July 13, 2015

Throwback: Pengalaman Beraya di Melbourne & Tokyo

Salam & morning people,

Memandangkan nak Raya ni, so mood pun raya la jugak kan. Teringat masa few years back beraya di Australia & Jepun. So nak share experience tu kat sini.. Jika suka, boleh teruskan baca.. Jika tidak, baca jugak ;p Haha

Raya di Melbourne, Australia

I studied in Melbourne, Australia for 4 years (doing my degree in University of Melbourne). Ramai yang mistaken me as studied in Japan. Well bukan sebenarnya, my husband yang study di Jepun but me myself did my degree in Melbourne, Australia. How we met? Boleh la baca entry ni (Sambil sipu2 malu).

Saya experience raya di Melbourne ni 4 tahun berturut2. Memang masa belajar tu, xbalik lansung time raya mainly sebab xde cuti. Kelas berjalan seperti biasa & even pernah ada tahun tu siap ada exam lagi pagi raya!

Dekat Melbourne memang ramai orang Melayu Malaysia. Boleh dikatakan wujud la komuniti Melayu yang ada tinggal menetap & bekerja pun kt sana. Undergrad & postgrad students pun ramai. Kalau jumpa orang Melyu tu, mcm rasa xheran sgt la sebab dah ramai sgt kat sana sampai xterkenal pun semua org kt Melbourne tu. Hehe

Majlis Buka Puasa

Biasanya, kalau bulan puasa memang banyak sgt orang buat majlis buka puasa. Even time tu kitorang xde pun rasa buka puasa kat hotel2 mewah (mcm kat Msia ni), tapi boleh kata every day ada je yang buat majlis buka puasa & jemput datang. So bulan puasa ni memang bulan yang menjimatkan la sebab xbanyak spend beli makanan buka :P Dah la menu diorang masak best2, hihi. Biasa masakan malaysia la, ye la kalau stay oversea memang boleh menangis kalau jumpa masakan malaysia ni. Haha. Menangis terharu. ekeke. Lepas buka puasa sama2 biasanya akan terawih sama2 kt situ. Time ni lah nak rapatkan ukhwah lagi, kenal2 senior, junior.. dan rakyat2 Malaysia kat sana.


Ni first year, muka pun noob lagi. Haha. Beraya kt Windsor I think, dekat2 dgn Malaysian Hall
But sad to say, kalau kat Msia memang jarang sgt org jemput datang berbuka sama2 kt rumah kan.. mmm.. maybe sebab bz kerja kot masing2 :)

Then Malaysian Hall memang hari2 buat Majlis Buka Puasa & Terawih ni. Tapi sebabkan Malaysia Hall agak jauh dari rumah (time tu saya stay di Parkville, Malaysian Hall kat Windsor - around 40mins kalau naik tram), jadi biasanya kalau ada kelapangan je saya pergi Malaysian Hall. Ye lah, time tu jadual kelas pun agak padat, mana yang xde kelas sampai lewat petang boleh la pergi Malaysian Hall kan. Best kalau pergi Malaysian Hall, jumpa lebih raaaaaaaaaaaamai orang Malaysia & embassy. Hehe

3rd year, ambik gambar depan area rumah kat Parkville

With my best buddies, depan Malaysian Hall. 3rd year

Malaysian Hall

Kuih Raya

Disebabkan kitorang ni memang jauh di perantauan, so memang xterasa pun suasana nak raya tu. Even siap busy dengan kelas, assignment, test, exam. Kalau xbuat effort utk rasa suasana tu, memang xtau dah raya! Haha

Biasanya, kitorang pasang lagu2 raya & takbir kt laptop je (kalau malam raya). Baru rasa suasana nak raya kan. Hehe. And disebabkan kt Melbourne memang xde jual kuih raya so kitorang terpaksa la buat kuih raya sendiri dengan sumber bahan yang terhad. So ada bahan yang diimport dari Malaysia (mak la kena pos, hihi). Kuih yang kitorang buat biasanya yang senang2 je. Haha. Mcm cornflakes madu, cornflakes crisp, and few others. Kalau rajin buat kek jugak. Biasanya saya akan buat dgn my buddies, ada 4-5 orang buat sekali sambil pasang lagu raya. Haha.

Kuih raya. Tengok? Balang kuih pun xde, guna bekas makanan je. Haha
Ada jugak kuih raya yang saya minta mak poskan dari Malaysia, my favourite la Almond London & Tart Nenas. Memandangkan kuih raya ni jenis fragile punya kuih... tahu je la courier handle barang pos macmana kan.. Nak2 plak pos beribu2 batu dari Msia-Australia.. sampai je kuih tart.. memang hancusss. Terpaksa guna sudu saya nak makan =.= Almond London pun sama, tah mana almond nye, tah mana biskut nya. tercabut2 keluar almond nye tu dek dibaling2 oleh orang currier =.= Tapi dari xde, makan je laaaaaaaa. Itu pun punya laa nikmat dapat makan my favourite kuih raya tu. Haha

Kad Raya

Sometimes ada juga kawan2 dari malaysia kirim kad raya. Punya la excited dapat kat Raya dari Malaysia kan. Kat Melbourne dulu, ada juga orang jual tapi mahal la.. bukan jual kat kedai tu.. buat sendiri yang print sendiri tu. 1 keping dlm AUD2.50 (RM7.50). adehh. So memgharap orang je la bagi kad raya. Haha

Pagi Hari Raya

Hari Raya kat Melbourne ni ada 2 hari, sebab berlainan mazhab/pengiraan. Ada yang raya awal sehari, ada yang raya lewat sehari. Ikut la nak ikut mazhab/pengiraan mana kan. But usually Malaysian kat Melbourne ikut raya kat Malaysia. So jangan terkejut kalau kita dah 1 syawal & dah sembahyang raya, esoknya anda akan nampak orang sembahyang raya lagi! Sebab diorang baru 1 syawal the next day tu! Hehe

Time ni sambutan Raya dengan Tun Mahathir. 4th year xsilap

Pagi raya kat prayer centre RMIT. Lepas ni terus bergegas ambik exam -.-

Lepas sembahyang raya. Depan RMIT

Sembahyang raya tu normal kalau solat kat open space mcm padang. Sebab umat Islam kat Melbourne memang ramai, masjid yang ada xmampu menampung kapasiti umat Islam. Umat Islam bukan from Malaysia je, tapi ramai jugak from Timur Tengah mcm Iran, Syria, etc.

Tapi biasanya saya akan pergi Malaysian Hall utk solat raya. Lebih rasa Malaysia sikit, siap ada lontong, kuih2 raya. best gilerrrr! Haha. Yang tak pernah lupa, biasa kalau pagi2 raya memang Malaysians akan colorful keluar dengan baju raya mcm kebaya, baju kurung, baju melayu.. memang colorful lah. Siap ada sorang mat saleh ni ajak bergambar dgn dia sbb tertarik dengan baju yg iols pakai time tu. *Malu jap* Then pakcik driver tram tu siap  buat announcement wish Happy Eid to all of us (yang majoriti naik tram tu sebab nak ke Malaysian Hall). Seronok!

Federation Square

Tunggu tram

Open house kat Pelham
Oh ye, every year saya mesti hantar Salam Perantauan to few newspapers in Malaysia. So jangan la muak tgk gambar iols keluar kat Utusan, Berita Harian, few others every year ye. Haha. Siap kena temu ramah skali pengalaman beraya di oversea.. Time tu final year kot xsilap. Keluar Berita Harian. Hehe.

Ada satu tahun ni, final year if I'm not mistaken ada exam di pagi raya. So lepas solat raya memang terus kelam kabut pergi uni balik ambik exam. Siap pakai baju raya pergi exam. Haha. Sedih jugak la time tu xberaya sgt T_T Sebelum ni dok "padankan muka" kawan yang ada exam/kelas time raya, sekali terkena muka, padan muka sendiri balik. Haha.

Biasanya pagi2 raya akan call mak kat kampung. Sebabkan Melbourne 3 jam cepat dari malaysia, so awal2 pagi kol 3-4pagi dah call mak wish selamat hari raya. Haha. Nampak x excitednye tu? :P Pastu dah tghari sikit baru call lagi skali sbb time 1st call tu mak tgh mamai2 lagi. hahah

Jalan Raya

Jangan ingat kalau beraya kat oversea xde jalan raya ye. Hihi. Myb I was lucky sebab Melbourne ni memang ramai orang Islam Malaysia. So diorang memang rajin buat open house. So lepas sembahyang raya & makan2 kat Malaysian Hall, kitorang pergi jalan raya kat umah kawan2, seniors yang buat open house. Diorang masak pun best2. Siap ada buat nasi dagang time hari raya! Ada buat apam balik, kuih2 tradisional. Haha, even kat Msia orang xhidangkan pun kuih2 tu time raya tapi kalau kat oversea, mmg precious!

Depan international house, Melb Uni

Depan gate nak masuk Melb Uni. Baru lepas jalan raya ni
Satu benda yang xboleh lupa masa my friend ajak g jalan raya rumah kawan dia. Area rumah kawan dia tu xde la jauh dari my house, tapi sebabkan xtahu sgt direction minta la dia ambil. The thing is.. rumah yang saya nk pergi beraya tu rumah AZIZUL HASNI! Rumah pelumba basikal tu. Haha. My friend tu kawan dia tu adalah gf Azizul Hasni (now dah jadi isteri). For god sake, memang xkenal pun dia time tu. Haha. Dah la dia yang ambikkan kitorang utk pergi rumah dia.

My housemates masa kt Melb dulu

Beraya lagi rumah orang

Dan lagi beraya..

Lagi2.. beraya. haha. Ni kt Elgin Street

Tgh tunggu tram. nak pergi beraya lagi ni. hihi
Dalam hati membebel sebab dia bawak keta laju sgt. Haha. memang kawan ada kata dia pelumba basikal, but I wasnt aware that I was him. LOL. Sampai rumah dia, ada kawan2 dia (yang juga pelumba basikal) dok masak2 & buat ayam panggang ke apa tah. Sampai few days after, bila cerita kat my bf (now husband), baru tahu dia lah Azizul Hasni yang famous amous tu. haha. Well, to bad, I wasnt know it was him, kalau x dah ambik gamabr dh :P

Tapi depends la.. sebab kalau Hari Raya jatuh on weekdays, myb xdpt la nk beraya sakan cmni. Sebab biasanya akan ada kelas. Tapi ada tahun yang jatuh on weekends, memang heaven habis! Beraya dari pagi sampai malam. Haha.

***

Raya di Tokyo, Jepun

Itu pengalaman beraya di Melbourne. Memang happening habis! Tapi kalau beraya di Tokyo memang syahdu sikit. Sebab Islam tak berapa nak ramai. Haha

Well, saya pernah rasa sekali je raya kt Jepun. Basically sama je dengan raya kt Melbourne.. cuma raya di Jepun komuniti Islam lebih sedikit. So memang xde la orang buat open house ke, majlis bukak puasa ke.. Malaysian Hall Tokyo pun agak jauh dari rumah kitorang dulu.

So, masa bulan puasa tu memang banyak masak sendiri je. That time I was pregnant, so ada masa jugak g berbuka kat restoren2 halal kat Tokyo, tekak mengada kan :P

Pagi raya tu, kitorang pergi Malaysian Hall dekat Tokyo. Naik train.. Sampai sana, solat raya & makan2 . If I was not mistaken, masa tu makan nasi beriani ke apa.. Sedap laaa, dpt makan free. Hehehe. Then lepas tu kitorang terus balik rumah. Tak de jalan raya, xde open house pun :( Sampai rumah terus terbongkang sampai petang. Haha. Sadis je rasa raya kat Jepun. Ye lah, orang pun xde sgt nk pergi beraya. Masing2 banyak duk kat umah je, layan anime ke main game ke . Hehe

The only pic that I could find masa beraya ktJepun. Belah kiri & kanan tu students husband masa kt Jepun. Diorang belajar BM dgn my husband

Well, apa pun, that was the experience yang memang xkan dpt dibeli. One in lifetime experience. Memang homesick rasa nak balik kampung beraya, menangis sakan xdpt balik beraya kan, tapi bila igt balik itulah kenangan paling manis masa tinggal kt oversea :)


Till then ~


No comments: