July 10, 2011

BERSIH 2.0

WARNING: This entry is all about ANTI-BERSIH 2.0. If you think you will hate this entry, feel free to close your window. Thank you.


BERSIH 2.0. Macam2 benda kat otak aku bila cakap pasal benda alah ni.

1. Apsal warna rasmi dia warna kuning eh? Just wondering... kalau 'bersih' org selalu kaitkan dengan warna putih kan? Why Yellow? any reason behind it?

2. Aku cuma terfikir, diorang buat rally ni utk tuntut 8 benda, termasuklah pilihanraya yg BERSIH. Persoalannya skg, dah lepas rally tu, how you can be so sure even lepas buat rally tu pilihanraya mmg akan bersih lepas ni? Like I said before, kalau diorang nk main kotor, korang buatlah rally banyak mana/besar mana skali pon, diorang akan buat jgk. So, what's the point of having that rally? Isn't it just wasting your time?

3. Aku ada baca jugak lah komen drp pro-BERSIH, yg mengatakan diorang xkisah kalau parti diorang (Im sure u know which political party I'm talking about) kalah time pilihanraya, asalkan pilihanraya tu dijalankan dgn bersih. Persoalannya skg, let say party kau menang, obviously kau akan ckp PRU dijalankan dgn bersih. tp what if party kau kalah, adakah kau masih menyalahkan PRU tu xdijalankan dgn bersih jgk? How well u know PRU dijalankan dgn bersih? adakah lepas parti kau menang baru kau ckp PRU tu bersih? Can anyone tell me how u decide how bersih is the PRU?

4. Mcm aku ckp jgk b4, ada byk cara LAIN yg xmenyusahkan org lain yg kau boleh buat utk suarakan tuntutan yg kau nk tu. Contoh, g hantar memorandum utk 8 tuntutan kau kt Agong, atau kau boleh buat satu petisyen kumpulkan sebanyak mana penyokong yg kau ada, sign benda tu dan serahkan pada Agong dgn tuntutan2 yg kau nak. Xpayah nk nyusahkan org lain dgn adakan rally tu, boleh?

5. Apa yang kau dpt selain penat kena kejar ngn polis, pedih mata kena gas pemedih mata, sakit2 badan lari himpit2 dlm org ramai tu? Kau dpt ke 8 tuntutan kau lepas buat rally tu?

6. Aku mmg xsetuju kau pergi melobi kt foreign countries buruk2 kan imej negara kau sendiri. Kau sedar x, yg kau burukkan tu negara kau? Kau sanggup gadaikan maruah negara sendiri demi kepentingn peribadi eh? Kau nk diorang sokong kau? Kau tau x impact kt economy? Kau tau x impact kt tourism? Kau tau x impact kt benda2 lain? Ada kau pk sume tu?

7. Kau nk salahkan polis sbb guna gas pemedih mata, etc. Tapi yg kau buat rally xde permit at the 1st place sape suruh? Bila susah, salahkan org lain plak? Berani buat, berani tanggung la beb. Dah sah2 benda tu mmg Agong xbg buat at the first place, yg kau degil apsal?

8. Well, aku xde la ckp aku ni pro-government, tp aku xsuka cara BERSIH ni dibuat. Matlamat xmenghalalkan cara. Honestly, aku xkisah sape2 nk take over to rule the country, tp please, make it in PEACE. Bukan mcmni caranya.

9. If opposition can guarantee they can rule way better than what it is now, they can provide subsidy petrol, jual minyak dgn harga RM1/L, keta proton RM10k, gaji aku RM5k sebulan, gula RM0.20 sekilo, ok, please, take over lah cpt2 negara ni. 

10. Last but not least, this is just my opinion. Kau xsuka pendapat aku, itu kau punya pasal. Ini blog aku, aku boleh tulis apa yg aku suka. wahahaha. Tapi cne pon, aku respect pendapat kau, and hope kau pon buat benda yg sama. Jgn sbb politik, kau dah xnk kawan ngn aku. Gile xprofessional beb. Jgn jadi bodoh sbb politik. Kau ckp org Msia dah makin bijak pandai menilai politik, fine. Tapi kalau kau putus kawan sbb beza pendapat politik ngn aku, xke tu tunjukkan kau makin bodoh?

Ok, bye.

25 comments:

nik said...

hahaha power2 ita..yg aku tahu, bersih buat aku stuck 3hours utk journey yg just 10km..damnnnn

Dyane @ Diana Mat Nor said...

Sangat setuju..tapi ramai sgt penyokong Bersih yg buta hati. Penat je cakap..

shazrin said...

suka sgt.. bersetuju.. tp x guna ckp.. dorg bkn tahu n nak fhm pun kak zunita..

Myzatul FarahinSatimin said...

i like ur entry...
fuhhh d sbbkan BERSIH, jln TAR tutup lagi ari ahad smlm..patutnye da buka..apesal ntah x buke.. penat2 je naek lrt..tup2 x buka langsung!! how come... then tros msuk SOGO.. (ok tibe2..) hahaha

erkk..x dpt bygkan klu org laen yg pgg ngr kite neh.. worried~

muhd said...

aku rase mcm xfair bile ckp BERSIH slh..
bukan ape, pada aku, after aku tgk both side nye vid n news, polis lagi byk salah..

1) nk kater menyusahkan?
diorg dh mntk care baek..
xbagi bwat kat jalan, diorg mntk stadium..
pastu diorg ckp, xboleh sbb kumpulan xberdaftar, haram!
agong, dh bagi sebenarnye..
kalu tgk kenyataan akhbar, agong xpernah pun mention psl kumpulan haram.. just mntk kalu blh, jgn menyusah kan, maksudnye bwat kt jalan la..
tu psl mntk kt stadium :)

2. nk kate, peniage byk rugi, xde salah BERSIH.. patut nye salah polis.. sbb diorg yg ttp jalan..
kalu x, msti diorg makin untung, sbb org mkin rmi dtg KL..busuk2 pun, sorg masuk kdi..

3. jujurnye, asalnye bnd ni xmenyusahkn.. abg polis yg stat dulu.. kalu korang ade kt tempat kejadian mcm aku, at least sebagai pemerhati pun jadi la.. korg akn nmpk hakikatnye, diorg try bwat seaman yg boleh..

just my pendapat la :)
peace :D

zunitaramli said...

to muhd:
thank u for ur comment. rasanya anda dah menyimpang dengan persoalan UTAMA yg saya cuba bangkitkan dalam entry ni :) put aside pasal polis, sume2 tu. ok, at the first place, nape nk buat demo BERSIH ni? motif? utk dptkan 8 tuntutan yg diorang mintak. fine. lepas buat demo, diorang dpt ke 8 tuntutan tu? is it works by doing the demo? no right? that is the MAIN issue that the first place. kalau dah bende tu terang2 xkan manfaat mana2 pihak pon, nape still nk buat jgk? EGO? nk tunjukkan kuasa rakyat? nk tunjukkan governmnt xboleh buat apa2? think back :)

zunitaramli said...

@nik: nasib aku xterkena skali :P
@kak dyane: kalau diorang dah stick kt bende tu, and xnk bukak mata utk benda lain, ckp apa skali pun, mmg xkn jalan kak dyane :)
@shazrin: itulah.. mcm2..
@my: ahaha, lame jgk x g sogo tu (tetibe jgk).lol :P

Anonymous said...

tuntutan tu murni. benda yg baik, tiada yang salahnya mencari dan menegakkan kebaikan. ianya dirancang utk dijalankan secara baik. berhimpun beramai2 adalah perlu, tanda sokongan, tanda itu suara rakyat yang ramai, kehendak ramai rakyat spy tiada yg mempersoalkan integriti memorandum itu, spy tiada cakap2 belakang mengatakan memorandum tsb hnylah suara dan utk kepentingan peribadi pihak tertentu.

usaha dan hasil adalah sgt penting dalam mencapai sesuatu matlamat. tapi bagaimana mendapat hasil sekiranya tiada usaha?

wallahualam :)

zunitaramli said...

@anon: sy xpernah menyatakan tuntutan itu SALAH. tidak pernah sama sekali. cuma yg saya kesal CARA tuntutan itu dibuat. benar, utk dptkan sesuatu kena ada usaha, tp berbaloikah usaha yg dibuat tu? bukan ke banyak cara lain lagi yg boleh dibuat utk sampaikan tuntutan tu, cara yg xmenyusahkan org lain, dsb? perlu diingatkan, TIDAK semua masyarakat menyokong cara BERSIh dilakukan, so, kenapa perlu libatkan mereka skali dlm agenda ini?

last but not least, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA :)

Anonymous said...

Jika kita merujuk pada Al-Qur’an, As-Sunnah, Siroh Rasul saw. dan Kaidah Fiqhiyah, maka kita dapatkan hukum melalui kaedah2 di bawah tentang demonstrasi.

1. Al Quran
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)(Al-Anfaal 60).

Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah karena mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah. dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik, dan mereka tiada menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah, melainkan dituliskan bagi mereka (amal saleh pula), karena Allah akan memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (AT-Taubah 120-121)


2. Hadis Rasul saw

Seutama-utamanya jihad adalah perkataan yang benar terhadap penguasa yang zalim (HR Ibnu Majah, Ahmad, At-Tabrani, Al-Baihaqi, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi)

Barangsiapa melihat kemungkaran, maka rubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lisannya, dan jika tidak mampu, dengan hatitnya. Yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman (HR Muslim).


3. Sirah Rasul saw
• Nabi saw. dengan para sahabatnya melakukan demonstrasi meneriakkan dan menyerukan tauhid dan kerasulan Muhammad saw. di jalan-jalan sambil menelusuri jalan Mekkah dengan tetap melakukan tabligh dakwah.
• Rasulullan saw. dan para sahabatnya sambil melakukan Thawaf Qudum setelah peristiwa Hudaibiyah melakukan demo memperlihatkan kebenaran Islam dan kekuatan para pendukungnya (unjuk rasa dan unjuk kekuatan) dengan memperlihatkan pundak kanan ( idhthiba’) sambil berlari-lari kecil. Bahkan beliau secara tegas mengatakaan saat itu:”Kita tunjukkan kepada mereka (orang-orang zhalim) bahwa kita (pendukung kebenaran) adalah kuat (tidak dapat diremehkan dan dimain-mainkan)”.

4. Kaidah Fiqhiyah

Sesuatu hal yang tidak akan tercapai dan terlaksana kewajipan kecuali dengan melakukan demonstrasi, maka hal tersebut menjadi wajib.

Sehingga dalam hal ini suatu tujuan yang akan ditempuh dengan mengharuskan menggunakan sarana, maka pemakaian sarana tersebut menjadi wajib. Dan demonstrasi adalah sarana yang sangat efektif dalam melaksanakan kewajiban amar ma?ruf nahi mungkar, dakwah dan jihad.

Dengan demikian Islam membenarkan demontrasi selama dilakukan dengan cara yang benar dan dilandasi dengan niat yang benar pula.

Wallahualam
Wassalamu `alaikum wr.wb.

Anonymous said...

Dan mungkin Puan Zunita boleh cadangkan idea2 puan untuk menggantikan BERSIH 2.0 sebagai perkongsian bersama?

Anonymous said...

Berkenaan kenyataan puan 'TIDAK semua masyarakat menyokong cara BERSIH dilakukan dan kenapa perlu libatkan mereka sekali dlm agenda ini?' Pandangan sy seperti di bawah:-

di akhir zaman, golongan ini minoriti. Mereka dianggap asing di tengah lautan manusia yang rosak. Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:
“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).

insyaAllah sy pasti yang 'celik hati' akan redha dan faham kepentingan menegakkan perkara yang baik dan tidak merasakan ia sebagai perkara yang sia2 :) wallahualam.

zunitaramli said...

to anon: boleh rujuk ke point no. 4 utk cadangan lain bg tuntutan tersebut :)

honestly speaking, sy xpandai kalau nk argue dr segi agama, but im talking from my point of view. and i did read some views from religious point and it quite agaisnt whatu wrote here, mmm..

and myb this article may be quite interesting to read :)
here: http://zunitaseriously.blogspot.com/2011/07/no-winners-just-losers.html

and here: http://mashoori.wordpress.com/2009/02/11/manhaj-ahli-sunnah-wal-jamaah-terhadap-pemimpin-yang-zalim/
-->his 4th point: Haram Memberontak dan Menggulingkan Pemerintah Yang Zalim

wallahualam :)

Anonymous said...

Maybe before anon brings religion into the issue, he/she should check out BERSIH's Datuk Ambiga's views on apopstasy. Can we support someone who has such strong views on our religion?

Anonymous said...

ISU AMBIGA
Tak bermakna kalau sokong BERSIH = sokong ambiga sebaliknya sokonglah initipati perjuangan BERSIH sahaja. Lagipun bukan Ambiga sahaja mengetuai, Hadi awang, A Samad Said turut serta sebab diorang pn berarak skali. Kalau lihat sejarah pula, dah lebih 50tahun negara kita memerintah sebagai islam sekular. Islam majoriti di Malaysia, tapi kita masih x mampu melaksanakan islam secara keseluruhan. Ini sebab kita kurang pendedahan tentang ilmu agama. Linajoy murtad, memang 'wajib dibunuh' tetapi ambiga tu non-muslim, tak faham agama kita. Authority pun tak bunuh Linajoy, buat apa nk 'bunuh' ambiga. Cuma nya kita kena belajar memahami lah. Kesimpulannya sungguhpun Ambiga pandai undang2 tapi dia tak pernah baca Alquran. Jadi kita kena hormat kekurangan ilmu dia.
Boleh rujuk sini:
1. http://amenoworld.blogspot.com/2011/06/betul-ke-ambiga-ada-kaitan-dengan-ifc.html
2. http://www.facebook.com/notes/syahirulcom/bukan-islam-kafir-dipilih-sebagai-pemandu-penunjuk-jalan/218177621550885

Anonymous said...

ISU HUKUM
Untuk point puan tentang hokum demokrasi boleh rujuk sini dan sini:-
1. http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=436
2. http://saifulislam.com/?p=1000#more-1000
part- ULTRA SALAFI YANG MENGHAIRANKAN
“Ketika BERSIH berjaya mengumpulkan rakyat dari pelbagai agama, bangsa dan parti politik, atas suatu titik persamaan iaitu mahukan keadilan dan transparesi dalam pemerintahan dan pilihanraya, kita dikejutkan dengan idea-idea kelompok ultra Salafi yang tidak henti-henti melaungkan seruan, “haram menegur pemerintah secara terbuka”. Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan tulisan terbuka. Kemuncaknya adalah haram menegur pemerintah melalui demonstrasi di jalan raya. Semua ini diklasifikasikan sebagai maksiat kepada Allah. Saya faham, memang terdapat banyak hadith Nabi SAW dan peringatan dari atsar Sahabah tentang tuntutan menyabarkan diri atas kezaliman pemerintah. Tetapi hadith-hadith tersebut diungkapkan dalam konteks satu amalan politik yang ada karakter tertentu. Malah larangan menegur pemerintah secara terbuka juga tidak mutlak.

Anonymous said...

ISU SUBSIDI, PENURUNAN HARGA BARANG
3. Dan mengenai point Puan Zunita tentang If opposition can guarantee they can rule way better than what it is now, they can provide subsidy petrol, jual minyak dgn harga RM1/L, keta proton RM10k, gaji aku RM5k sebulan, gula RM0.20 sekilo, ok, please, take over lah cpt2 negara ni. Bukan semua yang memperjuangkan BERSIH mahukan kemudahan sampai sebegitu sekali seperti yang puan nyatakan. Sebaliknya kerana mereka memahami keperluan untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia kerana itu tanggungjawab kita. Sudah 50tahun> kita dikuasai Islam sekular. Adakah BN menjalankan hukum Islam sebenar2nya di Malaysia? Arak dibenar untuk dibawa masuk ke dalam Malaysia, Genting = pusat perjudian terbesar di Asia Tenggara, wujudnya disko kelab malam, hal2 porn berleluasa di media bahkan dicanang sendiri oleh kerajaan secara public dan lain2 lagi. Ini sangat2 bertentangan dengan ajaran Islam. Kenapa kita tidak bertindak tegas dalam melaksanakan undang2 Allah di Malaysia dan mengambil contoh seperti di bawah:-

Kisah pertama
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak. Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran, tegasnya. - AP

Kisah kedua:
Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai 2 batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.Guna duit sendiri. Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.
Adakah pemimpin2 kita sekarang bersikap zuhud sebegini?
Ya bukan segalanya boleh dilakukan secara drastik dan sekelip mata. Oleh itu BERSIH ini adalah sebahagian inisiatif yang ada, sbg langkah kecil kita. Kita mahukan kerajaan yang menegakkan undang2 Islam sebagai undang2 utama. Bagaimana? Dengan menukar kerajaan tetapi bukan menggulingkan kerajaan sebaliknya secara baik melalui pilihanraya. Tetapi pilihanraya kurang telus. Jadi BERSIH dijalankan. Saya tak bermaksud nak menyokong mana2 parti dan sokonglah BN seandainya mereka upgrade/memperbaharui cara pemerintahan mereka mahupun mana2 parti yang menegakkan syiar Islam.

Boleh rujuk sini: http://mrkarim.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=269:antara-islam-dan-demokrasi&catid=25:the-project&Itemid=37

Dan sungguh memilukan ketika umat Islam yang telah diberikan oleh Allah : Dien yang sempurna, berpaling dari Islam dan memilih demokrasi sebagai sistem hidupnya. Sebagian besar (hampir seluruh) umat ini yang tertipu dengan demokrasi. Mereka beranggapan bahwa demokrasi adalah ajaran Islam.

Anonymous said...

salam

anon di atas,soalan saya,kalu la si ambiga ni wat protes against israel kerana menindas rakyat palestin di depan israel embassy adekah anda akan join??jgn jd hipokrit.tujuan ambiga bkn berlandaskan agama tetapi hak asas manusia dalam bersuara.agama bukan dalam agenda bersih.saya xpaham dgn sesetengah org yg menggunakan isu agama dan bangsa.mereka sebenarnya yg menambahkan ketegangan.

tujuan utama bersih bukanlah nak memastikan 8 tuntutan mereka tu tercapai kerana mereka tau dgn keadaan pemerintahan sekarang,smpi bila2 pn xkn dpt.tp objektif utama mereka adalah untuk memberitahu org yg rasa teraniaya mereka tidak keseorangan.masih ada kumpulan yg bersama mereka.supaya mereka sedar dan bangkit.tujuan bersih adalah untuk menarik undi org2 ni.kebanyakkan mereka ni mereka yg atas pagar dan tidak berdaftar.SPR maybe bole menipu seribu undi,(kalo betolla),tp kalo 5,000 orang da bertukar sokong PR,usaha SPR tu sia2 je la.tu je motif dorg.so in a way maybe btolla Bersih ni rncgn PR.

pastu pasal keadaan sabtu aritu, xfair la kalu nk salahkan bersih saja yg wat kecoh?cmne ng patriot?tp nk salahkan polis gak xbole.coz dorg juz ikut arahan.soalan saya,nape gov xbg je dorg wat kt stadium.bkn ke agong da bg kebenaran?alasan xbole bg permit coz xberdaftar adalah dangkal sekali.cmne ng hari sejuta belia,konsert2 lagho,dll.sume tu berdaftar ker?xknla xley bg special permit.tp kerajaan sanggup mempertaruhkan nyawa anggota polis semata2 kerana ego mereka sndri.polis pn ada keluarga.cmne kalu apa2 jd kt polis tu?kerajaan nk tanggung ke?

saya xsokong cara bersih kerana saya sdh tau apa akan jadi iaitu keganasan.tp kita sudah maklum,sikap manusia.lg dilarang lg la nk wat.so kerajaan yg didakwa diterajui oleh org2 yang bijak pandai,xkan la xbole menangani keadaan ni ng lebih baik.kalu btolla dorg memikirkan kepentingan rakyat dan polis yg bertugas pd hari itu, sudah pasti caranya lain skali.

n las skali nape la perlu menipu kpd rakyat pula.ckp polis xde guna kekerasan n xlepaskan gas kt hosp.sdgnkn bukti video berbeza skali.saya xsalahkan polis,kerana dalam terdesak,mereka ni mgkin terlupa tnggngjawab mereka untuk tdk menggunakan kekerasan.survival instinct tu lbh kuat kerana nyawa mereka juga terancam.so mybe mereka terkasar.tp kenapa pemerintah yg bijak ni perlu menipu rakyat hidup2.mybe sbuk sgt tgk video anwar kt hosp so xsmpt nk tgk video lain.so bila wartawan tanya cmtu la jadinya.

sekian saja.pikir2 dan selamar beramal.wassalam

zunitaramli said...

to anon mengenai isu subsidi, etc:

You claimed:
Sudah 50tahun> kita dikuasai Islam sekular. Adakah BN menjalankan hukum Islam sebenar2nya di Malaysia? Arak dibenar untuk dibawa masuk ke dalam Malaysia, Genting = pusat perjudian terbesar di Asia Tenggara, wujudnya disko kelab malam, hal2 porn berleluasa di media bahkan dicanang sendiri oleh kerajaan secara public dan lain2 lagi.

My question:
Macamana anda boleh begitu pasti jika opposition take over, kasino akan ditutup, tiada arak dibawa masuk lagi, semua disko akan ditutup? i believe the opposition that u were talking about is parti politik campuran, which i believe ada parti politik cina juga dlm pakatan tersebut. adakah diorang sanggup berhenti minum arak lepas dpt take over malaysia? adakah lepas diorang take over, malaysia dpt jalankan sistem islam sepenuhnya? bagaimana anda dpt buktikan semua tu?

to above anon:
i really love ur response! great points and arguments! :) thanks for sharing :)

Anonymous said...

yeah somehow i dont see ambiga organising an anti-israel rally anytime soon. and fyi, all those who bring religion into the issue that i have seen are those who SUPPORT BERSIH like yourself. You guys muddled the whole issue, guilt trip and shut others by using religion, because no sane Muslim dares to argue against religion. i mentioned it only because you quoted the al-Quran. and just because awang hadi is there doesn't mean its gotten a stamp of approval from Islam. Get that straight.

interesting that you mentioned all the while BN has been in power there have been casinos, liqour is sold openly and we are a secular Islamic state. what has that got to do with the whole BERSIH issue? what exactly is your point? that if the opposition gets into power those things will be wiped away? try floating that to DAP and see how they take it.

the fact of the matter is, what did the rally achieve? i agree to all our right to a fair and clean election, but should a street rally be the first step? why did they not collect a million signatures from the public first?

look i really do not wish to get into an argument with you, i only asked the question because you brought quotes from the al-Quran into it and i wanted to know your justification of it. Let's just not kid ourselves that by toppling BN, a fair and just Islamic state can be achieved. For that to happen, PAS needs to grow a spine, become truly intelligent and break away from secular parties such as PKR and most definitely DAP. I'm all for an Islamic state and I'm not blinded by the current state of affairs in Malaysia to think there is even a slight possibility of one. Wallahu'alam.

zunitaramli said...

to anon: yes, i really love all ur points. u have answered most of the questions I had in mind about BERSIH rally, and thanks to you, you prove my stand is not wrong at all. I have the same opinions with u, I'm agree with fairness and clean elections, it is just that I don't support the way they express it, through the demo. Like I questioned in my entry, they don't get what they want through the demo, right? so what's the point of having them? but then again, u give me another insight WHY they actually wanted to have the rally :)

also, I don't agree with people arguing using quran verses, first, because i'm not really good in it, i mean i don't want just to spit out everything from quran just to support my arguments without really understand the right context to use them. but yeah, some people just addicted to use the verses for their own sake.

last but not least, a very much thank you for leaving ur comments here, coz it really brings more insights to me, with concrete arguments along the discussions. thanks :)

Anonymous said...

ISU AMBIGA

1. “Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka, berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan takwa…” (al-Maidah: 8)

Dalam sejarah Hijratul Rasul s.a.w., baginda telah meminta pertolongan atau bantuan dari seorang yang tidak Islam yang bernama Abdullah bin Uraiqit, sebagai pemandu dan penunjuk jalan kepadanya. Mengapa Rasulullah s.a.w. memilih orang kafir untuk membantu? Apakah tidak ada orang Islam atau malaikat atau wahyu yang memandunya? Walaupun semua itu boleh, tetapi peristiwa ini mengandungi mesej yang amat jelas, iaitu dibolehkan bekerjasama, terutamanya jika keperluan itu jelas wujud. Maka hal kerjasama seperti itu dibolehkan.

2. Saya tak pernah cakap Ambiga perjuangkan agama, ya benar dia perjuangkan hak asasi, ya benar BERSIH bukan perjuangkan agama because what they asked is for a fair election right? Ambiga perjuangkan hak asasi (duniawi), kita muslim perjuangkan amar makruf nahi mungkar kerana Allah (dunia & akhirat) + hak asasi melalui BERSIH (duniawi). So, kita buat extra kerja (berbanding ambiga) in the same time kan? ;) Manusia = Menjadi khalifah di muka bumi, uruskan bumi untuk kesejahteraan di akhirat. Itu perbezaan kita dan Ambiga. Ambiga buat untuk duniawi semata tapi kita buat hal duniawi kerana akhirat. Dalam surah Al-Imran ayat 110 bahawa umat Muhammad adalah sebaik2 umat ;) Satu lagi, ada hadith atau tafsir pasal lebih kurang macam ni “ikutlah walaupun dia non-muslim seandainya dia mengajak ke arah kebenaran” Saya try cari balik tapi x jumpa. Wallahualam. Mohon share kalau tahu ;)

Tak semestinya apa yang sy kate semestinya benar. Mungkin juga kalian lebih benar, sekadar berkongsi informasi dari sisi yang lain dari kalian. Wallahualam.

3. Pasal perhimpunan2 ni, perhimpunan tengok football match kan stadium pun boleh jadi bergaduh/kecoh kan?

Bukti rujuk link ni: http://www.hmetro.com.my/articles/Penyokongbolagasakdistadium/Article/ 
Ada tak polis yang berkawal? Ada. Apakah akan berkurang possibility polis tak mati kalo jaga orang ramai masa football match berbanding dengan possibility masa jaga orang ramai ketika BERSIH. Nyawa polis jaga orang ramai tgk football match pun ade risk kan? Nauzubillahiminzalik. Cuma what can I say is that’s their job to make sure people under control. Ajal maut adalah ketetapan Allah.

Anonymous said...

ISU SUBSIDI (Ita)

1. Saya sgt suka dengan your question. Easy to understand n straight to the point ;) Ok mari kaji balik sirah nabi. Bismillahirrahmanirahim mohon betulkan jika sy salah. Perjuangan dakwah baginda adalah selama 23 tahun (if x silap). Melalui 4 peringkat : sulit,terang2an tanpa kekerasan, terang2an tapi guna senjata utk pertahankan diri dan terang2an dengan guna senjata utk tentang orang yang halang dakwah. Dan perkara yang rasulullah tekankan di awal dakwah adalah penekanan aqidah, ajar kenal Allah dahulu barulah diikuti yang lain2.

Sebelum berbuah, pohon akidah yang ditanam memerlukan perawatan, penyiraman, dan pemupukan yang cukup lama dan intensif. Kemudian, setelah itu kita tunggu dan kita harapkan buahnya.” (Syekh Muhammad Musa Alu Nashr).

Pengharaman arak pula dibuat secara berperingkat ketika zaman Rasulullah SAW kerana masyarakat Arab ketika itu agak sukar meninggalkan arak yang sudah menjadi adat kebiasaan mereka.

So the point here is kalau Rasulullah s.a.w, manusia pilihan Allah pun berdakwah berpuluh2 tahun, mungkin kita hamba biasa ni lagi lama lah kot wallahualam. Kalau sebaik2 nabi pun ditentang hebat, kita apatah lagi. Nabi berdakwah secara berhikmah, berperingkat2 dan punya strategi. Dan segalanya ada terkandung dalam Al-Quran dan sirah buat rujukan kita :)

Rujukan dakwah Nabi : www.andalus.sg/dpia/nota.../FiqhDakwah_wk3_PendekatanRasul.ppt

Firman Allah SWT, bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah, dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah.” (Surah Nahl: 125).

2. Boleh juga rujuk hak2 zimmi (non-muslim)dalam Negara Islam, dikupas dari pelbagai sudut contohnya politik, kebebasan beragama, muamalat, hak kemasyrakatan dll. Hikmah dari perjanjian rasulullah dengan bukan Islam adalah menunjukkan Islam agama yang adil kepada semua, ada tanggungjawab orang Islam kepada orang bukan Islam, orang bukan Islam ada hak asasi dalam Negara islam dll.

3. Soalan u pasal “Macamana anda boleh begitu pasti jika opposition take over, kasino akan ditutup, tiada arak dibawa masuk lagi, semua disko akan ditutup? i believe the opposition that u were talking about is parti politik campuran”. Jawapan sy I never state “pilihla opponent or parti2 tertentu” tapi sy cakap in previous comment “Saya tak bermaksud nak menyokong mana2 parti dan sokonglah BN seandainya mereka upgrade/memperbaharui cara pemerintahan mereka mahupun mana2 parti yang menegakkan syiar Islam”. :)

Rujukan menarik : http://saifulislam.com/?p=1000

4. Soalan pasal “adakah lepas diorang take over, malaysia dpt jalankan sistem islam sepenuhnya? bagaimana anda dpt buktikan semua tu?” Jawapan saya, saya x boleh buktikan dan sy tidak tahu :) Wallahualam. Analoginya lah kan, u belajar and target nak pergi ke peringkat university and if boleh u nak pergi oversea. Masa mula2 sekolah rendah you memang confirm ke kalo u belajar u confirm akan dapat pergi oversea? U pun x pasti kan? Kerana you tak tahu what’s gonna happen to u in the future, u akan stop belajar ke? Mesti you takkan berputus asa and mesti u fikir aku try dulu la and if tak dapat pergi oversea mungkin dapat masuk uni kat Malaysia ke. So same goes to our case. Insyaallah setiap langkah u berjihad tuntut ilmu tu akan dapat pahala insyaAllah (even u gamble n tak tahu berbaloi ke x/capai your aim ke x dengan belajar tu) samela dengan setiap ‘langkah kecil’ kita berjihad dalam agama.

“ Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara.” (Al-Ahzab:3)

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad: 7).

5. Syumul bukan Islam? Lengkap meliputi segala permasalahan. Subhanallah :)

Anonymous said...

BERTUKAR INFORMASI :)

1. First, saya minta maaf seandainya mengguris hati sesiapa. Bukan niat nak argue tetapi sekadar berkongsi informasi dari sisi yang lain dari kalian.
2. My first 3 comments saya tak sentuh langsung pasal politik dll sebab nak stay fokus tentang amar makruf nahi mungkar melalui BERSIH tanpa mencampurkan adukkannya dengan politik so that we can stay focus.
3. Then, bila anon tny plak, I add more explaination yang tersurat tersirat BERSIH (in the point of view for us as muslim) antara inisiatif untuk kita perlahan2 tukar cara pemerintahan untuk tegakkan undang2 Allah(I repeat cara pemerintahan bukan tukar kerajaan ye :P) Ingatlah bahawa menerapkan Islam di dalam kehidupan secara menyeluruh adalah suatu kewajiban dan Islam akan terlaksana sepenuhnya dengan adanya Khilafah Islam. Maka mendirikan semula Khilafah adalah wajib. Untuk mendirikan Khilafah perlu adanya usaha ke arah mendirikannya. Maka usaha-usaha ke arah mendirikan Khilafah juga hukumnya menjadi wajib. Langkah pasti jauh tapi semoga kita menjadi antara yang melangkah dalam langkah2 itu :) Wallahualam.
4. And last Puan Ita, saya lebih suka bertukar pendapat dengan anda sebab u state things clear and u focus with your point :) Why I said u focus sebab u keep tekankan pasal u disagree dengan cara BERSIH, your main point :)

5. Moga Allah ampunkan saya andai ada tersilap bicara. Wallahualam.

Anonymous said...

To above anon yang tanya my point relation BERSIH dengan agama tu boleh rujuk komen atas – BERTUKAR INFORMASI – point ke 3.

Dan sebab saya apply quran versus :- it’s a complete reference for our life :-
”Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” (Hadis riwayat Al-Hakim)