July 31, 2011

Salam Ramadhan~

Salam semua.. :)

Mesti semua dah masuk mood Ramadhan kan? hehe. mcmana amalan 1 Ramadhan setakat ni..? Masih sama dgn malam2 sebelumnya ke? atau makin banyak amalan? Atau makin kurang? Harap2 xde la berkurang kan.. hehe.

Anyways, cerita pasal Ramadhan ni teringat Ramadhan masa kt Melbourne.. hehe. 4 tahun kot aku sambut Ramadhan kt sana. rindu tu mmg of kos la kan. hehe. tp itulah, nk buat mcmana, mmg takdir aku takat tu je berada kt Melbourne.. mmg rindu sgt2 kawan2 surrounding, environment kt sana.. sure dah banyak berubah skg..

Masa kat Melbourne, aku tinggal ngn 3 org manusia namanya hosmet la kan. hehe. Umah aku ada 3 bilik, 1 master bedroom (bilik aku), 1 bilik besar, lagi satu bilik kecik. Aku sebilik ngn manusia yang bernama akila.. Bilik besar ngn bilik kecik tu hosmet aku yg lagi 2 org tu duduk. Well, bila time puasa, kitorang selalu akan take turn utk jadi imam solat subuh, maghrib, isyak dan terawih. So, kitorang ada turn masing2 la utk jadi imam solat2 tu.. But the funny part is, ada lagi satu rule yg overcome that turn, sapa paling lambat bersiap utk solat, dia kene jadi imam! Hehe. Bila dah mcm tu, masing2 mula lah kelam kabut xnak lambat. Kadang2 tu sampai bertolak2 kat saf tepi sbb xnk masuk tgh jadi imam! Hahaha.. klaka betul..



And paling xbleh blah, boleh pulak kire rakaat.. mcm aku dah jadi imam subuh ngn maghrib, so dah 5 rakaat aku jd imam, jd utk terawih org lain pulak la.. selalunye kitorang divide 4 rakaat satu imam, then another 4 rakaat 1 imam. haha. sape yang pandai bg alasan tu, mmg terselamat la hari tu.. Lepas tu, lepas solat terawih kena baca doa, ade pulak jenis yg ngelat xnk baca doa panjang2 tu, so volunteer jadi imam utk first 4 rakaat. ahaha. klaka betul kalau igt2 balik.. hehe.

Tapi sememangnya benda2 mcm tu buat seronok nk solat terawih :) and so far, terawih aku sentiasa penuh (except masa2 tertentu. hehe) masa aku kt Melbourne. And sememangnya suasana berpuasa kt Melbourne mmg sgt2 best. Iftar bersepah sana sini. xpayah risau nk buka apa, nk masak apa hari ni.. Mesti ada jemputan punya.. kadang2 tu, satu hari sampai 3-4 jemputan iftar ada! fuh~ menu pulak bukan calang2 tuuuu.. hehe. alhamdulillah.. mmg nikmat :) Itu belum cite open house time raya lagi, mmg xcukup perut dibuatnya! Sampai nk pinjam perut lembu pon ade. hikhik



And this year, kali pertama aku puasa kat Jepun.. and aku sendiri xtau mcmana puasa kat sini.. Hopefully aku dpt experience yg best jgk, myb xsama mcm kt Melbourne, cuma harapan aku experience ni boleh aku kenang sampai bila2 lah..And this year pon tahun pertama aku berpuasa dgn suami and lil bubs. Hihi. Excited jgk!

Ok lah, dah masuk time Isyak. Nak siap2 utk solat and solat terawih :) Selamat berpuasa semua (kalau esok jadi puasa la) and jgn lupe baca niat pose! hehe

Babai~ xoxo

No comments: