April 27, 2011

Bersyukurlah~


Kenapa manusia jarang rasa bersyukur? Kenapa kita selalu nak lebih drp apa yang kita ada? Kenapa kita suka memandang orang yang lebih tinggi dari kita, bukan lebih rendah drp kita? Kenapa kalau kita nampak perempuan cantik, kita rasa kita nak cantik mcm dia, padahal kita da cukup sempurna? Kenapa bila kita nampak orang bawak mercedes, kita pon rasa nak ada mercedea jugak? Kenapa kalau kawan kita gaji RM10,000 sebulan, kita pon nak mcm tu jugak? Adakah kita xpernah puas dengan apa yang kita ada? Atau.. kita perlu diletakkan dalam situasi yg serba kekurangan, baru boleh rasa bersyukur?

Tahukah anda:
1) Rakyat di Korea Utara layak mengundi seawal usia 17 tahun, tetapi hanya 1 parti sahaja yang bertanding;
2) Kerajaan menjalankan kem pendidikan semula (penjara) untuk lebih kurang 30,000 pesalah politik yang didapati bersalah melakukan jenayah;
3) Rakyat Korea Utara adalah antara yang paling malang di dunia dari segi hak kemanusiaan;
4) Tiada hak kebebasan beragama di Korea Utara. Sesiapa yang didapati menganuti apa2 agama, mahupun mengedarkan risalah mengenai agama, akan dihukum bunuh;
5) Tiada kebebasan media - Semua media di Korea Utara perlu menulis mengenai propaganda baik kerajaan, walaupun ianya satu penipuan. Mana2 media yang didapati menyebarkan perkara yang benar (yang buruk) mengenai kerajaan akan dihukum; <--Ehem, apatah lagi blog2 yang mengutuk kerajaan kan?
6) Rakyat tidak bebas untuk bergerak - Kenderaan dan minyak dikhaskan hanya untuk golongan politik elit SAHAJA;
7) Lebih kurang 700,000 - 3,500,000 rakyat Korea Utara telah dihukum bunuh oleh kerajaan atas pelbagai kesalahan;
8) Hukuman bunuh dilakukan dihadapan beribu rakyat di dalam stadium;
9) Antara kesalahan yang membolehkan rakyat Korea Utara dihukum bunuh ialah membuat panggilan antarabangsa dan menyorokkan makanan;
10) GDP per kapita Korea Utara ialah $1800 berbanding GDP per kapita Malaysia $7546 (2010 estimate). Rakyat Malaysia nampaknya lebih kaya drp Korea Utara, kan?

Rasa bersyukur tak dengan apa yang kita ada sekarang? =)

No comments: