February 22, 2012

Catatan untuk Safiyyah (Part V)

Read the series before:
Catatan untuk Safiyyah (Part I)
Catatan untuk Safiyyah (Part II) 
Catatan untuk Safiyyah (Part III) 
Catatan untuk Safiyyah (Part V)

Malam tu sbb aku still ada kesan2 bius tu lagi, so aku mmg tidur je sepanjang malam. Aku mmg xsedar sgt what was happening around me that night. Yang aku sedar, sesekali aku terjaga, nurse tu dok dukung Safiyyah. Probably she cried la kot kan. hehe.

Rupenye pagi tu, nurse tu ckp Safiyyah xnk tidur dalam tempat baby tu. ape tah name dia. haha. Bila nurse tu letak je Saifyyah kt tempat baby tu, Safiyyah menangis. Tapi bila nurse tu letak je kt sebelah aku, Safiyyah diam. hehe. beberapa kali jgk la mcmtu. Alolo.. Safiyyah anak ummi ni nk tidur ke sebelah ummi je ye.. hehe :")

Well, awal2 pagi tu, dalam kol 530pagi, ada sorang nurse ni dah kejutkan aku suruh bangun. Aku suke sgt kt nurse yg sorang ni, dia mmg baaaaaaaaik sgt dan lembut je org nye. Aku lupe plak nama dia. Aku rasa dia lah nurse yg paling baik yang jaga aku masa aku kt hospital haritu. Dia cek2, dia pelik kenapa ada tumpahan air kencing kt lantai. Rupenye tiub kencing yg salur kat aku tu dah longgar.. cm nk tercabut pun ada. pastu nurse tu terus cabutkan tiub saluran kencing tu. fuuuhhh~ ngilu rasanya. sbb tiub tu kan disambung terus ke tempat saluran kencing. masa dia tarik tu, mmg ngilu la.. :S

Pastu aku tgk nurse tu bawak beg kencing tu, ada darah skali kt situ. rupenye masa dia tarik tiub kencing tu, myb terberdarah sikit. tsk tsk. lagi lama aku kt hosp, makin kering laa darah aku =.="
Then nurse tu suruh aku bgn g kencing kt toilet. Masa tu ubat bius tu ala2 dah nk habis. Masa aku nk bgn and try berjalan.. Subahanallah sakitnyaaaaaaa~ yelah, xsampai sehari aku lepas operate kot? luka pun basah lagi. mmg peeeedih sgt2 kt dalam rahim tu. probably the cut still new and xheal sgt lg kan.. Masa aku jalan tu, mmg terbongkok2 and slow sgt2. yelah, pedih kan. tp nurse tu paksa jgk aku jalan, sbb dia ckp kena paksa jalan, baru boleh cpt sembuh. Bila aku dgr 'boleh cpt sembuh', aku gagahkan jgk kaki aku melangkah, setapak demi setapak, sambil menanggung kesakitan tu..

Sampai dalam toilet, nurse tu suruh aku kencing, tapi... aku xdpt nk kencing :(((( mmg menderita rasanya. sbbnye saluran tiub yg dia bukak td menyebabkan aku xdpt nk rasa apa dah. aku rasa nk terkencing, tp xboleh nk kencing. and satu lagi, most probbly sbb aku xboleh nk teran sgt bila nk kencing tu.. yelah, baru lepas operate, sakit lagi kt bahagian tu.. so aku rasa nk nangis je.. yelah, ko rasa nk terkencing, tp ko xboleh nk kencing.. tambah plak ngn sakit lepas operate + ubat bius dah habis. rasakan laaaahhhhh mcmana ~

Then pagi tu bermula lah episod menahan kesakitan yang teramat. Sepanjang hari, aku asyik rasa nk terkencing je. Tapi yang frust nya, kencing mcm xlawas. Rasa xpuas kencing, nk kencing lagi, tp xboleh. Rasa sakit. And tiap 5 minit, aku g toilet. Bayangkan, dengan aku yg xbrapa boleh nk jalan lg (sakit luka operate), tp aku paksa jgk jalan sbb nk g kencing (every 5 minutes!), but then bila sampai toilet, sekali lg ko frust sbb xdpt nk kencing. It continues on and on.. And I admit, aku mmg menangis dalam toilet.. sakit sgt. frust sangat. sampai ada satu masa... aku terfikir, aku dah xnk mengandung dah :((

Rutin dalam hospital, mcm biasalah, diorang dok cek2 aku lagi. tiap bape jam skali tah, amek blood pressure. pastu doktor dtg cek2 luka operate aku tu. pastu tekan2 perut aku sbb nk tgk rahim dah start kecut ke belum. Aku tgk org2 kt katil depan dan sebelah depan tu.. lek je tido. Aku pelik, diorang xsakit ke? diorang xrasa nk terkencing ke? apsal asyik2 aku g toilet. kejap2 aku lagi yg g toilet. sampaikan nurse2 kt situ dah cop aku ni patient yg paling aktif dalam wad. haha. And aku plak, xboleh lansung nk baring lagikan nk tdo. yelah, bila baring je, aku rasa perit and pedih sgt kt rahim tu. especially kt bhg dalam rahim. so nk xnk, aku mmg duduk je sepanjang masa.. :(

Safiyyah pulak mmg kuat minum susu. kejap2 kang, dia dah meragam nk minum susu. Mane lagi aku nk g kencing, mane lagi Safiyyah nk minum susu, mane lagi aku nk tahan sakit.. so nk xnk, aku harungi jgk la.. sabar.. And alhamdulillah jgk la Allah kurniakan aku ada susu yg banyak. So xde masalah sgt la Safiyyah yg kuat minum susu. And hikmahnya, eventho Safiyyah darah O, dia xkene jaundis (kuning) pun.. Alhamdulillah :)

Tapi malam tu, aku xtau kenapa Safiyyah meragam sepanjang malam. Kejap2 dia menangis, kejap2 dia menangis. And malam tu mmg aku sorang2 kena jaga Safiyyah and diri sendiri.. :( Bayangkan, aku yang asyik nk ke toilet, and safiyyah pulak nk susu. Sampai satu masa ni, aku nk terkencing sgt2, tp Safiyyah dah menangis2 minum susu. xkan aku nk kencing dalam seluar kn? So aku letak Safiyyah kt katil then aku g toilet. nk cpt pun xboleh, sbb aku jalan pun cm siput. slow sgt2 sbb sakit lg kan. Byk kali cmtu.Lepas tu datang sorang nurse ni marah aku, sbb letak Safiyyah tepi katil sgt. Aku diam je. Masa tu fikiran aku bercelaru. Aku xdpt nk fikir rasional dah. before tu, sorang nurse pun aku xnampak batang hidung yg dtg tolong aku. boleh tak kalau sorang je nurse, aku xmtk byk, tolong aku jagakn Safiyyah ms aku g toilet? itu je. mmg aku akui salah aku letak Safiyyah tepi katil sgt, but ms tu dgn sakitnye, dgn xdpt tdonye, dgn penatnye.. aku mmg xdpt nk pk betul dah.. so aku dah xhairan sgt dah if ada org yg meroyan lps bersalin kalau xkuat semangat, xigt Allah..

Ada satu masa ni, sbb Safiyyah asyik menangis je, datang sorang nurse.. aku igt dia nk tlg, rupenye dia dtg, just utk ckp "shhhhhhh.." suruh Safiyyah diam. Patut ke? Aku stress sgt2 masa tu.. Aku dah la xboleh tdo, Safiyyah meragam, perut sakit, asyik rasa nk terkencing. Diam2 aku menangis sorang2 mlm tu.. menangis kt katil sambil peluk Safiyyah..






**to be continued..**

5 comments:

Snazzy Naz said...

sebak rasa baca. hmm...tak ptt nurse2 ni wat camni. mybe, tht y ramai org taknak gi hospital gomen kot..sbb service yg sngt'tiptop' ni la.

hope dpt bersabar, Safiyyah akan jd anak yg solehah..InsyaAllah :) jgn smpai taknak mengandung lagi tau. :)

zunitaramli said...

ameennn~ thanks for the doa ye naz :) huu~ masa tu mmg rs mcm xnk mengandung dah :((( tp bila tgk safiyyah, rasa nk mengandung lagi la pulak. tp lepas ni xnk dah kt hosp gomen :(((

rabia-adawiah musa said...

kesiannya ita..baca pun cam dh bleh nak takut gak dgn pengalaman macam ni..sabar banyak2 ye ita..

Misz Ninie said...

salam ita.. i selalu follow ur blog... terharu pulak rase baca entry ni... pengorbanan seorg ibu...
i'm looking forward nk baca entry pasal berpantang pulak.. =)

Anonymous said...

salam ita..wktu lepas bersalin hr tu pon kite kene stay one night kat hosp..actually wktu mlm tu nurse x bnyk membantu sgt jgk..ade kkk len yg duk 1 wad tu yg bnyk tolong jgk bile tgk kite terkial2..mmg fhm sgt psl tu 1st time kite n bb je kan..really understand ape yg ita rse..huk2-atikah-