May 12, 2011

Something to ponder


"Seandainya nilai dunia di sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir, walau seteguk air pun"
Hadith sahih

Seandainya kita tahu kapan kita akan 'pergi', bergembiralah kerana kita adalah antara orang yang bertuah mengetahui bila ianya mungkin itu berlaku. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tidak hambaNya ketahui. 

Jika kita fikir terlalu berat ujian yang menimpa, fikirkan orang lain lebih dari itu;
Jika kita fikir terlalu malang nasib yang menimpa, fikirkan ada ujian lebih berat dari itu;
Jika kita fikir sudah tiada tempat untuk bergantung, fikirkan Allah adalah sebaik2 tempat bergantung;
Jika kita fikir putus asa dengan ujianNya, fikirkan Allah sentiasa ada untuk kita mengadu;
Jika kita fikir kita tidak bersedia meninggalkan dunia, fikirkan akhirat lebih baik dari itu.

To you, I know it's hard for you to get through all those. Even saya sendiri tak pernah terfikir ada orang yang menerima ujian seberat itu. Percayalah, hidup ini sementara dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Jangan pernah putus asa pada Dia. Percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Segala ujian yang diberi, adalah untuk membasuh segala dosa yang pernah kita lakukan samada sedar atau tidak. Jangan pernah berdendam pada sesiapa, walaupun awak antara orang yang teraniaya. Jika bukan di dunia, balasan di akhirat itu pasti dan Allah lah sebaik2 pemberi balasan.

Jika ditakdirkan awak 'pergi' dlm masa yang singkat ni, 'pergi' lah dengan tenang, 'pergi' lah dengan gembira kerana di 'sana' lebih baik dr apa yang ada di dunia..Redha dengan apa yang berlaku. Jika kita redha, inshaAllah Allah pasti redha akan kita, hidup kita, mati kita. Ingat, dunia hanya sementara.. 

"Jangan bersedih, kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi.."


Ps: Sesungguhnya mati itu adalah peringatan yang terbaik bagi setiap manusia..

4 comments:

d_LA said...

tol tu..bila ingat mati rs seram sejuk je bdn ni..

zunitaramli said...

kan kan?? uuu~ :S

chk said...

:) saya suka entri ini

zunitaramli said...

Thanks:)