August 14, 2011

[Pendapat]: Kenapa artis xboleh dijadikan idola

Salam semua,

Kalau nk cakap pasal dosa-pahala, satu perkara yang sensitif sbnrnya.. lagi2 pulak kalau benda tu melibatkan pasal aurat, pasal ibadah kita, pasal penampilan, org2 yg ada nama, xkisah lah artis ke, siapa ke... Masing2 kalau boleh nk menegakkan 'kebenaran' masing2, kenapa diorang buat mcm tu, mcm ni. Mmg lah dosa tu masing2 yg tanggung, tapi tanggungjawab utk nasihat-menasihati, igt-mengingatkan tu kan tanggungjawab semua org Islam?


Teringat bila tgk video wardina tadi, yg dia dulu berpendapat "we are what we eat, and we are what we read". So, kalau kita terlalu mendambakan artis2 xkisah la barat ke tempatan yg mmg xmenutup aurat, than, that's who we are. Bukan la bermaksud artis2 ni semua nya xbaik, cuma dari segi penampilan yg agak seksi dari segi agama islam tu mungkin kurang sesuai utk dijadikan idola masyarakat. Kalau mcm wardina ke, irma hashmie ke, heliza helmi ke, I think diorang ni antara ikon yg baik utk dicontohi.

I think dalam dunia artis tu sendiri kita dah boleh nampak ketidaksesuaian utk dijadikan idola. Pegang sesama bukan muhrim, walaupun sekadar lakonan, tp dosa tetap dosa. Bergambar dalam majalah MANGGA, tepi pool, basah2 sampai boleh nampak segala aset yg Allah bagi, adakah itu sesuai utk dijadikan idola? Pelaku dapat dosa, pengambil gambar dpt dosa, penjual majalah dapat dosa, pembeli pon dpt dosa. Semua dpt dosa. Tak de keuntungan pun buat mcm tu..

Jawapan standard kalau kita tanya artis2 ni atau siapa2 pun yg xbertudung, xteringin ke nk pakai tudung? kebanyakan akan jawab dia akan pakai tudung bila dpt hidayah. Xnk la nnt bila pakai, nk bukak balik. Persoalannya, bila dia akan dpt hidayah tu? Pasti ke dia antara org yg terpilih utk dpt hidayah? Allah dah ckp dalam al-quran, hanya org2 yg terpilih je yg akan dpt hidayah.

"Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan."
(An-Nahl: 37)

Jadi, yang xterpilih tu kena USAHA utk dptkan hidayah. Bukan hanya tunggu Allah bagi hidayah tu. Yg dpt hidayah mmg beruntung, yg NAK dapatkan hidayah, kena usaha. Pakai tudung, Solat, Puasa, Jaga penampilan, jaga hati, buat baik, doa byk2 supaya dpt hidayah.. inshaAllah the nuur will be urs..

Kita selalu dgr alasan "xsemestinya org bertudung tu baik, dan kitorang yg xbertudung ni kadang2 lebih baik dari org yg bertudung". Yes, true, yg bertudung tu xsemestinya baik, dan perlu diingatkan yang xbertudung tu mmg dah nampak dosa xbertudung kt situ. Kalau kita pakai pakaian yang seksi, xbertudung, berjalan dgn org kafir, yg pakai pakaian yg sama, mcmana org nk bezakan yg mana perempuan muslim yg mana perempuan kafir?

Lagi jawapan naif yg biasa kita dengar, saya xrasa saya seksi, I'm who I'm am. Saya rasa biasa2 saja. Saya cuma memenuhi permintaan jurugambar. Kalau saya pakai baju kurung pun org akan ckp saya seksi. Persoalannya, permintaan Allah pernah tak dia perfikir utk dipenuhi? Kalau pakai baju sekerat nmpak lurah, kain paras peha, adakah itu xseksi? Kalau pakai baju kurung pun seksi, pakailah jubah dan bertudung litup. Banyak lg option utk xnampak seksi tu. Jangan berckp seolah2 xde lansung ilmu agama..

Kalau nk jadikan idola, lagi baik jadikan seseorang yg cantik penampilannya, cantik budibahasa nya utk dicontohi, Sbb dari idola ni lah, kita akan terikut2. Kalau baik idola kita, inshaAllah baiklah penampilan. Kalau sebaliknya, mcmtula diri kita. Apa2 pun, bak kata wardina, kalau nak jugak jadikan artis sebagai idola, doakan diorang utk berubah :)


Wallahualam. Hanya sekadar pandangan. Maaf kalau menyinggung perasaan siapa2.

ps: Saya pun nk berubah utk jadi yg lebih baik. Doakan yg terbaik utk saya ya kawan2 :D

No comments: