July 08, 2015

Europe Trip: Part 8 (Day 6: The Journey to Paris!)

Disclaimer: All information in this blog is purely from blogger's experience & point of view. I will not be responsible for any unfortunate events might caused by using the information in my blog.
 
Note: This blog is written in mixture language - Malay & English. But I will try my best to keep consistency to use proper language at a time.
 
Read the series before: 
Europe Trip : Part 1 (Dreaming & Planning)
 
Europe Trip : Part 2 (Planning & Background Information)
   
Europe Trip: Part 3 (The Journey)   
Europe Trip: Part 4 (Day 2: Stamford Bridge Stadium) 
Europe Trip: Part 5 (Day 3: London City Tour) 

Europe Trip: Part 6 (Day 4: London City Tour II)  
Europe Trip: Part 7 (Day 5: Day Trip to Stonehenge)

Salam & Morning people :)

Today nk sambung our Europe Trip Journey :). Day 6. We started to explore outside London - going to Paris. So basically Day 6 ni memang dalam kereta/motorhome je the whole day. But great experience!

5 May 2015  
Itinerary:    
On the road - travel to Paris with Motorhome

Memandangkan perjalanan agak jauh utk today's itinerary so kitorang bangun & siap awal. Today's journey utk ke Paris sahaja dlm 6 jam, tapi mesti ada delay sikit sebab kitorang naik Euro Tunnel.. So total dlm 12jam perjalanan jugak laaa.. fuhhh. 

Perjalanan utk harini
Since we had planned to travel Europe by motorhome, so kitorang kena pick up motorhome kat depot dia di Redhill Farm, which is in north London. Memang jauh la dari tempat kitorang stay tu. Tak terfikir pulak masa memula tu. Ingat nak gamble je naik train utk pick up motorhome. Tapi memandangkan barang masa shopping kat Harrods, Stamford Bridge Stadium, pun memang dah berbag2.. di tambah pulak dgn stroller, susu & pampers Safiyyah.. fuhh memang berpeluh jugak kalau nak naik train tu.

Motorhome Pick up

Bila cek2, naik train pun nak kena booking. Sebab train tu mcm express train. we just checked the night before! Memang nightmare betul. Kalau nk beli ticket tu on the spot, menangis nk bayar sebab mahal sgt. Haha. Last2 we decided utk ambik taxi je utk ke Redhill Farm (Motorhome depot). Nak cari taxi murah.. call punya call.. dapat la yang 80 pounds (RM471) utk ke sana. Kitorang guna website minicabster ni. Kalau lain memang mahal, ada dlm 160pounds (RM942) pun ada! Sebabkan ni mmg impromptu punya plan, nk tak nk, terpaksa la bayar.  

Jarak perjalanan dari Fulham (tempat kitorang stay) ke Redhill Farm tu sejam jugak la.. Barang kitorang masa tu ada dlm 5 beg besar kot. Tambah stroller & 2 beg pack. hehe. Nak cepat & convenient mmg tutup mata je la bayar cab tu. 

Journey to Redhill Farm utk pick up Motorhome

After saying goodbye to our homestay host, Sylvan, we went stright to pick up the motorhome. Masa bertolak tu around 11am jugak la. So expected sampai Redhill Farm around 12-1230pm, depending on the traffic. But kitorang boleh pick up the motorhome pukul 3ptg sbrnya.. Tapi saje dtg awal.. buatnya sesat ke..ape ke.. naye je kan. 

Sampai Redhill Farm around 1215pm cmtu.. Sampai2 je, kitorang buat registration.. Lama jugak la kat situ. Ingatkan around 2pm boleh la terus drive, sebab nk kejar sampai Paris awal. Tapi.. memang lama juga, sebab nak pick up tu mcm2 la diorang cek, driving license, passport, booking dah bayar ke belum, deposit utk insurance pun kena bayar jgk time tu 500 pounds xsilap. Tapi kalau xde pape accident yg kita xclaim deposit tu, diorang xkan tolak pun duit tu. Then diorang cek motorhome tu betul2 ok & bersih masa bagi tu. Tunjuk cara nk bawak etc la. Tu yang buat lama tu. Last2 pukul 3pm jgk kitorang gerak. 

The journey from Redhill to Folkstone

Cuba bayangkan kalau kitorang sampai tepat pukul 3pm.. pukul 5-6pm laa baru drove out from the depot kan. Sampai Paris xtau la pukul berapa. Huuu. For details pasal booking & motorhome ni, boleh refer my previous post kt sini ye.  

Euro Tunnel

Utk ke Paris, TIADA jambatan yang menghubungkan England & France ye. That was my mistake simply assume ada jambatan. Haha. Sekali TAK ADA! Nasib my husband told me few days earlier.. Kelam kabut jugak cari jalan mcmana nk travel ke Paris. Rupanya utk land vehicles, diorang kena guna Euro Tunnel. 

What is Euro Tunnel?
(French: Le tunnel sous la Manche; also referred to as the Chunnel) is a 50.5-kilometre (31.4 mi) rail tunnel linking Folkestone, Kent, in the United Kingdom, with Coquelles, Pas-de-Calais, near Calais in northern France, beneath the English Channel at the Strait of Dover. At its lowest point, it is 75 m (250 ft) deep. At 37.9 kilometres (23.5 mi), the tunnel has the longest undersea portion of any tunnel in the world, although the Seikan Tunnel in Japan is both longer overall at 53.85 kilometres (33.46 mi) and deeper at 240 metres (790 ft) below sea level. The speed limit in the tunnel is 160 kilometres per hour (99 mph) . Source: Wikipedia

Dalam motorhome. Abaikan muka serabai tu. Heheh

Sambil baca surat khabar. Dalam Eurotunnel. Motorhome mmg bersepah. Haha

Dalam Eurotunnel time ni

Dalam Eurotunnel jugak

Senang cakap, Eurotunnel ni mcm SMART TUNNEL kt KL tu. Haha. Tapi.. kereta bukan kita bawak sendiri, but kereta akan masuk dalam gerabak keretapi, and gerabak tu yang akan jalan sendiri. Kita duduk dalam kereta diam2 baca surat khabar ke apa ke.. Hehe.

Euro Tunnel ni ticket kena beli kt website. Lain masa, lain harga. Kalau awal boleh dpt harga promo. Ada banyak jugak pakej2 yang disediakan utk frequent traveler & sebagainya. Memandangkan kitorang pun tau last minute pasal benda ni.. so kitorang dapat harga yang xberapa nk murah la. So kitorang booking pukul 6:50pm , 5 May (hari yang sama). Tu departure time la, tapi check in close pukul  6:20pm. But in case anda sampai awal & ada kekosongan dlm gerabak tu, anda boleh je masuk time tu. But max 2 jam earlier la. For free, tanpa perlu bayar extra. 

Anyway, kitorang booking ticket Eurotunnel kat website Eurotunnel. Eurotunnel kalau kat England port dia kat Folkstone, kalau Paris kat Calais. Utk balik pun kitorang dah pre-book, 13 May, 8:50pm. 
Harga the best yang kitorang dapat utk pergi 95pound (RM560), balik 92pound (RM542) .

Experience naik Eurotunnel memang 1 in a million I would say. Memang excited sebenarnya nk masuk Eurotunnel ni dengan motorhome plak tu. Sebab just imagine, u went under the sea tau. Bawah landasan laut tu. Dengan tekanan laut & been there for at least 40 minutes. Bila keluar je, u dah kat negara lain. Doesnt it cool? Hehe. And honestly, memang sgt2 best!

Oh yes, masa tu memang risau jugak.. sebab motorhome yang kitorang guna ni ada LPG gas (utk masak & heating), memang risau sgt2 xlepas masuk tunnel tu. Kalau xlepas... memang nangis je laaa kat situ. T_T. But alhamdulillah Allah permudahkan, boleh je sebenarnya, but ada some restriction la. So far our motorhome tu ok je, xmasuk dlm restricted quantity tu. So yeah, so far so good :)

Kitorang sampai Folkstone memang around 530pm cmtu la. Tunggu sekejap je then dah terus masuk tunnel..

Paris... Here I come!

 After 40minutes under the sea... we were in France!! hehe. Excited sampai France sebab tgk signboard ada yang xpaham. Baru rasa alienated sikit. And drive pun automatik berubah ye. Kena drive kt right side of the road. Mindset automatik kena tukar utk drive. Kang xpasal2 accident, lain pulak cerita. 

Sampai Calais (port keluar tunnel tu), husband mmg dah agak penat sebenarnya.. Ye lah, few hours drive xrehat kan.. Then sampai RnR, kitorang stop & topup makanan sikit. aaa.. xigt RnR in France diorang panggil apa. Aire de "nama tempat" xsilap. Contoh mcm Aire de Calais. means tempat rehat Calais. Tak silap laa.. Pastu kalau drive kat highway France ni memang akan hafal perkataan "Sortir" means Exit. Haha. sebab banyak kali jumpa time drive kat highway tu :P


Another 3 hours to Paris

Sampai France sebenarnya dah pukul 7 cmtu. Tapi time tu cerah lagi.. Memang suka sgt tgk permandangan kt France. Memang lain dari London, French style la kan. Kalau kt London, British style. Yang best nya time tu hujan renyai2 sikit.. dapat tgk double rainbow yang beeeesaaar sgt!! Sgt2 clear & mashaAllah cantik sgt2. Tak pernah tgk double rainbow sebesar & seclear cmtu. 

Separuh je dapat snap. Rainbow was too big xmuat screen -.-'
video

Tapi that time kitorang mmg penat sgt2 dah. Sebab seharian on the road kan. Safiyyah dah selamat tidur kat katil belakang (that's the convenient naik motorhome, boleh tidur selesa kalau long journey). Saya pulak mmg ngntuk sgt nk tidur, tapi kesian kan husband yang sorang2 drive ngntuk2 tu. Tapi at last "tumbang" jugak la kejap, setengah jam cmtu. Haha. 

Husband punya ngntuk, few times terlanggar tepi jalan punya line putih tu. Oh yes, in France line tepi putih tu diorang buat "bergetar" sikit, means kalau terlanggar line tepi tu mmg bergegar la keta. Haha. Bagus jgk ada tu sbnrnya, orang lebih aware kalau ngntuk. Hehe.

Yang xboleh lupa masa nak bayar tol kat France. Memandangkan motorhome kitorang sewa kat London, so driving side dalam kereta dia belah kanan la kan. But tol tu belah kiri.. (sebab driving side dalam kereta belah kiri), so mmg co-driver la kena bayar tol. Haha. Masalahnya time tu.. xpaham French. Oh yes, tol dia guna mesin bukan orang.. so pepandai la nk hidup kalau xreti French. Adeh. 

Saya time tu memang main tekan je.. Tekan2 sekali kena bayar guna card plak. Ahh sudah, celah mana nk carik card ni. Nasib faham sikit2 French, nampak button "Aider" means Help in English. So tekan butang tu.. orang yg jawab tu plak ckp French. Tunggang tebalik jgk nak ckp French after 5 years tinggalkan French! Haha. Yang saya boleh ckp.."excuse-moi, I need help". Haha! Orang tol tu mmg dah paham sgt ni, so dia datang.. masalahnya dia pun xfaham sgt English, so mmg guna sign languange la :P Nasib dia paham yang saya tersilap tekan, nk bayar cash tapi tertekan card. So dia buat apa tah ngn mesin tol tu.. then kitorang pun lepas.. Hihi. Oh yes, bayaran tol tu 30euro (RM126) xsilap. 

Paris - First Pit Stop for Europe Trip with Motorhome

Dengan drive ngntuk2 tu, at last sampai jugak kitorang kat Paris. Tapi kitorang sampai tu almost 12tgh malam! Nak cari campsite pulak another story. Actually I booked the campsite online kt website Homair ni.  I chose this place sebab campsite ni paling dekat dengan Paris city. So senang nk travel ke Paris esoknya nnt. 

Tariff camping site Homair Paris
 Harga camping site ni ikut season, kalau low season mmg murah la sbb time tu biasanya winter, orang xberjalan sgt. Kalau time peak season (summer) mmg mahal. Masa pergi haritu mid-season, so harga sedang2 je. Hehe.

Kitorang stay kt situ 2 malam, so ikut tarif ni (Middle season):
Camping-car x 2 nights: 53 euro
Electricity x 2 nights: 7.4 euro
Booking fee: 10 euro
Tourist tax: 1.6 euro
TOTAL: 72 EURO (RM301)

Okay la kan, RM300 utk 2 malam. Electric, air semua ada. dekat dengan city plak tu. Hehe. Kitorang booking ikut website dia. Bayar pun guna credit card kt website tu. Memang convenient :)

Yang tak boleh lupa tu, masa kitorang sampai Paris tu memang melilau cari camping site ni. GPS kata dah sampai tapi xnampak pun mana pintu masuk. Mungkin juga dah gelap xnampak atau jugak sebab dah ngntuk gile. Haha. Pusing punya pusing, masuk jalan sempit.. Ya Allah.. memang mencabar betul. Sebab style kat Paris ni plak.. jalan sempit2, dah la sempit.. kereta parking kiri kanan. kereta parking rapat2 plak tu. Dah la bawak motorhome.. besar mcm lori kan, first time pulak bawak kat Paris, denagn jalan sempit. memang mencabar skill driving betul. Nasib xde pape.. Cuak jugak kalau tercalar kan kereta orang. adehh. 

Pusing punya pusing (few times jugak), last2 sampai jugak kat Camping site tu. Tersorok rupanya, kalau malam memang logik la xnampak, if siang myb lebih mudah nak cari. Memandngkan kitorang sampai tu pun dah 12 lebih tgh malam.. pak guard tu dah tido pun. Haha. Masa kitorang masuk tu.. pak guard tu xperasan.. Tapi kitorang xtahu nak park mana kan.. then agaknya pak guard tu terjaga, dia datang kt kitorang.. 

Pemandangan kt Camping site Paris

Pemandangan kt Camping site Paris

Pemandangan kt Camping site Paris

Masalahnya dia ckp French, kitorang plak ckp English. Mmg mcm ayam dengan itik la ckp. Memasing xpaham. Haha. Memandangkan dulu pernah la belajar French few years kt sekolah & uni, I still can understand some of the words & bole la reply sikit2 & guess dia ckp apa. Haha.. 

After few conversation "ayam itik" tu.. kitorang pun selamat la register masuk.. Sebabkan terlalu penat.. so kitorang pun terus siap2 & tidur :)
.
First night tidur dalam Motorhome. Not bad.. Good night Paris :)

Total spending for now

Motorhome (Rental, GPS, Bedding, Child seat): RM4674
Flight (2 adults, 1 child): RM7168
Travel insurance (2 adults, 1 child): RM275


Day 1
Cab rental Airport - Homestay: RM220
Homestay London (5 night): RM1295

Day 2  

Stanford Bridge Stadium Tour (2 adults) : RM196 

Day 3
Octopus card (+ reload 10pound) x2 : RM177.50
 

Day 4
Shopping spree

Day 5
Car rental: RM289.50
GPS: RM88
Car park Stonehenge: RM30 
Minyak: RM119
Total Day 5: RM525.50 

Day 6
Taxi to Redhill Farm: RM471

Eurotunnel (Folkstone - Calais): RM560
Toll in France: RM126
Minyak: RM210
Camping site Paris: RM301
Total Day 6: RM1668


TOTAL: RM16,200



To be continued..

PS: Any question, feel free to email me zunitaramli@gmail.com

 
 

 

2 comments:

PENQ89 said...

salam kak, nk tnya..yang Eurotunnel tu booking hrga tu ikut kereta kan? bukan ikut by person kn?

Zunita Ramli said...

@PENQ89 Wsalam sis, yes ikut kereta :)