May 21, 2014

[TIPS] Pengurusan Kad Kredit dengan berkesan





Salam readers,

Lama rasanya xupdate blog ni. So harini nak update salah satu tips berguna untuk readers mengenai kad kredit (credit card). Actually xtau la tips ni boleh dikatakan berguna ke tak.. tapi benda ni lah yang saya praktikkan utk mengurus kewangan rumah :) Btw, saya adalah Menteri Kewangan rumah tangga saya. Hehe.


Bila sebut pasal kad kredit, mesti ramai mempunyai persepsi negatif kan. Contohnya:
1. Takut berhutang
2. Boleh overspend (perbelanjaan yg xterkawal)
3. Blacklisted - bila dah xdpt nk byr hutang
4. dan sebagainya





Tapi, pada saya dengan kad kredit ni saya boleh merancang perbelanjaan dengan lebih berkesan. Sebab:
1. Setiap sen perbelanjaan anda ditrack melalui Credit Card Statement/ boleh cek sendiri kat M2U/online banking perbankan anda
~ So pada saya cara ini sgt berkesan utk rancang perbelanjaan anda setiap bulan. Ada jugak org yang kata pakai cash pun boleh track flow duit, kita tulis/update perbelanjaan kita setiap hari kan. Well... pada saya hanya org yang rajin & konsisten je boleh buat mcmtu. Haha. Sebab saya pernah buat that method, mula2 rajin la kan.. bila dah masuk bulan ke 2..3..4.. buku catatan tah ke mana, duit pun dah kemana. Hehe

2. Anda dpt kumpul points 
~ Over the time anda boleh redeem hadiah best2 mcm TV, etc!

3. Some banks offer cash back & free petrol every month 
~ So byk dapat jimat kan?

4. Jika anda pembayar kad kredit yang baik (rekod baik) 
~ Mudah untuk anda membuat pinjaman perumahan/kereta/peribadi/etc :)





Bagaimana utk merancang penggunaan kad kredit?


1. Tentukan bajet bulanan anda yang anda akan guna utk kad kredit. 
Contohnya;
a) Petrol - RM300
b) Groceries - RM400
c) Susu & pampers anak - RM300
d) Shopping - RM500
So, dalam masa sebulan had utk anda membelanjakan kad kredit adalah RM1500 SAHAJA. Kalau anda ada allocate utk perkara lain, boleh tambah dalam bajet bulanan tersebut.

2. Belanja mengikut apa yang anda bajet SAHAJA. 
Contoh di atas, anda bajetkan perbelanjaan yang guna kad kredit utk Petrol, groceries, susu & pampers, shopping saja, jadi jgn la anda gunakan kad kredit utk bayar benda2 lain. Untuk mengelakkan anda overspend bajet ni, kena rajin sikit cek statement terkini anda secaara online. Kalau macam saya guna Maybank Credit Card, saya boleh cek terus melalui m2u. So anda tahu berapa bajet yang tinggal yg boleh anda belanjakan.

Statistik pembayaran kad kredit di Amerika

3. Bila payment day, terus BAYAR kad  kredit anda. 
Anda dah allocate bajet utk kad kredit (RM1500 utk contoh di atas) so xperlu risau lagi kalau overspend :) Jangan bayar SELEPAS due date jika tidak anda akan dikenakan interest, which is NOT favorable. Juga disarankan jgn bayar minimum amount sahaja. Anda dah allocate bajet, so jgn khianati bajet anda. Hehe. Menteri Kewangan kena jujur what allocated is what you should pay :)

4. Overspent?
Dont worry.. kira semula berapa yang anda terlebih belanja.. contohnya awal bulan anda allocate RM1500, tp terbelanja Rm1700, so terlebih RM200. So, jika anda perlu semak semula apa yang membuatkan terlebih belanja tu.. & bayar. Jika anda share perbelanjaan dgn suami, yang terlebih tu boleh bahagi 2 org  = RM100/person kena bayar. hehe

5. Pengurusan lebih efektif
Untuk pengurusan kewangan yg lebih efektif, anda boleh buat excel file utk anda track perbelanjaan bulanan & simpan Credit Card Statement for future reference. Sebab anda perbelanjaan yang anda xboleh nk guna kad kredit.. contohnya nk bagi duit kat parents.. takkan nk pakai kad kredit kan? hehe.. So kalau ada excel file ni, anda boleh listkan semua perbelanjaan bulanan kad kredit + perbelanjaan lain. Daripada excel file tersebut, anda boleh buat analysis perbelanjaan yang mana anda sepatutnya kurangkan, etc.. Over the time, kad kredit yang dipandang negatif boleh membantu anda jimat lebih lagi! :)




Disclaimer: Ini hanyalah tips panduan yang saya fikir & praktikkan sendiri. Artikel ini hanya sebagai perkongsian & panduan yang boleh diguna pakai jika ianya dirasakan bersesuaian.

No comments: