western masak sng la kan..
tau tak ita, my sister said, kalu ikut undang2 syariat islam, the wife ni patut duduk rumah goyang kaki je, the husband is supposed to pamper the wife and make sure all her needs are fulfilled. But its tradition that says pompuan kne tau memasak.. hish.. we all ni cook pn becoz it will make the suami happy tp bknnye syarat wajib pon..

p/s: rindu kt ko gak! mwahxxx

zunitaramli said...

hahaha. ala yam, masak western tu kire da pandai masak jugak la kan? hehe. itulah, ikut islam mmg la cmtu, bagaimana cara layan suami tu? masak adalah salah satu cara 'layan' suami kan? kalau suami balik rumah, penat, lapar, sume..isteri lah patut 'layan' dgn bagi suami makan sume. hehe. 'layan' is not only manje2, berhias, tp masak, kemas rumah, pon adalah salah satu cara 'melayan' suami :)