June 03, 2015

Europe Trip : Part 1 (Dreaming & Planning)

Disclaimer: All information in this blog is purely from blogger's experience & point of view. I will not be responsible for any unfortunate events might caused by using the information in my blog.

Note: This blog is written in mixture language - Malay & English. But I will try my best to keep consistency to use proper language at a time.


Assalamualaikum & Hello guys!

Maaf for keep you waiting untuk update blog pasal my Europe Trip haritu. Actually it took me sometime to think & gather all the info and arrange it properly in this blog so you can understand easily about the trip.

Okay, first and foremost my utmost reference is Khairul Abdullah's blog. Saya banyak ambil info yang sangat2 berguna dari blog ni, dari macamana nak plan, nak booking, nak buat the trip efficient dan sebagainya & saya sesuaikan dengan keadaan saya yang pergi with my family (2 adults, 1 kid 3yo).

Dreaming
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah memasang impian atau bermimpi untuk ke Europe. Why this is important? Sebab dari sini, kita boleh target negara mana yang kita nak pergi. Kena pasang impian, baru kita berusaha betul2 untuk kumpul duit dan pergi. Eropah negaranya dekat2, jadi alang2 dah sampai sana memang rugi kalau tak pusing sebanyak negara yang mungkin! Tapi harus diingat, mesti sesuaikan dengan keadaan masa tu, kita pergi dengan siapa dan sebagainya. Nanti sebabkan nak kejar lawat banyak negara, banyak tempat2 yg sepatutnya kita spend banyak masa, kita rugikan waktu tu. Memang rugi!

London. Sumber: Google
Jadi, saya pada awal lagi (sejak kecil) memang dah bermimpi nak pergi Europe, London especially. Why? Sebab masa tu banyak tengok kat TV so sangat teringin nak pergi sana. Jadi bila dah besar keinginan tu makin kuat dan saya berusaha utk merealisasikan impian tu.. Alhamdulillah, I did :) Jangan malu2 nak bermimpi, pasang impian & usaha! Di rumah saya memang ada peta dunia yang saya tampal di dinding. Setiap hari tgk world map tu dan angan2 nak pergi tu makin kuat alhamdulillah seiring dengan usaha saya.


Planning

i) What to have
Sebelum ke luar negara, kena la ada perkara2 berikut:
a) Passport (sangat penting!) - dengan 6 bulan sebelum expiry
b) Travel insurance, especially jika anda ke Perancis. Sebab Perancis mewajibkan anda mempunyai travel insurance. Boleh beli sendiri di website AIG.
c) Bebas CCRIS - boleh cek di website. Make sure nama anda tak di black list. Tak pasal2 terkandas kat airport nanti
d) Duit yang mencukupi
e) Camera! 


ii) Countries to visit

Route yang saya lalui semasa Europe Trip tempohari. Sumber: Google Maps

So bila dah bermimpi, of course kena plan. Europe Trip saya tempohari, saya ambil masa 14 hari untuk travel ke 6 negara, 8 bandar di Eropah:
a) London, England
b) Paris, Perancis
c) Jungfrau, Switzerland
d) Zurich, Switzerland
e) Frankfurt, Jerman
f) Amsterdam, Holland
g) Keukenhof, Holland
h) Brussels, Belgium

Kenapa saya pilih negara2 ni?
a) Location - Geopraphically negara2 ni dekat2, so memang jimat masa kalau anda nak travel sebanyak negara yang mungkin dalam waktu singkat
b) Attraction - Kebanyakkan negara yang saya lawati ni memang banyak top attraction yg must-see in my list lah. Jika anda prefer yang lain, myb itinerary anda boleh ubah yang lain.



iii) Mode of Transport
Saya pilih untuk menaiki motorhome. Pada yang tak tahu, motorhome adalah kenderaan seperti lori yang di dalamnya ada katil, bilik air, toilet, shower, sinki, dapur, meja makan & peralatan lain seperti berada di dalam rumah bergerak. Ramai sebenarnya nak tahu pengalaman pasal motorhome ni sebab motorhome sangat rare kat Malaysia kan. Tapi di Europe countries, motorhome adalah benda yang sangat common. Anda boleh nampak motorhome/caravan di mana2.
Motorhome yang saya gunakan semasa Europe Trip tempohari. Discovery 10. Photo: Website Motorhome Republic


Well, susah nak cakap it's a good choice or not coz it depends on your needs. Ada pros & cons sebenarnya guna motorhome ni.

Motorhome: Pros & cons

Jadi, kenapa saya pilih motorhome instead of flight, train, car, bus?
Sebab:
a) Saya ada anak kecil (umur 3 tahun), so saya perlukan keselesaan untuk dia sebab travel lama & panjang.
b) Saya perlukan dapur untuk mudah masak. Susah nak cari makanan halal kat Eropah, unless kalau gigih nak google la. Hehe
c) Ada toilet, so kalau anak saya buang air kecil/besar ke senang nk basuh. Tak payah susah2 cari toilet. Hehe.
d) Fleksibel. Travel dengan budak kecik memang kena fleksibel. Tak perlu nak booking hotel bagai, saya boleh bergerak dari 1 tempat ke tempat lain ikut masa saya sendiri.

Jadi kalau dilihat kebanyakan reason adalah sebab anak kecil saya. Hehe. Jadi kalau anda travel tiada anak kecil elok travel pakai kereta lagi ( my suggestion la). Tapi kalau rasa nak experience naik motorhome, boleh je xde masalah. Best pun best jgk!! :D


How to Book Motorhome
Motorhome ni pun ada banyak jenis. Ada yang manual, auto, ada untuk 3 orang, 4 orang, 8 orang, ada yang tak ada toilet & sebagainya. Jadi harga pun berbeza ikut facilities yang anda pilih.

Saya sewa from the Motorhome Republic website. Boleh ikut je instruction kat situ :)

Untuk Motorhome yang saya sewa, nama 4-Berth Motorhome Discovery

With the motorhome in Switzerland


Facilities dalam motorhome seperti berikut:
Photo: Website Motorhome Republic

Photo: Website Motorhome Republic

Photo: Website Motorhome Republic
View from the main cabin. Photo: Website Motorhome Republic

Toilet. Photo: Website Motorhome Republic

Dapur & Sink. Photo: Website Motorhome Republic

Satellite TV. Photo: Website Motorhome Republic

Katil double kat belakang motorhome. Photo: Website Motorhome Republic

Dining table. Photo: Website Motorhome Republic

Motorhome Rental Price
Untuk facilities yang lengkap mcm saya booking, harga sekitar RM466/sehari. Tapi saya dapat FREE 1 hari sebab booking lebih seminggu. So saya booking 10 hari, means bayar 9 hari sahaja. 
Motorhome Rental: RM466 x 9 hari  = RM4194


Additional Rental Price
Jika anda ada anak kecil, boleh sewa child seat jugak (wajib pakai pakau drive di Europe) harga 15 pound (RM85) sekali sewa. 
Kalau katil nak ada alas tilam, selimut & bantal pun boleh sewa juga dengan rate 40 pound (RM225) sekali sewa. 
Satellite GPS pun wajib juga sewa, kang sesat xjumpa jalan balik pulak :P Harga 3 pound/day (RM17/day). 
Kalau nak lagi selamat, boleh bayar untuk insurance windscreen pada harga 8 pound/day (RM45/day). Untuk kadar sewaan biasa yang kita bayar tu memang dah ada insurance, tapi windscreen xtermasuk.


Total spending for Motorhome
Motorhome Rental: RM466 x 9 hari  = RM4194
Child seat: RM85
Set bantal, selimut, alas tilam: RM225
GPS: RM17 x 10 hari = RM170
TOTAL: RM4674



iv) Flight
Untuk flight yang long haul (saya landed di London Heathrow), ambil masa 12-14 jam depends on the carrier. Sebabkan perjalanan yang lama, saya telah pilih utk naik Emirates which I think a good decision. Emirates ambil masa 14 jam in total KL-London, transit di Dubai 2 hours, so total 16 jam.

Emirates Airbus A380. Flight 2 tingkat! Photo: Website Emirates


Kenapa saya suka dengan Emirates?
a) Flight yang besar dan selesa - Ini sangat2 penting jika anda travel jauh, so that nanti xde lah penat sangat bila sampai destinasi. Flight bound Dubai-LHR 2 tingkat tau, memang beeeesar sgt!
b) Entertainment - Emirates terkenal dengan world class entertainment. Memang sgt2 best. Beratus2 movie, drama, lagu anda boleh pilih & ada internet jugak on board! Anak saya pun leka dengan disney junior sampai xsedar dah sampai London! Senang travel dengan budak. Hehe
c) Makanan - emirates sangat banyak makanan. I mean, sangat sangat banyak. Sampai tak termakan. So memang takkan rasa lapar 16 jam tu. Penuh dengan makanan.
d) Comfort kit - Disediakan bantal & selimut. Untuk budak ada siap bagi mainan lagi, pencil warna, buku, beg, selimut & anak patung, buku conteng, dan banyak lagi. Memang leka la anak saya dalam flight tu.

So, even travel 16 jam pun xrasa lama tau! In fact rasa mcm sekejap je dah sampai.. sebab movie ke-4 xsempat habis. haha. Entertainment dalam Emirates memang sgt win la. highly recommended!

How to Book Flight & Price
Ada banyak airlines yang tawarkan route KL-London. So depends on bajet masing2. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada servis bagus, ada yang biasa2 je.

Saya book Emirates melalui website Emirates. Masa tu saya beli time promosi. Harga paling murah boleh dapat as low as RM2100 (pergi balik KL-LHR) kelas ekonomi untuk dewasa. So kena pandai cek time promosi.Untuk dapat harga macam ni kena booking setahun awal lah. hehe

Flight ticket KL-LHR (Emirates - economy class)
Dewasa x2: RM2681x2
Kanak2: RM1806
Total: RM7168


v) Total spending for now

Motorhome (Rental, GPS, Bedding, Child seat): RM4674
Flight (2 adults, 1 child): RM7168
Travel insurance (2 adults, 1 child): RM275
TOTAL: RM12,117

InshaAllah for next part, saya akan tulis in details what else you need to have in the plan. Tak habis lagi ni.. Where to stay, where to stay with motorhome, etc..



To be continued..

PS: Any question, feel free to email me zunitaramli@gmail.com

No comments: