May 30, 2011

Little bit update :)

Hello reader!

Lama pulak rasanya xupdate blog ni. hehe..Nway, nak promote my Make Up Collections blog, baru je bukak blog ni semalam :)

Klik gambar utk ke blog tersebut :)


Apa yang best dekat blog ni?
Ada macam2 jenis make up yg aku jual dengan harga yang saaaaaaaaaaaangat2 rendah dari yg ada kat pasaran sekarang. Jangan risau, jaminan 100% tulen, original, asli, genuine (dan seumpama dengannya, hehe) diberikan kepada setiap produk yg aku jual. If not, aku akan pulangkan balik duit yg anda dah belanjakan utk mana2 produk yg anda rasa tidak tulen (of course kene ade reason and proof lah kan).

For the time being, aku focus ke atas jualan NATURACTOR Cover Face, SKII Facial Treatment Essence dengan SKII Pitera Set (trial). Alhamdulillah, sambutan amat2 menggalakkan. Thanks to buyers kerana meletakkan kepercayaan kepada Make Up Collections :) Perancangan untuk masa terdekat, aku plan utk jual NATURACTOR Pressed powder (mcm compact powder), NATURACTOR Silky Lucent Powder (loose powder) and produk2 SKII yang lain like Anti-age Skin Signature cream (one of my favourite!), Facial treatment cleansing gel, and Facial Treatment Mask.

NATURACTOR Silky Lucent Powder

NATURACTOR Pressed Powder
SKII Facial treatment cleansing gel


SKII Anti-age skin signature cream

Aku juga ade buat promotion, utk setiap purchase, anda layak untuk buat produk review. And every month, aku akan pilih review terbaik to be "review of the month" dan pemenang akan menerima 1 voucher bernilai RM 10. So, nx time kalau nak beli lagi, dapat less RM 10! Dah la barang mmg dah murah kan, dapat off RM10 lagi, bertambah-tambah lah murahnyaaaaa! :))

So, sape2 yang nk up-to-date with my recent make up range, feel free to "bookmark" my blog, or follow je senang. Hehe.


My aim is to give the best price for the best product! 


Oh, before aku lupe, aku juga ade facebook utk Make Up Collections, search "Make Up Collections" dan boleh add kat situ :)


"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan saya"



Ekeke.. boleh jd business woman x? hikhik


May 28, 2011

SKII Facial Treatment Essence

Hello readers,

Just nk mintak pendapat, ade x sape2 berminat nak dapatkan SKII Facial Treatment Essence? Kalau ade demand, rasanya nak jual..

Kelebihan SKII Facial Treatment Essence:
Containing more than 90% Pitera®, this much loved miracle water is a must-have for healthy, radiant skin. It helps maintain the skin's natural renewal cycle to its optimum condition to allow skin nourishment. It also works to balance the skin's pH and sebum secretion, so oily and dry areas are properly moisturised. (From SKII official website)




SKII Facial Treatment Essence (30 ml) for RM 70.
(Postage RM 8)



Ps: aku xjual lagi lah, just nk tanye pendapat je.. kot2 ramai yg berminat.. hehe

May 27, 2011

Duduk antara 2 sujud



Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. Bacaan masa duduk di antara dua sujud adalah my favourite bacaan semasa solat. Best sangat2 kalau dihayati semasa solat, lagi2 kalau dapat kusyuk :) Jom tgk apa maksud bacaan duduk antara 2 sujud ni ;)


Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni.. (Sayangi aku..) 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.  Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. 



Kalaulah kita betul2 dapat menghayati bacaan ni dan bacaan2 lain dalam solat, mesti rasa best sgt kan? sure rasa asek nk solat je :) Jom sama2 try hayati dan kusyuk dalam solat! ^__^"


"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain" 
(Hadis riwayat Al-Qudhi).



Ps: credit to halaqah.net for the translation :)
Pss: oh lupe, jom tgk NATURACTOR Cover Face! hihi

May 26, 2011

Cuma sekadar pendapat :)

Hello people!

Hari ni nak share pendapat.. ni pendapat aku yang personal lah, mungkin ade yg xsetuju ngn pendapat aku kan, tp xpe, masing2 ade pendapat masing2. hehe

Anyway, korang mesti pernah jumpe orang yang dulu mcm jahat sikit, as in banyak buat maksiat, buat salah, dosa itu ini,.. lepas tu dia dah insaf, dia da xbuat dah sume tu.. bagus lah kan.. tapi yang buat kan aku kureng berkenan sikit, bila dia wat statement.. something like, "saya gembira bila saya dapat hidayah macam ni.." or something along that line lah..

Bukan apa, pada aku, hidayah tu Allah je yang tahu.. Allah je yang tahu siapa yang sebenar2nya yang dapat hidayah dia.. Yes, mmg la org tu dah insaf, da xbuat jahat da, tp that does not mean dia dah dapat  hidayah sebenar2nya.. ntah2 Allah nk uji bagi dia kesedaran kejap, nk tgk reaksi dia.. adekah dia rasa dia baik? riak dengan perubahan sikap tu? Rasa diri sendiri baik tu pada aku satu benda yg xpatut.. Kalau mcm tu, dia dah kira riak kan? Riak dengan diri sendiri? Ntahlah, Allah je yang tau..

Apalah salahnya kalau dia cakap "saya bersyukur sbb diberi kesempatan utk kembali kejalan Dia" or something yg xde perkataan "saya dpt hidayah". Ntahla.. bagi aku xde sape boleh nilai atau tau siapa yang dpat hidayah and sape yg xdapat.. Kita rasa kita dapat hidayah bila diri dah berubah jd baik, tp mungkin tidak sebenarnya.. mungkin itu bukan sebenar2 hidayah yang Allah sebut dalam Al-quran..

Itu cume pendapat aku je. Lain orang, lain pula pendapatnye kan.. hehe.


Wallahualam.



Ps: Jgn lupe tgk NATURACTOR Cover Face! hehe :D *sempat lg nak promote tu :P


Updated! :D

Hello people~!

Nak update blog.. tp, xtau pasal ape.. nak cite pasal ape ye? em em.. *blank*

Anyway, entry ni just a leisure entry lah, xde isu yg penting pon. hehe. First of all nak cite pasal aku telah dapat tgk TV malaysia secara live dgn jayanya! hikhik. Setelah sekian lama menderita tgk TV jepun sambil buat2 paham, akhirnye penderitaan aku sampai ke penghujungnya.. hikhik.. Best gile woo dpt tgk TV msia.. Batak kan? Ahhh~ ade aku kesah? hikhik. Thanks to Kak Umie sbb bgtau caranya. Oh oh, kepada yang duk overseas or yg kat msia yang nk tgk tv scr online, kamu2 sume bole like page "raacuun" kt facebook. then, taaadaaa~!! korang da bole tgk tv scr live! wooot~!! woott~!! hehe.

Okay, enuf with that. *straight face*

Tadi pergi Jusco, pastu jumpe bun ni yang sangat amat chumil teramat sungguh sekali! *haha, fail BM aku!* Nak beli tadi, tapi memandangkan aku seorang yg gelojoh, roti secoit (sekecil) itu xmungkin dpt memuaskan nafsu makan aku. hahaha. So, aku xbeli lah roti tu, instead, aku beli roti honeydew. sooodappp! kau hado? Jepun je ade beb! hehe.

Ni namenye roti panda 

Roti turtle kot? hehe

Roti turtle. hehe. comey je kan? hikhik

Oh oh aritu g jenjalan tokyo ngn encik husband. banyak la tempat pergi.. g Rainbow Bridge, g Venus Ford, Odaiba, etc. *nampak sgt malas nk cite kan?* haha. xpe, bila2 aku rajin, aku update pasal tu ok? korang layan la gamba sekeping dua ni dulu. hehe

Rainbow bridge waktu senja. Tgk sunset ngn husband gitu. Romantik x? awww~ :">

Ni Odaiba time nak malam2 sikit.. Gmba burok sbb pakai HTC, Maklumlah xmampu nk beli SLR~ 

Itu je nk cite. Okbye.



ps: jgn lupe jenguk2 NATURACTOR Cover Face skali ye! 



May 25, 2011

Jihad.


"Learn patience from Asiyah, 
Loyalty from Khadijah,
Sincerity from Aishah,
Steadfastness from Fatimah"
-You can be the happiest woman in the world


Cakap memang senang, nak jadi mcm tu, nak jadi mcm ni. Nak buat mmg susah. Tapi kesusahan itulah sebenar-benar jihad. Dan jihad itulah yang dinilai oleh Allah. Sebab Allah suka hambaNya yang berjihad, kearah kebaikan.


Wallahualam.



ps: I still couldn't find the page in "You can be the happiest woman in the world" that I found interesting to share before. May He open my eyes to see where it is :)

Don't be stupid.

Kepada rakan2 blog,

Sama2 kita doakan semoga hamba Allah yang sorang ni diberi hidayah.


To you Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara,
I do not know you,
I do not know what are your motives by doing that,
I do not know what do you get in return by doing that stupid and ridiculous thing,
I do not know what do you feel by insulting Allah, Muhammad (pbuh), and Islam,
But what I do know is,
DO NOT EVER TRY TO TEST THE SENSITIVITY OF MUSLIMS.


Thanks.

May 24, 2011

Mimpi


mmm.. asyik mimpi arwah abah je lately..
Ada apa2 maksud ke?

...


Abah, me miss u.. so much.. :'(
Al-Fatihah~


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan"
(Al-Anbiyaa' : 35)


Klik sini, dan sini untuk baca cerita mengenai arwah abah..

May 22, 2011

NATURACTOR Cover Face

FOR MORE INFO, PLEASE VISIT : http://naturactorcollections-zunitaramli.blogspot.com/

Hello peeps!

Hari ni nak review dan promote 1 product, rasanya bila korang baca je title tu most of you dah tau product ape kot tu kan.. hehe.. tp, pape pun kpd yg still xtau tu, meh nk gtau meh >.<

NATURACTOR Cover Face (by Meiko) ni adalah Jepun punye product, bende ni sgt BERKUALITI dan MURAH. I bet, ianya mampu dimiliki oleh semua golongan ;) Apa yang menyebabkan Cover Face ni best sangat? Let's see the ingredients.. Antara kandungan UTAMA dalam Cover Face adalah:
~Jojoba Oil (Minyak Jojoba)
~Rice (Beras)


Kebaikan Cover Face:
1) Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembap. So, dengan adanya ingredient ni, Cover Face mampu membantu untuk menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, dan cantik berseri.

2) Cover Face ni jugak adalah rice based powder, so ia menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.

3) Kombinasi dua ramuan di atas mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, lembut dan berseri.

4) Cover Face juga terkenal sebagai ''moist powder foundation'' - yang bertindak sebagai bedak asas dan pelembab. Sambil menjadi foundation (menutup cela di muka), ia juga bertindak sebagai pelembap pada kulit.

5) Bertindak sebagai pelindung dari sinar UV, menjadikan kulit tidak mudah gelap apabila terdedah kepada sinaran matahari, juga mengelakkan pigmentasi (act as sunblock too)

6) Tidak menutup pori2 di muka, ringan, tidak melekit, tidak bertompok2 apabila dipakai.

7) Bertindak sebagai 3-dalam-1 foundation; sebagai bedak asas, pelembab, dan juga sunblock.

Mengapa ada 2 jenis packaging? 
Jawapannye simple, satu Made in China (telah diformulasikan semula di China), satu lagi Made in Japan. Saya xpasti samada dua2 nya mempunyai kualiti yang sama atau tidak, sebab produk China ni dijual dengan harga yang jauh lebih murah drp Jepun. Jadi, it's up to you (pengguna) untuk membezakan yang mana lebih baik, dari segi kualiti dan kepuasan menggunakan produk tersebut. Kat bawah ni saya lampirkan contoh Cover Face packaging dari China dan Jepun.

Cover Face from China

Cover Face from Japan

The HUGE difference between China and Japan product is the availability of the color tones. Kalau yang originally from Japan, the color tone choices quite limited, ade 5 jenis tone je yg available, iaitu 130, 140, 141, 151 dan 171. TAPI other color tones available in their foundation range. Kirenye, utk dapatkan tone color yang laen, anda boleh dapatkannya dengan NATURACTOR foundation. NATURACTOR Cover Face and Foundation adalah based on the same ingredients, tp Cover Face sesuai untuk light make up, Foundation sesuai untuk heavy make up.


Kalau product yang diformulasikan semula di China, range dia lebih banyak, 130, 140, 141, 150, 151, 152, 153,  161, 171, 181, which showed below:

Color tones available (product re-formulated in China)



So, macamana nak bezakan yang original atau tidak? 
1. Berat NATURACTOR Cover Face adalah 20g, BUKAN 25g seperti yang dijual oleh sesetengah pihak.

2. Kalau keluaran Jepun, tulisan atas botol adalah "NATURACTOR", tapi kalau keluaran China, tulisan atas NATURACTOR, tp dalam TULISAN CHINA.

3. NATURACTOR Cover Face keluaran Jepun botol dia colour putih solidBUKAN transparent. Contoh seperti kat bawah:
Original Cover Face container(from OFFICIAL Cover Face website in Japan)
4. Untuk yang dari Jepun (yang saya beli sendiri di Jepun ni), TIADA hologram diperlukan, cuma ada satu kod KHAS di bawah botol.

5. Kalau yang dari China, WAJIB ada hologram. Dan hologram pon, bukan sebarang hologram, mungkin hologram ade yg tipu kan.. nak tau hologram yg asli seperti kat bawah:

Cara untuk mengenalpasti hologram asli (product from China)
Disebabkan saya ni xreti bahasa China, jadi saya xdpt nak terangkan lah lebih detail, tapi saya pasti tgk drp gambar boleh faham kot cane nk tau hologram asli. Ni saya ambil dari OFFICIAL naturactor website dari China. 


Kenapa yang Jepun punya xde hologram?
Sebab di Jepun ni kawalan kosmetik mmg sangat ketat. Tidak seperti di China, kat Jepun ni sangat sangat susah untuk jumpa produk tiruan, jadi apa yang dijual di Jepun, I can guarantee, it's 100% original.



Jadi, saya menjual NATURACTOR Cover Face (by Meiko) yang MADE IN JAPAN.
- 100% ORIGINAL, atau jaminan WANG ANDA DIKEMBALIKAN :)
- Kenapa saya yakin sangat dengan ketulenan produk yang saya jual? sebab saya memang TINGGAL di Jepun, dan saya membeli SENDIRI produk2 ni dari BOOTH Meiko di Tokyo, Jepun. 

Disebabkan saya menjual produk NATURACTOR Cover Face from Japan, jadi hanya ada 5 tone color yang available, 130, 140, 141, 151 dan 171, warna seperti di bawah:


Untuk kulit sangat cerah (Chinese skin color)

Untuk kulit cerah ke medium tone (Chinese skin color to very fair Malay skin color)

Untuk kulit cerah/natural (Fair skin color for Malay)

Untuk kulit sawo matang (Typical Malay skin color)

Foundation untuk cover cela di muka


100% ORIGINAL Cover Face from Japan (20g)
PRICE: RM 40*
*harga xtermasuk postage


FOR MORE INFO, PLEASE VISIT : http://naturactorcollections-zunitaramli.blogspot.com/

How to order?
1) Hantarkan confirmation email (email yang menyatakan anda benar2 berminat utk mendapatkan NATURACTOR Cover Face) dan alamat utk poskan NATURACTOR Cover Face ke zunitaramli@gmail.com

2) Saya akan confirmkan order dengan membalas email anda dan menyertakan sekali account number MAYBANK untuk anda transfer duit pembelian

3) Setelah anda membuat pembayaran sila inform semula kpd saya; jika guna online banking, cc kan transaction anda, jika guna ATM machine, sila sertakan account number anda.

4) Produk hanya akan di pos pada setiap hari SELASA setiap minggu dan delivery adalah seminggu (7 hari) dari tarikh pengeposan.

5) Semua produk dipos dari Jepun.

Akhir sekali, thanks for shopping! :)

May 21, 2011

On the go update :)

Hello people!


Currently im at starbucks ikebukuro :) waiting for my hubby to finish his baito (part time job).. hehe. This is the first time i update my blog from my HTC :) for those who curious how i do this, im using “blogger for android” software. So u can blog, everywhere possible, though you are on the go!cool, right?

Anyhoo, enjoy the pic that i snapped:)

View from the window
Ikebukuro
Till then. jyaa~

May 20, 2011

Man United and Brazil fans, take note of this.

Hello readers!

Actually, I didn't plan to update my blog today, cause I drained off good topic to write. But I still have this video left in my bookmark menu. So, I decided to write about it.

Back to the topic, I believe some of you may be a Man United or Brazil fans, am I right? If you are one of them, this entry may interest you. I'm not really good in this tho, but I find it worth sharing with you guys.

Before that, I want to ask you some questions;
1) Do you have the club jersey? If you do, do you wear it?
2) Do you ever see the club badge closely, and understand what the badge means?

Manchester United batch featured it's famous devil symbol to strike fear into his opponents with the nickname "Les Diables Rouge" which means "The Red Devils" in French. Having that in mind, do we aware when we wear the jersey, we actually wear something symbolizes bad and evil?

We may not intend to express the devil, it just happens the devil is featured in the Man United badge, but  as long as there is the devil symbol, we are not encouraged to wear it. The same thing goes to Brazil badge, which featured a cross in the badge. Some of you may argue this, but in the end, it's your own choice whether to accept it, or to argue about the hukum behind it.

I found this video is useful to sharpen the understanding of this hukum.



Recap from Ustaz Azhar lecture;
- Wearing Man United jersey with small badge is makruh, yet if you wear it often I believe the hukum is haram,
- Wearing Man United jersey with big badge is haram,
- Wearing Brazil jersey with badge is haram

Tepuk dada, tanya iman.

Wallahualam.

May 19, 2011

Do read if you want to read till the end.


"Maka sungguh, engkau tidak dpt menjadikan org2 yg mati itu dpt mendengar, dan menjadikan org2 yg tuli dpt mendengar seruan, apabila mereka berpaling ke belakang. Dan engkau tidak akan dpt memberi petunjuk kpd org yg buta (mata hatinya) dr kesesatan. dan engkau xdpt memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kpd org2 yg beriman dgn ayat2 Kami, maka itulah org yg berserah diri (kpd Kami)."
(Ar-Rum: 52-53)

mmm..paham tak ayat atas ni pasal apa? apa yang aku paham (please correct me if i'm in the wrong track) rasenye ayat ni menyatakan hidayah tu milik Allah. Kalau Dia da tutup pintu hati seseorang tu, walau cane pon dakwah atau  kebaikan yang disampaikan, ttp tak akan dapat diterima. Yet, hanya org2 yg terpilih je akan dpt hidayah tu.

But that's not what I'm going to write about. It's only part of it.

Bila ada artis kata, saya akan pakai tudung bila 'sampai seru'. Ada macam2 reaksi kita dapat lihat drp statement tu. Tapi, rasenye xelok la kan kalau kita label artis tu byk dosa, bergelumang ngn maksiat, sbb tu dia xdapat hidayah. Yes, artis tu sendiri patut cari hidayah tu, but if she doesn't, we have no right to judge her. 

Siapalah kita nk judge siapa yg byk dosa, siapa yg byk buat maksiat, siapa yg dpt dpt hidayah, siapa yang masuk syurga, siapa yang masuk neraka. Mungkin kita pk, amalan kita da cukup sempurna, kita baik, kita pakai tudung, kita bc Quran, kita solat, kita puasa, tapi pernah tak kita terfikir yang amalam tu belum tentu lagi betul2 diterima Allah. 

Pernah dgr tak cerita pasal seorang pelacur, sepanjang hidup dia melacur, nak kata solat tu jauh sekali lah. Kalau ikutkan mmg banyak sgt dosa dia, but ditakdirkan one day dia jumpe anjing kehausan, then dia bg minum anjing tu. And Allah janjikan dia syurga. Just because of a small, honest, and sincere lil thing that she did, she can go to Jannah. Subhahanallah. Amazing kan? 

So,I think xpatut la kita fikir kita xpenah buat jahat, kita ni nilainye lebih tinggi darjat dr org yg byk buat dosa, lebih mulia, lebih byk pahala dr org lain. Siapalah kita utk judge org mcm tu kan? Hidayah tu mmg milik Allah. Tah2, segala amalan yg kita buat, xde satu pon yg Allah terima, Nauzubillah. 

So, jgn lah melabel sape2 pon laknat ke, jahat ke, byk buat maksiat ke, xdapat hidayah ke sbb kita sendiri xtau amalan kita ni mcmana kt sisi Allah. Cukuplah sekadar berdoa agar artis tu dpt hidayah dan menjadi hambaNya yg soleh(ah), and berdoa agar amalan yg kita buat, walaupun sikit, diterima Allah. 


Wallahualam.

Unfollow?

Hello people!

Hari ni cm rajin sikit nk update blog, sbb tetibe rasa banyak idea dlm otak ni nak diluahkan. kalau tangguh2 kang, takut terlupa plak. Anyhoo, aritu aku ade terbaca satu blog ni, entry pasal ade follower unfollow blog dia. and apa yang aku paham drp entry tu (xtau la aku salah paham or not), dia kind of xpuas ati nape ade org yg unfollow dia. mmm..

Okay, let me asks u this; 
korang yang follow blog beratus2 tu, korang baca tak semua blog yg korang follow? And kepada korang yg ade follower beratus and ribu riban tu, korang rasa semua follower korang baca ke blog korang?

Is it a crime if someone finds some reasons for not following (or unfollowing) your blog and doing so?

I'm not fancy with the amount of followers that I have (as if follower aku byk sgt je kan? lol). Frankly speaking, if you find my blog interesting enough, if you find my blog informative enough, if you find my blog useful enough, feel free to follow. I know there are silent readers who consistently reading my blog, but I have no intention (at all) to force them to follow my blog, because after all, my intention for blogging is just to share my thoughts, to share anything that I think worth sharing, not for fame, not for collecting followers, and not even for money.

And if you feel the other way around, if you feel my blog is writing craps, my blog is useless, my blog is nothing but just stupid rants on and on, do not hesitate to unfollow me. Seriously, no hard feelings.

So, kepada sesiapa yg frust kalau tgk bilangan follower anda berkurangan,  jgn la jd budak2 xpuas hati ngn follower yg unfollow korang tu. pk balik, blog ko tu worth it ke untuk difollow? or.. adekah org follow ko sbb ko ckp "i dah follow u, follow lah i balik ye?". Hehs.


Ps: ops, sorry lah, aku kalau marah akan tertulis english. jgn pelik tetibe entry aku bertukar english.
Pss: Mesti ade yg kate aku berlagak. lantak kau lah~

Capitalism

Hello readers,

Kadang2 aku rasa makin maju teknologi, makin miskin manusia.. makin maju teknologi, makin banyak org berhutang..makin maju teknologi, makin bodoh manusia.

kalau orang dulu2, jarang sgt2 yg berhutang.. diorang mmg xde pape, tapi hidup bahagia,. pagi2 pergi bersawah padi, tghr balik umah, makan and rehat.. cmtu je keje. tetiap hari mcmtu. xde nk pk nk beli keta, xde pk nk beli rumah, xde pk nk beli ipad, xde pk nk beli ps3, xde pk nk beli macbook air. xde. walaupon diorang xde semua tu, yet diorang tetap hidup bahagia.

orang skg? miskin. mane taknye, kerja dari pagi sampai malam, tp still rs duit xcukup. suami isteri bekerja, still xcukup. beli keta, hutang. beli rumah, hutang. beli TV, hutang. beli mesin basuh, hutang. beli ipone, hutang. beli ps3, hutang. tu xmasuk PTPTN yang mmg hutang xlangsai2 lagi. semua bende hutang. at the end of the day, hutang keliling pinggang.

Hakikatnya, banyak bende org skg 'terpaksa' beli. mcm kereta dah jadi necessity. rumah dah jadi necessity. tp ade bende yg xjd necessity pon kita jadikan necessity jugak. contoh, nk pakai iphone, padahal hutang da berlambak keliling pinggang. boleh je guna handphone biasa, yg xpayah nk berhutang. nk beli baju brended, xsedar diri padahal hutang2 lain xlangsai lagi. bende2 branded or technology trend ni semua desire je, yet kita jadikan necessity. xtrendy lah xikut trend babe. yes, sbb tu aku ckp ko bodoh.

kalau difikirkan, mmg susah utk xberhutang skg ni, kdg2 ak pk baik xpayah ade pape, duk kampung, bersawah padi, jadi cm org dulu. persoalannya, boleh ke org skg jd cmtu? boleh, kalau ko xnk ade kemajuan dlm hidup. so, nk xnk, mmg terpaksa hutang. aku berckp sbg org biasa, yang berpendatan sederhana (ewah, mcm da keje je kan, haha). You just can't get rid of it.

At the end of the day, you will realize, that's what we called capitalism

May 17, 2011

Who change it?


Video kat bawah adalah video bagaimana masyarakat Kristian dulu2 sembahyang.. As you will see, the way Kristian sembahyang sangat similar dgn org Islam solat.. timbul persoalan, kenapa org Kristian sekarang sembahyang xsama dgn org Kristian dulu? who change it?




...And here's the answer,
"Maka apakah kamu (Muslim) sangat mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, sedangkan segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah memahaminya, padahal mereka mengetahuinya?"
(Al-Baqarah: 75)

Wallahualam.

Tak do apo.. sajo yo..

Hello semuo!

Hehe.. cmni a ha.. selalu eh den tulih entry dlm bahaso melayu xpon rojak, xpon english.. tapi entry kali ni, den ghaso den nak nulih dalam bahaso noghori lah. buleh x gek'eh? kok xpaham tu, buek2 la paham yo. kok x yo paham2 jugak, pokok dek kau lah ai.. payah bona pulak. haha

Apo ko gilo pulak den nak nulih dlm loghat n9 ni kan? haa.. itulah deh, den ni namo yo org n9, duk pilah laie. uiii..jgn memain org pilah ni, loghat dio mmg terbaik dr ladang! haha. den ni ikut an mmg org n9 sejati lah, mano tak eh, omak ngn arwah ayah den mmg org n9, kek umah pon ckp n9.. bukan kek umah yo, kek melben dulu pon, kok den jumpo org n9 pon den bantai ckp skali. mampuih lah kok org nk koba den jakun ko apo kan, asalkan den pueh ati. haha.

Walaupon den ni anak jati n9, tp sebona-bona eh, den xduduk bona pon kek n9 tu.. iyolah, den tinggal kek pilah tu sampai darjah onam yo.. lopeh tu, den sekolah kek johor.. 5 tahun den duk JB bai.. igt an lopeh form 5 tu, buleh la apply matrix pilah ko apo ko kan, yolah, homesick bai duk jejauh ni.. maun pulak time tu balik umah naek bas, 3-4jam jugak la dlm bas. kematu jugak la b*ntut den.  tapi apo kan dayo.. lopeh yo spm, den dapek offer UTP pulak.. xsompek den nak tido bawah ketiak omak den, dah berpisah balik. poie pulak duk kek perak nunnnn..aduiyai.. maso tu bulan duoboleh xsilap den.. tapi den masuk UTP kojap yo.. ngelat. haha, dapek yo offer telekom, maso tu offer poie Jerman, den toruih keluar UTP. sebulan yo la den kek situ.

Lopeh keluar UTP yo, den duk kek area UM.. apo tah namo eh, Bangsar ko apo. Ko tanyo la husband den ni a, mesti dio tau, sobab time tu first time jumpo. aww~! malu den. hikhik. Maso tu den kono ikut kursus intensif bahaso inggeris 3bulan kek subang.. lopeh abih kursus tu, baru den masuk taylors kek subang tu, buek Cambridge A-level plak.. tapi maso den buek a-level tu, den dah pindah kek sunway.. haa, umah den tu dulu.. botul2 dopan sunway pyramid tu, nak poie pyramid tu, jalan kaki yo da sampai bai~ paling xbulih lupo, ado kodai makan 'longkang'. haha. kitorang yo memandai bagi namo 'longkang' tu, sobab topi kodai tu ado longkang bosar. tp kuey teow kungfu eh mmg terbaik wa cakap lu~! tapi xtau la ado laie ko tak kodai tu. ghindu lak tetibo kan. aiseh.

Ha.. eh, seblum den buek a-level tu, tetibo telekom koba den kono tukar ke australia. potong stim botul lah.. sobab ado masalah ngn apo tah. tp xpo lah, australia pon, australia laa.. asalkan den dapek naek kapal togobang..haha.. lopeh yo den buek a-level tu, den dapek masuk melbourne unibersiti kek ostralia. toghuih la den fly ko australia pulak.. ompek tahun den kek ostralia bai.. tapi n9 jugak totap kek ati den ni haa.. abih yo blaja, tahun lopeh la, igt an buleh la den tido bawah ketiak omak den balik, tp dek den ni gatal bona, nikah la den.. haha. lopeh nikah tu, den ikut husband den duk jopun pulak. ha, nampak tak.. bilo yo maso den duk n9? maso kocik2 yo kan kan??

haa.. itu sobab la den nulih entry ni dalam loghat n9.. bukan apo.. ghindu pulak ghaso eh kek bahaso sendiri.. walaupon den ni duduk meghantau yo, tapi mmg botul cakap oghang tuo2, tompek jatuh laie kan di konang, inikan pulak tompek bemain.. laie satu (ewah, nak banyak2 pulak deh, hikhik), hujan omeh kek nogoghi oghang, ujan batu kek nogoghi sondiri, laie elok kek nogoghi sondiri.

Itu yo lah den nak nulih. cm den koba an tadi, kok xpaham, buek2 la paham, kok x yo paham2, pokok den kau la yo. haha.

Till then. jyaa~ (apo gilo eh tetibe bahaso jopun lak nih? tibai yo lah~)

May 16, 2011

Teacher's day special post :D

Hello guys!

Memandang kan hari ni teacher's day, aku nk buat entry berkaitan pasal teacher's day lah. biasalah, entry mesti ikut perkembangan semasa, iye dok? Anyway, entry ni bukan cm entry2 yang nak recall jasa guru ke ape, well, itu dah biasa, aku rasa every year pon aku wat entry mcm tu, sampai da xtau nk tulis ape dah. ayat laen2 tp isi yg same, boring lah kan. So, entry kali ni aku nk tulis pasal aku grad aritu (bulan 12 2010). sbb dulu aku wat entry pasal graduation aku sgt ringkas and xde gamba bagai (sbb mase tu bz nk packing balik msia).

Ape kaitan entry ni ngn teacher's day? mesti la ade kaitan. kalau bukan sbb cikgu2 yg mengajar aku since tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, a-level, melbourne university, xkan aku boleh grad ye dok? haa.. kirenye entry ni all-in-one entry, merangkumi semua cikgu2 yang pernah mengajar aku, xkesah la cikgu kt sekolah ke atau cikgu kt luar sekolah - kawan2, etc.

Before kite layan gamba2 ms graduation aku, ni ade sikit background pasal gamba2 tu. Aku grad from Melbourne University pada .. err.. xigt sgt tarikh, tp bulan 12 2010 la.. hehe. Aku graduated with Electrical Engineering with Honors. And mak aku pon dtg Melbourne utk tgk aku grad, aku sponsor tiket mak aku dtg tau! pegi-balik siap dgn accommodation lagi. haha. accommodation tu sbb tinggal kt umah aku, mesti la aku sponsor. hikhik. kebetulan, 2010 adalah tahun ke 150 engineering kt melbourne uni, so instead if doing the ceremony kt Wilson Hall (Hall yg bese buat graduation), that year diorang buat kt Royal Exhibition Building (lg besar bangunan dia - bangunan exam aku actually), menggabungkan semua engineering course, graduating at the same time :)

So, as usual, jom layan gambar!

Inside the Royal Exhibition Building (REB)

150 years of engineering

Outside REB (back entrance)

In front of REB 

Back entrance

with mum :)

with mum :)

with mum in front of REB

with mum again :)

with one of my coursemates

with one of my coursemates

inside REB, with mum

The view

this is actually at South Lawn, University of Melbourne

waiting to receive the scroll :)

waiting the dean :)

The Dean

Dean was giving the speech

The view

Yellow (Gold) for engineering :)

:)

red color for PhD students 

queuing to receive scroll

Bachelor of Engineering

The names with star are the ones that got Honors written on the scroll

with mum after the ceremony, of course with my scroll!

:)

Me, in front of REB
If I can get back to the past, I'll take more photos!!


Ps: Mum, I love you. You are the best teacher in my life :)