July 28, 2011

Khas utk anak2 abah.

Salam semua,

Dah lama sebenarnya aku nk update pasal bende yg aku nk tulis ni, tp tah la, asyik bertangguh and kadang2 xde mood nk tulis.. But today, aku rasa aku nk update pasal bende ni..

Aku rasa orang yg pernah hilang orang tersayang mungkin faham perasaan aku. Especially family members, or someone that very close to u.. Lately, aku asyik mimpi arwah ayah aku je.. And mimpi yang sama, mesti abah tgh bawak kereta.. Seingat aku, xpernah aku mimpi selain scene BUKAN abah bawak keta.. And dalam mimpi2 tu, abah xbercakap, abah cuma drive keta and pandang depan, sesekali ade la abah pandang aku, but not all the times. Well, org ckp, kalau kita mimpi org yg dah 'pergi' dan dia xbercakap dlm mimpi tu, most probably tu bukan syaitan.. tu mungkin mmg roh dia.. tp wallahualam lah. and aku sendiri xtau apa maksud mimpi tu or mungkin mimpi tu just mainan syaitan.. but i've been dreaming about the same thing over and over again..

Haritu, 18 Julai 2011, genap 3 tahun abah 'pergi'.. And mmg sayu sangat2 lah bila teringatkan keadaan masa tu.. that time i was in melbourne. and the day before abah 'pergi' aku mmg xtenteram.. rasa gelisah je hati ni.. so ms tu, ada lah call abah, nk ckp ngn abah.. tp masa tu, suara abah dah xdgr sgt.. aku igt lagi, abah tried to tell me something, but i just couldn't get it.. i mean, suara abah perlahan sgt and xclear.. sampai skg aku tertanya2, apa benda yang abah try sampaikan masa tu.. panjang benda yang abah ckp, tp satu apa pun, aku xpaham... :(

Dan esoknya, Allah telah buktikan apa yg Dia cakap dalam quran,
"Verily, Allah! Unto Him belongs the dominion the heavens and earth, He gives life and He causes death. And besides Allah you have neither any Wali (protector or guardian) or any helper"
(9:116)

Masa tu, Allah je tau perasaan aku mcmana, kehilangan someone yg aku sayang sgt2.. Tapi itulah, sayang mcmana pun aku kat abah, Allah lebih sayangkn dia.. Allah jemput dia dulu.. Aku redha, though that time aku xdpt balik msia (financial problem). Tapi aku tabahkan hati, face everything.. and thanks to everyone that time yg mmg byk bg support..

Aku igt lagi permintaan abah masa dia sakit dulu, abah mintak aku selalu bacakan yassin utk dia kalau dia dah xde lagi.. bacakan ayat2 quran utk dia.. And utk anak2 abah yang lain pun, selain dari harta abah yang dok direbut2kan tu, pernah tak SEKALI pun kita sedekahkan sekurang2nya AL-FATIHAH utk abah? pernah tak kita doakan utk abah? pernah tak kita bacakan al-quran utk abah? Setiap bulan, dpt allowance hasil dari harta2 abah, pernah tak kita bersyukur, dan sedekah kan sikit harta tu atas nama abah? prnah tak? jangan sebab harta, duniawi, pertimbangan jd gelap. Jangan sebab kepentingan sendiri, hak org lain dinafikan. Mungkin kt dunia ni kita senang, tapi ingat, BALASAN DI AKHIRAT tu satu benda yang PASTI. Ingat, ALLAH TAHU apa yang kita buat, apa yang kita sembunyikan, apa yang tersirat dalam hati, apa yang kita rancangkan.dan DIA MAHA ADIL.

Cuma satu je yang aku minta, sedekah kan lah sekurang2nya AL-FATIHAH utk abah.. Ingat, kalau bukan abah, kita mmg xkemana.. kita xwujud pun kt dunia.. jangan sesekali menafikan HAK ABAH.. Walaupun abah dah xda, tp hak tetap hak.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' 
(HR Muslim)


Al-Fatihah.

2 comments:

Eiy said...

Hmm everytime eiy baca blog ita esp entry pasal abah, mesti eiy sebak. bergenang air mata.. hmm Al-Fatihah....

cucu umie said...

setiap yg dtng tu sis pasti akan pergi..pasti ad hikmahnyer..incya-Allah doakan yg terbaik untuk arwah yer..