June 05, 2015

Europe Trip : Part 2 (Planning & Background Information)





Disclaimer: All information in this blog is purely from blogger's experience & point of view. I will not be responsible for any unfortunate events might caused by using the information in my blog.

Note: This blog is written in mixture language - Malay & English. But I will try my best to keep consistency to use proper language at a time.

Read the series before: 
Europe Trip : Part 1 (Dreaming & Planning)

Assalamualaikum & Hello guys!

Nak sambung pasal Europe Trip haritu.. still about the planning & some background info that I think might help you if you are planning to do the Europe Trip as well.

Well kalau yang dah baca entry lepas dah setel pasal flight ticket, travel insurance & mode of transport kan (which I chose to use motorhome), so in this entry I will write in detail about the motorhome & the things that you need to know about it.

i) About the Motorhome
a) Facilities
Basically, motorhome yang ada kemudahan bilik air akan ada 2 jenis tangki:
- Tangki air bersih (Fresh water)
- Tangki air kumbahan (Grey water)

Untuk motorhome yang kami sewa tempohari, isipadu tangki Fresh water 100L, grey water pun 100L. Ikut pengalaman saya 10 hari guna motorhome tu, isipadu 100L tu kalau guna jimat2 (utk 2 adults, 1 kid) boleh tahan paling lama 2 hari setengah. Kalau anda boros guna air, memang sehari je tahan air tu. Oleh yang demikian, memang kena berjimat la guna air. Kalau dah habis memang kena topup air tu balik.

Fresh water tank. Source: Google


Same goes utk Grey water tu. Biasanya kalau fresh water tu penuh, grey water tu akan kosong. Kalau fresh water tu kosong, grey water tu akan penuh. Sebab.. semua air yang anda gunakan tu akan masuk ke dalam tangki grey water. Oh yes, untuk kosong kan grey water, anda TAK BOLEH buang suka hati kat mana2 tau. ee.. busuk la. Macam ala2 air indah water gitu. Haha. Grey water MESTI dibuang dekat dump site yang di approve untuk grey water, which is selalunya paling mudah kat camping site.

Draining grey water tank. Source: Google

Macamana nak tahu paras air kat dalam tangki tu?
Dalam motorhome, ada papan elektronik yang memaparkan paras air dalam tangki. Kalau dah 0% kat fresh water tank tu, maksudnya kena isi la. Begitu juga dengan grey water, kalau dah 100% tu, kena kosongkan la. 

b) Memasak dalam motorhome
Sounds fun, right? Macam cool je kan.. masak dalam motorhome & yes, it is! Saya memang sangat enjoy masak dalam motorhome. Rasa masak dlm rumah je. Hehe. Dalam motorhome yang saya sewa, ia menggunakan LPG gas 14kg. Gas ni guna utk masak & juga sebagai heater utk musim sejuk. Dont worry, 14kg ni boleh tahan lama.. berbulan inshaAllah. Anda cuma perlu topup penuhkan masa return motorhome je (memang rules dia kena penuhkan gas tu balik).

Cooking in motorhome. Source: Google

Waktu kenderaan berjalan, anda TAK BOLEH masak tau. Jangan pulak ada yang seronok masak speghetti time motorhome tgh berjalan. Ada yang terbakar sekali dengan speghetti tu kang. Hehe. Time kenderaan berjalan, segala benda (gas, air) hendaklah di off kan. Means, tak boleh guna. Ini untuk tujuan keselamatan.. 

Oh yes, motorhome yang saya sewa tu, semua peralatan memasak dah disediakan. Periuk, cerek, senduk, sudu, cawan, etc! Peti ais pun ada tau! Best2. Hehe. 

c) Bermalam dengan motorhome
Dengan menggunakan motorhome, jangan ingat anda boleh berhenti kat mana2 dan tidur! Memang cari nahas tu. Hehe. Kat Europe anda tak boleh park sesuka hati anda, sebab anda boleh disaman! dan agak bahaya juga kalau main berhenti tepi jalan & tidur situ kan.. tak pepasal kena rompak ke apa.. bahaya tu.

Camping Jungfrau, our rented camping site :)

Camping Jungfrau view. Cantik kan? :)
So, untuk motorhome, anda boleh tidur di Camping site. Ada beratus2 camping site kat Europe ni. Pilih je nak yang mana. Harga pun beza2 ikut tempat. Facilities tiap camping site pun beza2. Camping site ni bukan untuk motorhome je, untuk orang yang bercamping yang guna tent pun boleh stay situ.. Hostel pun ada jugak kt situ which is much cheaper banding hotel/motel. Hostel kat camping site ni more to budget accomodation with great facilities la.

Harga untuk motorhome (which varies with your motorhome size jugak) around 20-30 euro/night (RM83 - RM125). Dekat camping site ni ada banyak facilities macam fresh water (boleh topup motorhome punya fresh water kat sini jugak), dump site utk grey water, shower room, dan sebagainya. Nanti saya cerita detail pasal camping site pula. 

d) Lesen memandu motorhome di Europe
Jika anda warganegara Malaysia, memiliki lesen memandu penuh yang TERBARU (yang ada english sekali tu), bukan lesen P ye, so anda BOLEH memandu di Eropah tanpa lesen antarabangsa. Tapi kalau umur bawah 25 tahun, kena ada extra document jugak kalau xsilap.. sebab motorhome ni besar, so bukan sebarangan orang boleh bawak dengan OK.


ii) Memandu di Europe & Cabarannya

a) Driving side
Untuk pengetahuan, hanya di England saja driving side sama seperti di Malaysia. Jadi, jika anda travel ke tempat lain seperti ke Perancis, Jerman & sebagainya, anda perlu drive secara terbalik, iaitu drive di sebelah kanan jalan. Hati2 juga kalau masuk bulatan (roundabout) sebab anda akan masuk roundabout secara terbalik, iaitu ikut arah pusingan jam (biasa kat Malaysia arah lawan jam sebab kita drive belah kiri jalan). Kebiasaanya, cuma ambil masa 3-4 jam untuk biasakan diri & minda kita dengan driving style ni..inshaAllah bila dah lama2 makin OK.

Signboard reminder about the driving side. Source: Wikipedia

b) Signboard
Signboard di Eropah sedikit berlainan dengan di Malaysia. Kalau di London misalnya, they use yards instead of meter, mile instead of KM, dan banyak lagi. Tapi generally rules nya sama je. Kalau anda dah masuk negara yang non-english speaking, memang berpinar sikit la mata baca signboard. Hehe. Itulah gunanya ada GPS. Sangat amat terlalu lah membantu. hihi

Jika di Switzerland, kenderaan diWAJIBKAN untuk memasang head lamp ye. Kalau anda tak pasang, ianya satu kesalahan & boleh disaman! Dan memang semua kereta kt Swiss pun pasang.. jadi anda jangan lah jadi 'otai' plak tak nak pasang kalau drive kt sana. hehe. I am not sure why, but I think sebab kat Swiss mmg banyak terowong2 mcm SMART TUNNEL tu. And panjang2 plak tu. kekadang sampai 5-10km terowong . huu. So memang make sense utk pasang lampu, even dah lepas keluar terowong pun xboleh padamkan tau. 

c) Toll
Kebanyakan highway kat Europe ni toll-free ataupun dalam bahasa mudahnya FREE. tak payah bayar pun. Hehe. Tapi ada certain part yang ada toll. Dan kebiasaanya, toll ni guna mesin, xde orang nak sambut2 duit tu. Jadi, kena baca betul2 instruction nak bayar toll tu, jangan jadi mcm saya tempohari di France, tersilap tekan kena bayar pakai card plak, aduh! Nasib iols boleh speaking French sikit2, hehehe. Minta tolong orang toll (tekan butang "Aide" means Help in French) so orang tu datang setelkan masalah toll kitorang. Hihi

Nak bayar toll ni pun cabaran juga. Jika anda sewa kereta di London (drive at right side) dan anda bawa kereta ke France (sepatutnya drive at left side), anda akan ada masalah nk bayar toll. So make sure ada orang sebelah anda utk tolong bayarkan toll, kalau tak jenuh driver nak hulur tangan panjang2 bayar duit toll kat belah kiri tu. 

Dan juga kalau drive di highway Jerman, takde speed limit tau. Boleh bawak speed laju2 pun xpe :)

d) Congestion fee
Especially kat London, ada congestion fee. Kawasan congestion fee ni kat tengah2 bandar London. Kena alert anda lalu kawasan ni ke tak, sebab TIADA sebarang border pun area ni cuma ada signboard je. Jika anda masuk kawasan congestion fee, anda WAJIB bayar 2.50pound tak silap (around RM15) online kat website . Jika tak bayar dalam masa 24 jam dari masa anda lalu tu, anda boleh dikenakan denda up to 60 pound! (RM340). So dari kena bayar RM340, baik bayar Rm15 je kan? Heheh.

Congestion area London. Source: Google

I think all the info that I wrote is enough untuk memulakan journey Europe Trip. InshaAllah in the next entry, saya akan cerita in details about our itinerary pulak.. Sekian.


iii) Total spending for now

Motorhome (Rental, GPS, Bedding, Child seat): RM4674
Flight (2 adults, 1 child): RM7168
Travel insurance (2 adults, 1 child): RM275
TOTAL: RM12,117


To be continued..

 PS: Any question, feel free to email me zunitaramli@gmail.com

No comments: