January 24, 2012

Tips pengurusan rumah tangga

Hello people!

Semenjak dua menjak ni, aku selalu terfikir, mcmana nk jadi 'superwoman' bila aku dah kerja nnt. I mean, aku nk jadi isteri yang menjalankan segala tanggungjawab isteri sesempurna yg mungkin, tanggungjawab sbg ibu sebaik mungkin, tanggungjawab anak sehabis baik dan tanggungjawab sebagai seorang pekerja syarikat sededikasi yang mungkin. Aku selalu terfikir, mampu kah aku?

Pagi2 nk masak sarapan utk suami dan anak tersayang, kalau boleh, nk sediakan bekal lunch skali utk suami tersayang, then hantar anak ke taska, pergi kerja.. Balik kerja mulakan tugas utk memasak dinner, uruskan rumah, kain baju, kemas rumah, uruskan anak, dan sebagainya. Nampak saaaangat padat. Bilakah masa utk aku berehat? Can I be a superwoman?

Bila aku search2 kt internet, aku jumpe beberapa tips yg aku rasa sangat berguna dan praktikal utk wanita/ibu/isteri bekerjaya mcm aku nnt (inshaAllah). Antaranya:


1) Bagi memudahkan kerja-kerja memasak, kisar bahan-bahan asas seperti bawang, halia dan cili untuk kegunaan seminggu. Bahan-bahan mentah lain seperti ikan, ayam dan daging boleh di’pack’ berasingan mengikut kekerapan menggunakannya dalam seminggu. Sayur-sayuran juga boleh siap-siap dipotong dan disimpan.

2) Rancang menu untuk seminggu dan beli bahan-bahan mengikut menu yang telah dirancang. Ini dapat mengelakkan pembaziran wang dan masa membeli juga dapat diminimakan sebaiknya.

3) Sebelum bertolak ke tempat kerja, alihkan bahan-bahan mentah yang akan digunakan pada hari itu dari tempat dingin beku ( freezer ) ke bahagian bawah peti sejuk. Ia memudahkan wanita yang bekerja, bila balik sahaja ke rumah, tugas memasak boleh terus diselesaikan.

4) Penyusunan jadual kerja mengikut prioriti juga boleh dilakukan bagi memastikan keberkesanan tugas. Mana yang dahulu, didahulukan, yang kemudian, dikemudiankan. Setelah itu, tandakan tugas-tugas yang telah berjaya dilaksanakan.

5) Jika boleh, membasuh baju, mengangkat dan melipat dilakukan pada hari yang sama. Bertangguh menyebabkan kain-kain baju akan ‘menggunung’ tingginya. Untuk mengurangkan beban menggosok, kedai-kedai dobi ada menyediakan perkhidmatan menggosok baju.

6) Memiliki gajet yang baik juga membantu kelancaran tugas rumahtangga. Laburkan sedikit wang untuk membeli pembersih hampagas, pengisar, mesin basuh dan lain-lain peralatan yang berkualiti.

7) Pembahagian tugas antara suami isteri dan anak-anak juga membantu meringankan bebanan dan isteri/ibu dapat fokus kepada tugasnya yang telah dipersetujui bersama.

8) Perbanyakkan doa dan memohon bantuan-NYA bagi menghadirkan kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam melakukan rutin rumahtangga yang mencabar ini.


Hope tips ni dpt diaplikasi dan sedikit sebanyak dpt membantu aku (dan wanita lain yg bekerjaya jgk) utk jd superwoman :D


Sumber: http://ummuhusna99.blogspot.com/2012/01/berjuanglah-wahai-isteri.html

5 comments:

Snazzy Naz said...

tips yg baik. btw, naz slalu praktikkan tips no 1, 2, 3 dan 4 kalau mak takde kt umah, mmg tugas memasak ngn kemas umah naz wat. mmg senangla, after balik keje...dah bole terus masak.

emmm, bab basuh baju...kumpul dlu 2 hari camtu, since kitaorg dok ber3 jer kat umah. hehe. lipat mmg ujung minggu, mmg menggunung tinggi. kalu iron baju keje, ujung minggu...iron trus untuk seminggu, jimat masa..jimat letrik :)

zunitaramli said...

hehe.. itulah naz, nnt zu nk cuba2 praktikkan plak.. kot2 boleh jd superwoman plak kan.. hehehe

mona said...

akak pun amalkan 1,2,4,6 tu. yg lelain tu lain sikitlah cara akak. lauk pauk akak tak pindahkn ke bhgn fridge sbb kat bwh byk bende cam susu baby, buah2, dll yg akak takut contaminate pulak kalo ade bhn mentah, even bertutup tp akak tetap takut so tak buatlah., just balik keje tu, cpt2 thaw dlm air, dan sbb dh mmg dlm portion kecik2 1 bekas so cpt je dia thawed. kain baju mmg tggu weekend la nk lipat. cuci tgk keadaan kalo dh penuh sebakul maknanya dh smp time lah tu. dan yg penting sbg wanita berkerjaya, jgn segan silu mintak bantuan suami kalo rs x larat. tp jgnlah naik lemak pulak kan, nnt suami drpd nk tolong jd xnk tolong pulak. =)

Shai MommyLotte said...

berguna tips ini. kalau boleh buat kerja biar jadi sekali harung (cam paste bawang buat double ke)untuk jimat masa. :D

Zunita Ramli said...

betul tu. skg bila praktikkan.. kena spend masa sehari juga utk buat persediaan bahan2 masak utk seminggu tu. hehehe