February 28, 2012

Catatan untuk Safiyyah (Final Part :) )

Read the episode before:
Catatan untuk Safiyyah (Part I)
Catatan untuk Safiyyah (Part II) 
Catatan untuk Safiyyah (Part III) 
Catatan untuk Safiyyah (Part IV)
Catatan untuk Safiyyah (Part V)

Malam tu aku tido atas kerusi sebab aku xboleh nk baring. Bila baring je rasa perit sgt2 kt bahagian rahim tu. Lepas aku tidokan Safiyyah, aku letak dia atas katil then aku tido kt kerusi mengadap Safiyyah. Aku letak bantal kt belakang tempat sandar kerusi tu sbb pinggang and blakang aku berdenyut2 sakitnya. xtau la ni effect bius ke ape. Plus pinggang aku mmg sakit pun since mengandung 4 bulan haritu lagi.. Tersengguk2 aku tdo kt kerusi tu, sampai nk terjatuh one time tu. Kol brape pagi tah, aku terasa sejuk sgt so aku amek selimut, selimut kan badan aku yg bersandar ke kerusi. Aku ade la try nk baring (sbb penat pinggang bersandar lama2 lagipun br pas bersalin operate), aku tegakkan katil tu (katil tu boleh laras) then try nk tdo.. but still xselesa and sakit. so aku bgn balik, tdo kt kerusi tu.. :( and sampai laa pagi.. aku pun xde la tdo lena pun, kejap2 terjaga, kejap2 terjaga. yelah tdo kt kerusi and sejuk plak mlm tu.. and mmg kena expect la kalau lepas bersalin xboleh nk tdo lena bagai kan.. mmm..

Aku tdo kt kerusi tu sampai laa pagi, and aku sedar pun bila ade sorang nurse ni tegur, "ai.. ngntuk sgt ke?" boleh pulak dia ckp cmtu kan.. bukan setakat ngntuk sgt, penat, sakit, semua ada cik nurse oii.. pastu aku bgn and cm bese lah, g kencing  lagi ;p oh masa mlm aku tdo tu, aku sedaya upaya control my mind utk xpk nk terkencing. haha. sbb kalau aku pk nk kencing je, mesti aku rasa nk terkencing. pastu sakit2 tu kena jalan g toilet, then bila dah sampai toilet, xboleh nk kencing. so aku xnk pk pasal kencing. menjadi jgk la.. but kekadang, bila pk utk xnk pk, lagi la pulak otak ni ngade2 nk pk. haha

Esoknye tu, aku dah xsabar nk kluar wad, sbb dah xtahan tinggal kt situ lagi. bukan apa, i need someone yg boleh tolong aku utk jaga Safiyyah time2 aku xbrapa nk kuat and sakit lagi ni.. lain la kalau aku sihat walafiat, aku xkisah tinggal kt hosp lama2, jaga Safiyyah sorang2.. Esok paginye tu, nurse tu suruh aku mandi. Gile ape aku nk g mandi? Jalan pun semput2 lagi, nk berdiri lama2 pun xlarat dia suruh aku g mandi? mmg haruslah aku xmandi pagi tu. hihi.

Haritu aku buat2 sihat and cool, sbb aku nk kluar wad cpt2. kang kalau aku tunjuk aku sakit kang, xkluar wad aku haritu. tak lama lepas tu, ade doktor ni dtg.. dia nk bukak selotip kt tempat bedah aku tu (bayangkan diorang selotip jeeee luka tuuuuu) haha. I guess it's new technology kot, xpayah nk jahit2 dah luka tu.. pakai selotip ajeee. tp kt dalam rahim tu, diorang jahit la kot kan. Masa doktor tu bukak selotip tu.. mashaAllah.. sakitnyeee bila dia tarik selotip tu. yelah, ada sikit2 luka yg melekat kt selotip tu dia main sentappppp aje. haish~ lepas dia bukak selotip tu, dia spray luka tu.. so that kalis air..

tak lama lepas tu, dtg pulak doktor lain cek2 lagi. tah ape yg diceknye, xtau la.. cm bese, aku buat2 sihat and cool. xsabar dowh nk kluar.. seksa jiwa raga aku dok sepital lama2. after diorang cek2 tu, doktor kata aku dah boleh kluar lepas lunch. mmg tersenyum sampai ke telinga laaa aku. xsempat2 aku nk tunggu lunch, terus aku kol mak aku amek kt sepital skg jgk! hihi

Kebetulan akk aku cuti haritu, so dia ada kt umah.. then dia amek aku terus kt sepital.. masa aku nk kluar wad tu, tetibe ade sorang nurse ni ckp, "senang nk jaga Zunita ni.. paling aktif dlm wad.. len kali boleh la bersalin lagi". fuhhh~ cik nurse, len kali kalau aku bersalin lagi pun, aku xkan masuk lagi dah sepital ni.. huu~ trauma dah aku. xpe la kluar duit lebih sikit, asalkan jagaan baik semua..

***


Walau macamana pun, tujuan aku share pengalaman ni bukan nk burukkan mana2 pihak. Jangan salah sangka ya.. Tujuan aku nk share experience, sbb aku percaya, setiap org, even ko dah selain 7-8 kali pun, pengalaman bersalin tu mesti lain2. so why not we share, right? And most importantly, Catatan utk Safiyyah the series ni aku buat khas utk Safiyyah, so that bila dia dah besar nnt, myb (age 18?) aku nk bg link entry ni mtk dia baca..

And aku nk ucapkan jutaan, billionan terima kasih kepada semua yg jaga aku, bg semangat, yg sms, yg call, yg doakan aku masa aku nk bersalin haritu.. without korang semua, myb aku xsekuat ini.. Jugak kepada nurse2 yg kt sepital tu, tho ada masa aku mmg xpuas hati, tp aku nk ucapkan thanks jgk sbb cne pun u did look after me, even sikit. thanks :)

Bila aku pk2 balik.. bila aku baca balik entry yg aku tulis ni, aku mcm xpercaya was it me who gone through all these? But then I realized one thing;

"There is no greater comfort than knowing that Allah knows and understands how we feel, the struggles, the heartaches, the constrictions, the troubles, the obstacles we are facing. He is aware, He sees and hears everything. All prayers, thoughts and requests are heard, but He provides what's best for us, and His timing his perfect. Not ours."


So I believe, everything happens for a reason. And the reason is the best. Quit complaining and be strong! You won't believe how strong you are, just don't loose faith in Him :)



**THE END**


3 comments:

rabia-adawiah musa said...

nk pinjam ayat yg kaler merah tu ek.tq :)

Snazzy Naz said...

seriau lagi baca, nak2 lagi bab buka selotep. terasa. apapun, pengalaman ni...walaupun sakit, sure sakit tu hilang bila tgk safiyyah kan :)

Semoga dia menjd anak yg solehah, dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah, Ameen.

Myzatul FarahinSatimin said...

semoga safiyyah membersar dgn sehat!! mst chumell!!! x sabar nk jumpe die face to face..hik3..